Ada pelbagai cara dan resipi untuk membuat cekodok. Namun nak dapatkan cekodok yang cantik bulat-bulat, rangup di luar dan lembut berongga di dalam ada tekniknya. Paling penting tak letak yis. Bukan apa, bila letak yis rasanya terlalu ‘kuat’ atau ada juga orang yang sensitif tak boleh makan yis.Rupanya antara tipnya kena campur sedikit air panas dan buat dua kali bancuhan cekodok.
Untuk faham lebih lanjut boleh ikut cara dan teknik yang dikongsikan oleh Puan Akma Razaliini sebagai rujukan;
Saya nak share resepi cekodok paling simple je,tapi rasa dia rangup diluar, lembut dan berongga di dalam. Uma mantuhak (mak mertua) yang ajar, saya suka cekodok dia semua sedap-sedap dan cara dia buat pun mudah,anak-anak pun suka.
Bahan-bahan:
4-5 sudu tepung gandum
Air panas menggelegak secukupnya
Air Biasa
Garam
4 senduk nasi membukit tepung (bancuhan biasa)
Daun Kucai
Ikan Bilis *saya kisar sekejap guna blender kering
Cara Membuat:
1. Ok yang ni penting, bahan pertama kene buat, 4-5 sudu tepung gandum (saya guna cap ros).
2. Air panas menggelegak, curah dalam tepung tadi perlahan-lahan, kacau dengan sudu cepat-cepat sambil campur air biasa. (Saya guna air paip je) kacau sebati. Sukatan agak-agak je. Kalau guna 5 sudu tepung tu, mula-mula sekali curah air panas, sebelah tangan lagi kacau tepung dengan sudu,lepas curah air panas cepat-cepat curah air biasa pula untuk mengelakkan tepung tu berketul, janji dapat tekstur berkanji tu.
3.Lepastu jadi macam ni. Mak mentua saya kata jadi macam kanji (lebih kurang rupa nestum baby yang segera tu kalau dibancuh). Ni rupa lepas saya kacau,tak nak bagi berketul-ketul. Step awal sekali buat sikit je, tapi kalau buat banyak kilo, kena lebihkan lah buat kanji ni.
4. Masukkan garam. Masa ni bancuhan ni suam-suam, garam mudah larut.
5. Ok mula nak buat bancuhan, curah tepung ikut banyak mana kita nak buat cekodok.
6. Saya masukkan daun kucai yang halus tu, sebab baunya sangat wangi. Pokok kucai ni pon mentua yang bagi, tanam dalam polibag banyak-banyak.
7. Saya masukkan ikan bilis, boleh je nak masukkan apa-apa ikut citarasa masing-masing. Anak saya suka letak 2 bahan ni je.
Ads
8. Kemudian, kacau sebati.
9. Masukkan air biasa (Saya guna air paip je).
10. Bancuh sampai jadi camni,tak pekat sangat,tak terlalu cair. Lebih kurang doh yang senang dijemput sebab nak bagi bentuk bulat-bulat.
11. Ha jemput camni, ibu jari tu nanti tolak doh masuk dalam kuali.
Ads
12. Camni, jadi bulat la cekodok tu. Anak-anak suka yang bulat-bulat. Boleh je nak sudukan bentuk kapal terobang boleh, nak buat panjang boleh tapi kene guna pinggan, maaf saya tak dapat tunjuk sebab anak bising nanti cekodok deme jadi panjang.
13. Jemputkan ke dalam kuali, pastikan masa mula-mula nak jemput tu basahkan tangan.
14. Ok ni rupa bulat-bulat. Kaup balik dengan sudip dalam kuali tu, sampai masak (kekuningan).
15. Ni rupa lepas belah, berongga tanpa letak yis. Mungkin ramai yang tahu cara ni, saya kongsi untuk yang belum tahu lagi. Cicah kuah kari fuhhh memang sedap, kulit nya pun rangup. Saya tak goreng kuning sangat sebab ada anak 2 tahun makan.
Mingguan Wanita: Begini rupanya teknik nak buat cekodok bulat-bulat, rangup di luar dan lembut di dalam tak letak yis. Boleh cuba nanti untuk anak-anak.
Tak tahu nak masak apa untuk anak bersarapan. Apa kata buatkan sandwic telur mesti boleh buka selera anak pagi-pagi. Nak buat pun tak adalah susah sangat.
Mungkin ada yang nak buat sandwic telur ala kayangan yang mewah dan tak kurang juga yang simple tapi sedap.
Inilah resipi sandwic telur berkeju yang pasti sedap dan lazat, idea dari Umie Watie. Tambah-tambah dengan ada rasa keju lemak berkrim. Memang satu pun tak cukup.
Hari ni kakchik buat Sandwich Telur Berkeju Bajet. Dia rasa bangsawan tapi mesra poket. Gitu.
Rasa creamy yang tak muak, mewah dengan rasa keju. Makan seketul tak cukup, confirm!
1. Versi sihat yang ada sayur. Tengok inti dia tu. Tak kedekut langsung Barulah puas hati.
2. Ini pula bagi anak-anak yang tak suka sayur.
—
3. Bahan-bahan sandwich telur berkejut bajet
3 biji telur
2 sudu besar mayonis
2 sudu besar serbuk keju
1 sudu besar susu pekat manis
4. Telur tu kita rebus sampai masak. Lecekkan masa masih panas. Masukkan mayonis, susu pekat manis dan sos keju tu. Kakchik bubuh sedikit serbuk lada sulah. Kalau suka boleh bubuh. Kalau nak gantikan dengan chili flakes pun boleh.
Serbuk keju tu kita kena bancuh. 2 sudu besar serbuk keju dengan 2 sudu besar air panas. Kacau rata. Serbuk keju tu boleh beli di kedai bahan bakeri ya.
Kalau ak suka susu pekat tu pun boleh. Tapi kalau bubuh tambah sedap inti sandwi kita nanti.
5. Susun ikut suka. Yang ni kakchik bubuh dedaunan menghijau.
6. Kakchik potong 4. Nak buat bekal anak ke sekolah pun mudah.
7. Dah siap sarapan kita pagi ni.
Selamat mencuba.
Mingguan Wanita : Makan ini saja pun dah kenyang. Boleh buat untuk anak nanti.
Rak rempah dan rak pinggan mangkuk memang satu keperluan di dapur. Memudahkan kerja memasak dan susun atur perkakasan pinggan mangkuk selepas di cuci jadi lebih kemas dan teratur.
Untung dan bertuah sangat jika dapat suami yang pandai bertukang. Permintaan isteri boleh di tunaikan, memang boleh buat isteri senyum sampai ke telinga lah. Kalau encik suami pandai dan minat bertukang boleh cuba DIY sendiri, minta buatkan Rak Rempah dan Rak Pinggan sendiri di rumah.
Boleh cedok idea yang dikongsikan oleh En Izat Akmal yang buat Rak Rempah dan Rak Pinggan sendiri untuk isteri tersayang.
Kisah bertukang. Siap 2 benda yang isteri minta. RAK REMPAH & RAK PINGGAN. Senyum sampai telinga dia. Tukar semua rak plastik, saya buat baru rak besi+kayu lebih kukuh. Saiz 3 kaki tinggi.
Material:
Besi hollow 1×1
Hevea board
Colour kayu: mahogany
Ala-ala klasik gitu.. kadang-kadang citarasa kita tak sama tapi inilah kesukaan saya. Seminggu lebih jugak nak siapkan.
Jaring besi expanded metal, diamond mesh. Dekat shopee ada jual sikit-sikit. Kalau beli hardware besi kena beli sekeping, 4x8kaki.
Habis lebih kurang dalam RM300 untuk 2 rak ni.
Dah lengkap dengan rak rempah dan rak pinggan ni, bolehlah susun dengan peralatan dapur yang lain juga macam set pisau daripada Cuoco Grade 420 Stainless Steel Knife Setini. Barulah sempurna, mudahkan kerja-kerja memasak nanti.
Mingguan Wanita : Menarik juga idea buat rak rempah dan rak pinggan ni. Boleh cedok idea yang dikongsikan dan jadikan inspirasi nanti. Paling penting memang jimat kos dan bajet, cantik, kemas malah lebih puas hati bila dapat buat sendiri untuk isteri tersayang.
Chocodap’s, Faith Fleur, Anggun Cotton Collection, Teh Ais Pyorr, Masak-masak Cekyana (Oden viral) dan bayak lagi jenama lain mempunya ratusan ribu pelanggan masing-masing.
Tak ramai anak Melayu kita mampu bina empayar perniagaan dari bawah dari tiada apa-apa. Ia bukan dicipta sehari dua. Banyak pengorbanan terpaksa dilakukan sepanjang pendakian.
• Apa rahsia mereka?
• Apa yang mereka lakukan?
• Apa ilmu-ilmu yang diamalkan?
• Siapa yang susah senang bersama mereka?
• Apa dugaan dan keperitan yang dilalui?
Teringin ikut jejak mereka?
Semua ini akan terjawab di program Webinar Eksklusif CEO BIsnes Viral anjuran Mingguan Wanita pada 25 September 2021 secara virtual. Dangarkan sendiri perkongsian jujur mereka. Eksklusif!
Menangi hadiah-hadiah cabutan bertuah serta wang tunai bernila RM100.
Ramai yang suka biskut batang jenama Pepero yang berasal dari Korea Selatan. Biskut ni ada bermacam-macam perisa yang sedap.Jika mak-mak masih tercari-cari biskut raya yang mudah, senang dibuat boleh cuba resipi Popia Pepero yang sedang viral ni.
Kulit popia (apa-apa brand tak kisah)
Minyak untuk menggoreng secukupnya
White coklat
Biskut Oreo (hancur)
Cara-Cara Membuat:
1. Potong dan gulung kulit popia.
**kalau yang kulit popia yang besar potong kepada 4 bahagian, gulung dan lekatkan hujungnya dengan air.
**kalau yang kulit popia yang kecik, terus gulung sahaja, lekatkan hujungnya dengan air.
2.Goreng kulit popia hingga keperangan. Dah goreng, saya simpan dalam tupperware. Esoknya baru celup white choc.
3.Cairkan white coklat guna kaedah double boil. Bila dah cair celup pada kulit popia, pastu balut pula dengan oreo.
Kaedah double boil, macam ni.
Info Ekstra!
Kalau guna coklat balutkan dengan badam sedap. Tapi badam leceh sikit sebab nak kena sangai dulu.
Tak perlu letak dalam peti sejuk.
Saya guna lidi sate semasa menggulung dan ia tak padat.
Saya guna kulit popia yang besar, potong 4. Rangup sampai ke dalam.
Oreo beli dah siap hancur. Beli kat kedai kek, harga dalam RM13.
White coklat saya guna brand ni. Cairkan guna kaedah double boil. Beli kat kedai cake jugak. Harga rm15.90.
Siap!
Selamat Mencuba!
MW:Senangnya buat popia papero ni. Anak-anak dan budak kecil puan mesti suka bila hidang masa raya nanti. Kena cuba!
Kempen boikot transaksi Khamis sebenarnya tersasar dan berpaksikan salah faham. Ketahui fakta sebenar bahawa sistem DuitNow QR adalah milik sepenuhnya Malaysia, bukan Zionis, dan mengapa boikot ini dianggap sia-sia.