Penjagaan Diri

Cara Guna Sheet Mask Dengan Betul, Jangan Pakai Sampai Kering & Bawa Tidur

Share

Ini adalah cara guna sheet mask dengan betul agar kulit lebih lembap dan ‘toink-toink’ bila bangun pagi. Tetapi jangan salah gaya pakainya, ya! Haaa… sekarang kena semak semula, adakah cara yang anda semua gunakan sekarang ini betul?

Cara Guna Sheet Mask Dengan Betul

Sebenarnya ramai yang yang masih keliru macam mana nak pakai sheet mask dengan betul. Ada yang tertanya-tanya:

“Pakai mask ni sampai kering ke?”
“Kalau pakai malam bawak tidur boleh ke?”
“Lepas pakai sheet mask kena basuh muka ke tak?”

Jadi jom belajar pakai dengan cara yang tepat menerusi perkongsian Amyra Zamri Sebelum itu, sheet mask sebaiknya disimpan didalam peti sejuk untuk mendapatkan effect lebih segar semasa memakai sheet mask dan pastikan sebelum buka, picit-picit seluruh paket untuk memastikan penyerapan penuh pada seluruh permukaan mask.

Jangan Pakai Sampai Kering & Bawa Tidur

 

Jadi ini adalah cara memakai sheet mask yang betul:

1. Mencuci muka dengan cleanser terlebih dahulu.
2. Apply toner atau essence.
3. Pakai sheet mask selama 15-20 minit sahaja. Lepas tanggal mask, tak perlu basuh muka.
4. Memakai moisture.
5. Memakai sunscreen (Waktu siang sahaja. Kalau malam tak perlu sunscreen).

Kesalahan Pakai Sheet Mask

Jangan bawa tidur dan jangan pakai sehingga kering sebab kalau pakai sampai kering, sheet mask akan serap semula hydration pada skin kita.

Owh ya, jangan cuci muka selepas pakai mask.

Semoga bermanfaat!

Published by
Nadia