Cara Buat Sizzling Yee Mee Lagi SEDAP Dari Food Court,Puas Makan!

Share

Biasanya kalau ke gerai makanan atau food court di ‘shopping mall’ memang ada jual Sizzling Yee Mee ni. Disediakan panas-panas dan dihidangkan dalam ‘hot plate’. Sebenarnya lebih puas hati bila mak-mak dapat sediakan dan masak sendiri di rumah. Boleh letak banyak bahan, jimat kos dan terjamin kebersihannya.

Nak cuba buat Sizzling Yee Mee yang sedap ni, boleh ikut resipi yang dikongsikan oleh Puan Maya Miera
.

“Sizzling Yee Mee lagi sedap dari food court, puas makan boleh letak ayam dan cendawan banyak-banyak.Saya buat untuk 15 orang makan.”

Bahan-Bahan:

2 ekor ayam (dipotong kecil)
4 senduk kicap kipas udang
3 senduk sos tiram
3 senduk kicap pekat
4 senduk kicap cair
3 sudu besar minyak bijan
2 ketul kiub ayam
2 jug air
Sayur pakchoy *saya celur
6 ulas bawang putih *saya cincang
Seketul besar halia *saya hiris
6 tangkai cabai kering buang biji *potong 3
2 peket cendawan shitake *hiris
6 sudu besar tepung jagung *bancuh dengan air
1 senduk minyak masak utk menumis

Cara Membuat:

1. Masukkan minyak dalam periuk, tumis bawang putih, halia dan cabai kering.

2. Bila dah naik bau dan kekuningan,masukkan cendawan shitake dan ayam, gaul-gaul bagi ayam masak dalam 5 minit.

3. Masukkan semua kicap, minyak bijan, kiub ayam, dan air.

4. Akhir sekali masukkan air tepung jagung.

Info Ekstra!

  • Saya tak dak hot plate, guna non stick pan je.
  • Masukkan kuah yang dah siap tadi, masukkan mee dan telur.

  • Bila mee dah lembut, masukkan dalam mangkuk dan sedia untuk dihidang.

*Buat kicap + cabai melaka sama..fuhh sedapppp

Selamat Mencuba.

Baca Lagi Di Sini:
Adam Corrie Kongsi Resipi Mee Kicap Wantan Yang Pernah Dijual Ketika Remaja, Jom Cuba!

MW: Memang sedap dan puas hati bila buat Sizzling Yee Mee ni di rumah. Boleh letak bahan banyak-banyak, jimat dan puas hati makan.

Sumber: Maya Miera *Artikel diterbitkan dengan keizinan penulis

IKLAN