
Banyak ke duit raya anak-anak tahun ini? Haaa… kalau banyak, eloklah ambil dan simpan, daripada letak dalam beg duit tak adanya duit itu nak ‘membiak’! Dengan tip Puan Nur Izah ini, mak ayah boleh tengok akaun bank anak membesar dari semasa ke semasa, malah lebih banyak duit anda akan tersimpan.
Ada beberapa soalan yang timbul apabila anda ingin menyimpan duit anda. Berapa banyak duit yang anda boleh jimat?
Ok, nak tahu lebih jelas, ikut petua ini…
Gandakan Duit Raya Anak
1. Bukalah akaun Tabung Haji anak dengan deposit RM100. Paling lewat waktu anak berumur 6 bulan.
2. Simpan duit anak secara konsisten ke Tabung Haji anak i.e RM30 sebulan (RM1 sehari).
3. Buat direct debit lebih memudahkan urusan.
4. Jika potong gaji setiap bulan lagi menyenangkan.
5. Selepas 17 tahun, perlu buat persediaan anak mahu melanjutkan pengajian, anak kita sudah ada lebih RM10k:
Nilai prinsipal: RM6220
Nilai dividen: RM4706
Jumlah simpanan: RM10926
6. Ini tidak masuk lagi duit raya anak, duit tabungan anak dan lain-lain, jumlahnya akan meningkat lagi.

7. Kalau terguna duit anak mesti kita ganti, anak pun tidak sedih hati.
8. Ingatlah simpanan hari ini memudahkan hidup anak di kemudian hari.
Haaa… kalau nak harapkan si anak menyimpan, memang tak lah. Jadi mak ayah kena awal-awal didik anak agar pandai menyimpan duit. Jangan diajar beli benda bukan-bukan pula, ya!
Semoga bemanfaat.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Gara-Gara Kritik Masakan Isteri Kurang Garam, Suami Ditikam 35 Kali!

Dalam perhubungan suami isteri, perkara yang dianggap kecil dan remeh jika dibiarkan boleh melarat dan menjadi isu yang besar. Siapa sangka hanya sebab garam, sepasang suami isteri di Rusia sanggup bergaduh dan berbunuhan!
Gara-gara berang masakannya dikritik kurang garam oleh suami, seorang wanita sanggup membunuh lelaki itu dengan menikamnya sekurang-kurangnya 35 kali.

Kredit Foto: Daily Mail
Kritik Masakan Isteri
Pasangan itu bertengkar selepas Slava Davydkin, 43, mengkritik masakan isterinya, Evgenia, 31, kurang sedap kerana tidak meletakkan garam secukupnya ketika menghidangkan makanan kepada tetamu yang datang ke rumah mereka di daerah Penza, Russia.

Daily Mail memetik Jawatankuasa Penyiasatan Rusia berkata, pasangan itu bertekak disebabkan masakan hambar Evgenia yang dituduh Davydkin sebagai ia merupakan tanda wanita itu tidak menyayanginya.
“Pergaduhan itu semakin besar selepas tetamu mereka masuk tidur, apabila Evgenia diprovokasi suaminya berulang kali termasuk dipukul. Akibatnya Evgenia hilang sabar, lalu menikam suaminya ketika tidur menggunakan pisau memancing mangsa 35 kali di depan anak mereka yang berumur 4 tahun.
“Dia kemudian mengejutkan tetamu lelaki mereka dan memintanya menghubungi ambulans,” katanya.
Paramedik mengesahkan, suami Evagenia mati di tempat kejadian.

MW: Buat pasangan suami isteri, semoga jadikan kisah ini satu pengajaran. Jangan pandang remeh keperluan pasangan walaupun kecil. Malah jika ingin memberikan kritikan, biarlah kritikan yang membina serta pada waktu yang paling sesuai.
Sumber: Hmetro & Daily Mail
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Jangan Terbawa-Bawa Perangai BOS Di Rumah, Suka Arah Pasangan Itu Ini

Isi Kandungan
ToggleSemua pasangan suami isteri mahukan kebahagiaan sehingga ke akhir hayat. Namun dalam melalui kehidupan bersama, ada perbuatan yang sebenarnya sangat menyakitkan hati pasangan dan jangan dibuat. Perkara-perkara ini mungkin kita tidak sedar semasa bercinta atau tidak dipedulikan semasa berbulan madu. Kali ini saya nak kongsikan tentang sikap yang isteri KENA ELAK ye…
Daya Tahanan Diri Pasangan
Sudah tentu perkara ini kita lakukan secara tidak sengaja. Kecuali diberitahu, kadangkala kita tidak sedar perkara itu kita ulang berkali-kali. Pada mulanya perkara itu mungkin kelihatan comel tetapi kecomelan itu bukan untuk selama-lamanya.
Ia berpotensi bertukar daripada sesuatu yang comel kepada sesuatu yang mengancam ketahanan hubungan dengan pasangan kita. Dalam ruangan ini minggu ini kita akan lihat sebahagian daripada perkara-perkara ini.
Saya pernah dengar orang cakap, kita tidak akan tahu setahan mana pasangan kita sehingga diuji. Memang betul tetapi jangan cari penyakit dengan mengujinya sendiri. Biarlah ujian itu datang secara semula jadi. Sebagai contoh suami anda kata
“Abang setia hingga ke akhir hayat.”
Anda senyum dan kembang hati mendengarnya. Dengan niat untuk bergurau dan menguji kata-kata itu, anda pun ber’skandal’ palsu dengan orang lain. Anda terlupa satu perkara. Ada perkara boleh bergurau atau perkara boleh jadi pantang besar. Pada maruah seorang lelaki mengetahui isterinya berskandal dengan orang lain itu bukan satu ujian kesetiaan. Itu ujian ketegasan keputusan.
Jangan Anggap Masalah Seorang Tanggung
Rumah tangga adalah tanggungjawab bersama. Jangan biasakan menyebut “Ini semua sebab abanglah…” sekiranya berlaku sesuatu masalah. Setelah melihat air mukanya berubah lalu cepat-cepat anda kata itu gurauan.
Mungkin maksud anda bergurau tetapi pada pandangannya air muka dan bahasa badan anda tidak menunjukkan begitu. Kata-kata yang membawa maksud menyalahkan suami akan menyebabkan dia merasa gagal, terhina dan merobek egonya. Lelaki selalu bertindak tidak siuman pada ketika egonya tercalar. Adalah lebih elok anda memilih ayat yang membawa maksud memikul tanggungjawab bersama. Ini akan memberikan sokongan psikologi yang sangat suami perlukan untuk menghadapi masalah itu.
Jangan Suka Merajuk
Satu lagi ialah perangai suka merajuk. Memang kadangkala perangai merajuk ini nampak comel. Anda duduk diam di satu sudut, bila suami datang memujuk, anda juih muncung keluar lagi panjang. Konon tidak mahu bercakap tetapi mengharap suami akan terus memujuk lagi. Sesekali bolehlah buat begitu tetapi tidak ada orang boleh sabar kalau anda buat begitu tiga atau empat kali setiap hari. Jika tidak percaya, cubalah!
Setiap orang menerima orang lain dalam ikatan rumah tangga dengan harapan tertentu. Harapan untuk hidup lebih selesa, harapan untuk disayangi, harapan untuk itu dan ini. Namun begitu jangan kira harapan kita sahaja. Pasangan kita juga mempunyai harapan tertentu kepada kita. Jangan kita meletakkan bebanan harapan itu kepadanya tetapi memberi alasan tidak dapat memberi balasan yang setimpal kerana sibuk dengan perkara lain.
Lagi artikel menarik:
Jangan Biar Kita Merajuk Dengan Diri Sendiri, Diam-Diam Hati Makan Dalam
Ikuti kami di sini:
https://www.instagram.com/mingguanwanita/

Fikir Dulu Sebelum Jawab
Apabila suami cuba bercakap-cakap dengan anda, cubalah untuk menjawab semula dengan jawapan beserta huraiannya. Jangan hanya jawab ‘tak nak’, ‘tak mahu’, ‘tak tahu’, ‘entah’ atau yang seumpamanya. Anda mungkin pendiam atau pada ketika itu sakit gigi tetapi pada telinga suami jawapan-jawapan begini adalah jawapan malas dan tidak bersungguh. Yang lebih bahaya jika dia dengar jawapan anda itu seperti mencabar dirinya.
Di Opis Bos, Di rumah Tetap Isteri
Bagus sekiranya di pejabat pangkat anda besar dan orang lain terpaksa ikut semua kehendak anda. Namun jangan terbawa-bawa perangai itu di rumah. Tidak kira apa jawatan anda di pejabat, jawatan tetap dan tidak boleh pencen yang anda sandang di rumah ialah sebagai isteri dan ibu. Jika di rumah anda mahu segalanya ikut kehendak anda, tunggulah harinya suami atau anak-anak menunjukkan kebencian mereka.
Kebahagiaan atau masalah rumah tangga adalah milik peribadi antara suami dan isteri itu. Sekarang seperti jadi budaya baru, saling bertukar ucapan cinta atau makian berapi di laman sosial.
Walau bagaimana bahagia atau bagaimana benci pun anda kepada pasangan, tidak ada orang yang perlu atau sibuk mahu tahu. Jagalah harga dirinya sebagai suami. Bayangkan jika dia membalas dengan memalukan anda pula di laman yang sama. Malu pada anak-anak, keluarga sendiri dan keluarga mertua. Mana mahu letak muka, bukan?
Artikel: Dr. Syed Yusainee Yahya, Promind Training And Consultation
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Jangan Nak Pandang Remeh Emosi Wanita Meroyan, Kalau Ikutkan Pengalaman Ibu Ini Dia Hampir Pijak Anak Sendiri. SERAM…!

Orang yang tak merasa boleh main petik kata simptom wanita meroyan macam-macam tetapi ketahuilah emosi ini datang bila tertekan dan bukan senang nak kawal emosi sendiri, tambah kalau anak meragam selepas bersalin. Buat suami atau wanita di luar sana, bacalah perkongsian kisah benar daripada Puan Ida Mohammad ini dan pastikan anda betul-betul bersedia bila bakal melahirkan anak lagi…
Bismillahirahmanirahim
Since ramai sangat tanya aku apa masalah selepas aku bersalin,sekarang aku nak share kisah suka duka aku. Dah lama aku nak share sebenarnya tapi masa tak menginzinkan.
Sebelum tu aku nak ucapkan hepy bezday kepada my sonshine Muhammad Akif Ziqri,semoga jadi anak yang soleh dan taat kepada Allah s.w.t. amin.
Mama papa sayang akif sangat sangat.
Pernah dengar ‘Post partum depression’ atau ‘meroyan’ dalam erti kata lain ? Tak tahu boleh google ek.
Niat aku nak share supaya boleh bagi pengajaran dekat orang lain dan korang boleh bersedia mental dan fizikal. Jangan nak pandang remeh dengan orang yang kena meroyan ni.
Dipendekkan cerita, selepas bersalin aku balik ke kampung untuk sambung pantang kat sana.
1st day kat kampung,aku dah rasa lain macam.
Masa tu hari yang ke 4 aku bersalin,malam tu aku tak boleh tidur sebab baby menangis (myb sebab penat naik kereta kot)
Hari ke 5 lepas bersalin misi datang check wound aku,misi cakap wound gapping(jahitan terbuka)
Memang down sangat masa tu,menangis je.
Pergi hospital untuk 2nd suturing (jahit untuk kali kedua) sakit hanya Allah yang tahu,sampai tergetar getar tahan sakit.
Baby memang aku tak nak sentuh lansung sebab bagi aku memberi beban kat aku. Selagi boleh aku elak nak pegang dia. Aku pun tak tahu kenapa datang perasaan tu,sedangkan aku dengan husband memang gembira sangat dengan kehadiran baby kami yang pertama.
Bermula la kisah berpantang paling tragis,lepas kena jahit hidup hidup. Malam tu aku tak boleh tidur. Aku mengantuk tapi memang aku tak boleh pejam mata,siang hari pun aku tak boleh tidur.. 5 malam 5 hari aku memang tak boleh tidur.. Aku rasa nak lari dari dunia (mati).
Korang rasa otak boleh berpikir secara rasional tak bila dah tak tidur bermalam malam? Ofcoz la tak kan, husband aku plk memang tak de kat sisi sebab tengah final exam. Walaupun aku misi,kerja malam 3 malam pun still ok sebab siang hari boleh tidur.
Ni 5 hari 5 malam tanpa tidur walaupun sesaat. Apa aku buat? Aku berfikir entah apa apa. Nak bunuh diri la,otak aku ni sentiasa berpusing pusing.
Nipple pulak crack,sakit weh. Dengan luka nya nak bagi kat baby, fuhh mencabar betul. Aku ingatkan senang je nak bf baby tapi dah rasa sendiri,baru aku tahu susah rupanya. Sampai aku dah giveup.
Sebelum ni dengar dengar orang cakap susah tapi aku tak percaya. Dalam hati cakap ‘ala senang je tu,bf baby apa susah’.
Tiap tiap minggu husband aku kena balik,walaupun tengah exam. Family tak tahu nak buat apa dah.. Aku asyik menangis je.
Aku dengan baby? Seram nak ingat balik.
Aku hampir nak pijak baby, nasib baik aku cepat cepat pergi ke dapur. (Alhamdulillah)
Nak baling baby dari koridor ke bawah pun ada,nak tikam dengan pen.
Alhamdulillah family tak tinggalkan aku sorang sorang.
Bila pejam mata nak tidur,otak ni asyik berpusing je. Memang tak leh tidur,aku menangis sebab nak tidur tapi tak boleh.
Macam macam bidan,ustaz n so on.
Memang tak jalan.
Husband aku balik hujung minggu tu,aku terus ajak husband aku pergi hospital nak jumpa psy doctor. Family dan husband membantah mulanya.
Tapi aku merayu sebab aku takut keadaan aku akan lebih teruk. Aku pernah belajar pasal medical illness. Sedikit sebanyak aku tahu simptom tu.
Nak tak nak mereka terpaksa bawak jgk. Aku pergi Husm,dapat naik kereta aku rasa heaven (sebab baby tinggal kat rumah).
Ok,masa tu aku bgtau dekat husband,aku tak suka kat baby.
Husband cakap jangan layan perasaan tu.
Jumpa doctor,doctor nak masukkan aku ke wad. Aku nak sangat sebab aku nak lari dari baby,tapi husband tak bagi.

So,aku balik rumah dan kena makan ubat tidur.
Lepas telan ubat tidur,aku lagi suka sebab tak boleh bagi susu kat baby (sedangkan aku decide nak fully bf) Pagi tu,husband kena balik ke KL sebab nak final exam. Menangis lagi aku.
Baby? memang family aku je la yang ambil tahu,siang je aku bf. Malam memang ibu mertua dan kakak ipar aku yang bangun untuk tukar pampers dan bagi baby susu.
Orang tengok aku tidur tapi sebenarnya aku tak boleh tidur (event aku telan ubat).
Apa yang korang rasa bila mimpi tu macam real? Aku penat sangat sebab bila bangun tu aku tak pernah rasa tidur. Otak sentiasa bergerak.
Tiap tiap malam rasa yang sama,dah la mimpi yang sangat menakutkan. Bila sedar tu,tanya diri sendiri. Eh betul ke mimpi td? Lepastu mula la berpikir sendiri,lepastu mula la cakap bukan bukan.
Macamna nak describes kat korang ek feeling tu? Hmmm,aku bagi contoh dan korang try bayangkan ek. Bila kita berada dalam lift,tiba tiba lift rosak. Dalam lift tu penuh sesak dengan orang,rasa nak bernafas pun tak boleh. Rasa tak? Mesti macam macam perasaana akan timbul kan. Gitulah la lebih kurang sikit perasaan tu.
Panjang lagi cerita ni tapi aku habiskan kat sini je la ek (kang nanti penat nak baca)
Macam macam perubatan kami try,dengan izin Allah aku semakin pulih walaupun sekarang tak pulih sepenuhnya (kena continue tca and medication on daily)
Kesimpulannya,jangan ingat berpantang ni senang ye korang korang.. Macam macam emosi akan timbul.. Bukan aku mintak benda macam ni nak jadi kat aku tapi Allah dah pilih aku untuk diuji. Benda benda macam ni semua boleh dapat,walaupun ko doctor,cikgu,engineers atau apa apa je la.
Allah nak uji hambanNya tak kira umur,pangkat dan darjat.
Please beware kalau rasa sesuatu tak kena dengan diri kita. Jangan malu nak jumpa kaunselor. Tak semua yang jumpa kaunselor tu ‘gila’.
Abaikan stigma masyarakat yang negitive. Please cari kawan kawan yang sentiasa positif.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI