
Isi Kandungan
ToggleMenarik sungguh bubur sagu ni, penuh ceria dan warna warni. Diletakkan pula dengan inti ubi keladi. Secukup rasa, manis, lembut dan kenyal bubur ini.Memang sedap dan nak buat pun mudah dan tak renyah. Malah tak gunakan banyak bahan pun. Sesuai sangat dinikmati untuk minum petang.
Boleh cuba resipi yang dikongsikan ini.
“Saya share resepi Bubur Sagu bagi sahabat-sahabat cuba ya, sedap”
Bahan-Bahan:
500g Sagu
Ubi Keladi atau ubi-ubi lain ikut suka
Cara Membuat:
1. Cuci bersih biji sagu dan rendam selama 15 minit dalam air biasa dan campurkan warna ikut suka. Kemudian tapis ye.
2. Kupas kulit ubi keladi, cuci bersih, potong kiub kecil dan rebus sampai empuk.
3.Selepas itu, ambil sedikit sagu letak atas tangan dan ambil pula kiub kecil ubi yang rebus tadi letak atas sagu terebut.
4. Buat bulat-bulat dan sebiji-sebiji sampai habis sagu.
5. Kemudian masak air dalam periuk dan biarkan sehingga mendidih.
6. Masukkan sagu yang kita buat bulat-bulat tadi rebus sehingga masak, angkat dan letak tepi.
Cara masak air santan
Santan
Gula pasir
Sedikit Garam
Daun Pandan (disimpul)
Cara Membuat:
Campur semua bahan, biar sampai mendidih dengan api perlahan.
**Masak macam bubur candy bubur tepung pulut ya.
Selamat Mencuba!
Baca Lagi Di Sini:
Resipi Pumpkin Bua Loy @ Bubur Labu Viral, Makan Letak Ais Rasa Macam Cendol!
Wanita Ini Kongsi Resipi ‘Bubur Tiub Basikal’, Sedap Lazat Nikmat Tak Terkata!
MW: Wah menariknya, ceria warna warni dan nampak sedap. Anak-anak mesti suka. Nak buat pun mudah.
Sumber: Sepi Hatiku
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Mi Rebus Ala Terengganu, 10 MINIT Siap! Sedap & Ringkas, Penuhi Selera Anak-Anak

Isi Kandungan
ToggleSejak Perintah Kawalan Pergerakan ibu-ibu antara yang paling sibuk di dapur. Paling dalam dilema adalah ibu-ibu yang bekerja dari rumah.
Hari Isnin hingga Jumaat adalah waktu paling mencabar dan kena bahagikan masa dengan bijak agar keluarga dan kerja dapat diseimbangkan.
Resipi Viral TELUR KICAP CILI API, Confirm Tambah Nasi!
Menu Sedap & Ringkas
Ragam anak-anak di rumah juga pelru dipenuhi, mereka akan sentiasa rasa lapar. Maklumlah, selepas menonton TV dan melayan gajet perut mula berkeroncong. Masa ini ibu-ibu yang bekerja dari rumah kenalah memasak menu yang pantas dan sedap agar dapat memenuhi selera anak-anak dan suami.
Menerusi status Facebook seorang rakan @nanaazman telah berkongsi resipi yang cukup ringkas. Ibu-ibu hanya perlu ke dapur dan siapkan juadah dalam tempoh 10 minit dan kemudian boleh fokus semula lakukan kerja-kerja pejabat dari rumah anda.
Paling seronok bahan-bahan yang digunakan memang sentiasa ada di dapur dan peti sejuk rumah anda. Jom cuba resipi ini! Terliur pula dibuatnya, memang tak sabar nak cuba.
Resipi ini bukan sekadar mudah juga jimat kos, sangat sesuai pada mereka yang mempunyai ramai anak kecil.
Menu Ringkas & Sedap Untuk Ibu-Ibu Masak Hujung Minggu Ini
MI REBUS ALA TERENGGANU
Bahan-Bahan:
Mi Kuning
3 ulas Bawang Putih
1 hiris Bawang Besar
1 biji Telur
Sebiji Lada Besar dipotong
Sawi
Ayam Dipotong Dadu
Air
Lada Hitam ditumbuk
Cara Cara Memasak:
Tumis bawang putih dan lada hitam sehingga naik bau.
Masukkan air, bawang besar, lada, sawi, ayam.
Bila mendidih kecilkan api dan pecahkan telur kedalamnya.
Bila sudah masak masukkan mee kuning.
Makan semasa panas.Tuang sedikit sos cili diatasnya.
gambar: terima kasih Instagram @bynanaazman
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi Tepung Pelita Guna Sukatan Cawan, Tak Perlu Kukus, Buat Sendiri Puas Hati!

Tepung pelita, kuih yang wajib orang cari pada bulan Ramadan. Sebab kalau hari-hari biasa, ia tetap dijual tapi akan lebih jadi lebih nikmat bila di makan pada bulan puasa. Betul tak?
Biasa kalau beli di kedai, tepung pelita diletakkan dalam daun pisang yang dibalut cantik. Tapi, untuk makan sendiri bersama keluarga, lebih baik buat sendiri, boleh buat banyak-banyak.
Perkongsian daripada Aisha Shukor ini, boleh mak-mak buat sendiri tepung pelita. Tak perlu bimbang, boleh guna sukatan cawan yang diberikan ini dan paling penting, tak perlu kukus pun. Gerenti jadi.
Baca Artikel menarik Lain Di Sin: Resipi Puding Kastard Dengan Kuah Koktail, Kacau Sampai Berkilat, Sedap Makan Sejuk-Sejuk
Resipi RAHSIA Gulai Ayam Kelate, Pes Kena Pecah Minyak, Bubuh Kerisik, Barulah SEDAP!
Info Lebih Menarik DI SINI
Resipi Tepung Pelita Sukatan Cawan
“Cara senang dan cepat. Tak perlu kukus sebab bila dah siap terus boleh makan.”
- Tak kisah guna bekas kecil atau besar, janji rasa sedap.
- Bau wangi pandan dengan air gula dan rasa lemak masn tepung santan sangat memikat selera.
Bahan-bahan:
Tepung beras (tak kisah cap apa tapi boleh juga guna cap teratai)
Daun pandan wajib (Boleh juga titiskan pewarna hijau)
Santan
Gula
Garam
Air
Tip: Tak kisah guna cawan jenis apa, yang penting gunakan cawan yang sama untuk sukatan di atas.
Tekstur tepung pelita hanya likat, tak sama macam tepung talam atau seri muka.
- Sebekas untuk anak soleh bijak pintar.
- 3 helai daun pandan diblend dengan 4 cawan air. Tak perlu guna pewarna sebab warna neutral pandan dah cukup.
- Tapis.
- Masuk air pandan dalam kuali. Jangan buka api lagi. Masukkan secawan tepung beras.
7. ¾ cawan gula pasir. (Nanti letakkan gula custor pada dasar bekas untuk dapatkan rasa ‘melt’ sensasi gula. Ikut citrasa masing-masing.
- Buka api dan kacau.
- Kacau sehingga likat.
- Ini tekstur yang kita mahu. Tak perlu likat sangat seperti seri muka atau terlalu cair seperti bubur. Bila dah gelembung kecil, tutup api. Elakkan daripada terlebih masak.
- Pada bekas-bekas kecil, taburkan gula kastor setengah sudu. Buat lapisan nipis di bawah supaya bila letak lapisan hijau yang panas, gula akan cair. Boleh juga kisar gula menjadi halus.
- Tuang lapisan hijau panas-panas dan hentak sedikit untuk bagi rata.
- Buat lapisan putih. Santan kotak kecil dibancuh dengan 3 cawan air. (total akan jadi 4 cawan termasuk santan). Boleh guna santan segar dengan 4 cawan juga. Jangan buka api lagi.
- 3/4 cawan tepung beras @ bersamaan lebih kurang 4 sudu besar.
- Masukkan satu camca garam halus. Kacau sebati dan barulah buka api.
- Masak atas api sambil kacau sehingga likat.
- Teksturnya lebih kurang ini. Tidak terlalu likat atau cair. Bila ada gelembung kecil, tutup api.
- Curahkan di atas lapisan hijau.
- Biarkan selama 5 minit, barulah tutup dan simpan dalam peti ais. Nak makan terus pun boleh.
MW: Guna sukatan cawan lagi senang. Selamt mencuba.
Sumber: Aisha Shukor
Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Rupanya INTI KACANG MERAH Guna Biji Kecil, Lebih Manis & Mudah Empuk!

Isi Kandungan
ToggleRupanya bila nak buat inti kacang merah kena guna biji-biji yang kecil berbanding yang jenis besar dan lonjong. Ia lebih manis dan mudah empuk. Jadi inti kacang merah ni lebih sedap dan jimat masa memasak. Inti kacang merah ni selalu kita digunakan sebagai inti pau, jadikan aiskrim dan sapu pada roti. Bila buat inti sendiri lebih puas hati, yakin tahap kebersihan dan status halalnya.
Nak tahu macam mana buat inti kacang merah yang sedap dan cara yang betul, fahamkan perkongsian resipi daripada Puan Marlia Lia ini;
Nak beli inti kacang merah ready made di kedai, susah betul jumpa. Sold Out saja. Musim PKPB ni ramai yang pakat borong agaknya. Anak-anak nak makan Pau Kacang Merah. Diorang tak berapa gemar inti kelapa. Maka, mak pun ke kedai la membeli biji kacang merah. Ini pun masuk kedai ke-4 baru jumpa.
Alhamdulillah, menjadi macam kat kedai bakery tu. Cuma yang ini, mak tak nak buat terlalu manis macam inti ready made. Anak-anak riang gembira tengok stok inti berbotol-botol dapat. Siap suruh jual pulak.Sedap ni sapu kat roti kan.
Di bawah ni saya Sertakan resepinya ya.
INTI KACANG MERAH
Bahan-Bahan:
400g kacang merah. (dibasuh bersih, di rendam semalaman)
Air secukupnya untuk merebus
2 sudu besar marjerin/ butter (untuk bagi rasa lemak. Nak gantikan dengan minyak pun boleh. Seeloknya guna minyak jagung. Takda minyak jagung, boleh ganti dengan minyak masak)
4 sudu besar shortening (lemak sayur). Ini pula untuk jadikan inti kelihatan berkilat cantik
1 keping gula nisang
Gula pasir (ikut manis masing-masing. saya guna 1 cawan lebih sikit)
Sedikit garam
2 helai daun pandan disimpul
Cara Membuat:
1.Basuh & bilas kacang yang dah di rendam semalaman.
2.Rebus kacang merah hingga betul-betul empuk dan lembut bersama daun pandan.
3.Tambah air panas beberapa cawan lagi jika kacang masih belum empuk.
4.Apabila kacang sudah empuk, sejukkan seketika sebelum dikisar halus didalam mesin pengisar.
5.Masak semula kacang yang dikisar tadi bersama gula, marjerin, lemak sayuran dan garam. Guna api sederhana dan kerapkan kacau supaya tidak hangus. Masak sehingga likat
6.Sejukkan sebelum disimpan.
Selamat mencuba!
Info Ekstra!
- Guna kacang merah biji kecil bukan yang besar-besar lonjong tu.
- Saya pernah buat resepi ni menggunakan kacang merah saiz besar (yang letak dalam abc/cendol). Tapi hasilnya, kurang memuaskan, tak manis dan ambil masa lebih lama untuk direbus hingga empuk.
- Saya guna gula nisang yang ini. Sesetengah orang panggil gula kerek. Saya suka yg ni sebab kurang manis berbanding gula kabung berbentuk buluh tu. Dan gula ni rapuh je, lebih senang larut dari gula pasir.
- Saya simpan dalam peti ais, Nak guna baru keluarkan.
- Bila ke suhu bilik, dia akan jadi berkilat macam ni. cantik kan.
Ini pula resepi buat Pau ni confirm gebu lembut kalau betul cara membuatnya:
Bahan-Bahan:
1/2 kg tepung gandum
11/2 sudu gula
1 camca kecil baking powder
1 sudu shortening
1 cawan air suam
1/2 pkt mauripan
Inti ikut suka
Cara Membuat:
1. Campurkan 1/2 sudu gula & yis dalam air suam. Tunggu yis berbuih
2. Campurkan semua bahan-bahan lain. Tepung, gula, baking powder dan shortening, gaul rata.
3. Masukkan campuran yis & tambah sedikit air sambil uli.
4. Uli sampai doh lembut.
5. Rehatkan doh dalam 30min (tutup rapat /tutup dgn kain lembap)
6. Lepas 30min, tumbuk doh untuk buangkan angin. Uli lagi dalam 5 minit
7. Bulat-bulatkan, besar ikut suka, masukkan inti.
8. Kukus selama 7 minit dalam air yang dah mendidih , api kukusan besar
9. Cukup 7 minit, alihkan dulu pengukus baru bukak penutup pengukus.
Selamat Mencuba!
Baca Lagi Di Sini:
Panas-Panas Ni Layan Aiskrim Kacang Merah Lemak Berkrim Sedap Juga!
Wanita Ini Kongsi Resipi Kuah Kacang Arwah Mak, Yang Kawan Puji Sedap Siap Pujuk Jual!
MW: Kalau nak mudah memang beli je inti kacang merah ni. Tapi bila buat sendiri lebih puas hati, terjamin kebersihan dan status halalnya. Terima kasih berkongsi tip dan resipi ini.
Sumber: Marlia Lia
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI