Cara Buat Chicken Meatball Bolognese Dengan Cheese Ala Pizza Hut, Sedap Cair Meleleh!

Share

Sesekali jika mak-mak nak tukar selera ala western, nak cuba buat menu baru untuk hidangan keluarga boleh cuba resipi Chicken Meatball Bolognese With Cheese Ala Pizza Hut ini. Memang puas hati makan bila buat sendiri, malah lebih jimat dan berbaloi berbanding beli di restoran makanan segera ni. Terutamanya buat peminat keju yang meleleh dan cair dimulut! Nak buat pun senang dan bahan-bahan pun tak banyak.

Boleh ikut perkongsian resipi oleh Puan Anith Syazwani ini;

Bahan-Bahan:

Bebola daging (saya guna chicken meatball Ayamas, cari jenama Ramly x jumpa)
1 tin sos bolognese Prego (saya guna kimball )
1/2 cawan susu segar
1 biji bawang holland (potong dadu)
1 biji capsicum hijau/merah (potong dadu)
Sedikit lada hitam (tumbuk kasar-kasar)
Mozarella cheese

Cara-Cara Penyediaan:

1. Goreng bebola daging dengan sedikit minyak zaitun.
2. Potong dadu 1 biji bawang holland dan capsicum hijau/merah.
3. Gorengkan sekali dengan meatball sehingga sedikit layu.
4. Masukkan meatball, bawang dan capsicum ke dalam bekas aluminium foil.

5. Dalam kuali lain, masukkan pula satu tin sos bolognese.
6. Masak sos bolognese sehingga mendidih dan pekat.
7. Masukkan pula 1/2 cawan susu segar dan lada hitam.
8. Tuangkan sos bolognese sehingga menutupi meatball.
9. Taburkan cheese. Bakar 10-15 minit pada suhu 170°c.

10. Siap untuk dimakan meatball bolognese ala pizza hut.

Siap! Selamat Mencuba!

Mak-mak bolehlah sediakan bahan-bahan dan boleh cuba buat nanti!

Sumber:Anith Syazwani

IKLAN