Cantik Bercahaya Malam Di 99 Wonderland Park, Dekat Sebulan Ini Masih Masuk Percuma

Cuti sekolah pun dah bermula. Apa lagi mak ayah janganlah lepaskan peluang bawa anak-anak ke tempat baru ini, Taman Rekreasi 99 Wonderland Park yang bertempat di Taman Sri Murni, Selayang. Pemandangan malamnya cantik sungguh!

Dari tarikh dirasmikan 14 Mac 2018 sampai 13 April ini masuk masih PERCUMA.

Menurut perkongsian Suhaina Suhaimi (Ena Shayna), 32 tempat ini umpama mini zoo. Ada macam-macam haiwan dalam taman rekreasi bersebelahan Condo Lakepark, Selayang ini. Berdekatan juga dengan Pasar Borong Selayang.

Di 99 Wonderland Park juga ada Magical Bridge. Kat sini korang boleh ‘LOCK LOVE’ masing-masing. Untuk buah hati ke, kesihatan ke, kerjaya ke etc.

Sky Fountain dan T-Rex Ring yang memang akan menarik minat anak-anak yang gemarkan dinosour. Ada juga 12 Zodiac Zone dekat area ini.

 

Ads

Pemandangan Malam ‘Mewah’ Dengan Lampu Warna Warni

Buat pengunjung mereka juga berpeluang menaiki bot di 99 Cruise.

Sekali naik, round 25 minit. Jangan lupa singgah ke Golden Waterfall dan 1 Malaysia Sculpture.”

Cuba tengok pemandangan malam di sini. Memang mengasyikkan sebab mewah dengan lampu yang berwarna warni. Kalau tak ramai orang bolehlah jalan-jalan sedut angin malam sepoi-sepoi bahasa.

Nak ronda-ronda berbasikal pun nampak menarik sangat aktivitinya. Videonya pun ada dikongsikan Suhaina.

Ads

Nampaknya haiwan-haiwan yang jinak ini akan buat anak-anak seronok nak dekat dan bagi makan. Sebabnya nak dapat peluang semacam ini bukan senang kan.

 

Ada Esklusif Park Untuk Rakyat Malaysia

Suhaina juga mengingatkan bakal mak ayah yang nak bawa anak-anak jangan lupa bawa sekali MyKad mereka. “Sebab ada Eksklusif park untuk Rakyat Malaysia. Saya Sayang Malaysia..”

Ads

Taman rekreasi 99 Wonderland ini akan dibuka pada:

6 pm – 9.30 pm (Isnin hingga Jumaat)

6 pm -10 pm (Sabtu, Ahad dan Cuti Umum)

Mak ayah yang nak bawa ahli keluarga lain selain anak-anak pun tak perlu risau kerana surau pun disediakan. Untuk kita menunaikan kewajipan. So tak ada lah risau tertinggal waktu solat.

Taman Rekreasi 99 Wonderland Park ini telah dirasmikan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak pada 14 Mac 2018.

Sumber/Foto : Ena Shayna

9 Tempat Menarik PERCUMA Wajib Singgah Bila Rancang Bercuti Ke Cameron Highlands

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI