Tirai malam di Dewan Plenari KLCC masih bergetar dengan gema suara serak basah Cakra Khan, namun dalam kepuasan para peminat yang diulit 26 buah lagu, ada satu pengumuman yang mencuit rasa. Cakra memilih untuk berehat seketika daripada mengadakan konsert di Malaysia.

Cakra Khan Pilih Berehat Dari Konsert Di Malaysia. Berundur Bukan Kerana Jemu, Tapi Demi Karya Lebih Jujur

Tiga tahun berturut-turut mendendangkan cinta, rindu dan kecewa di pentas-pentas Malaysia, lelaki bersuara magis dari Pangandaran, Indonesia ini akhirnya mahu berhenti sejenak. Bukan kerana jemu, tetapi kerana cinta yang mendalam kepada karyanya.

“Saya mahu berehat dulu… Sudah tiga tahun berturut-turut saya konsert di Malaysia. Tapi saya tidak tahu berapa lama.

Yang pasti, bila saya kembali, saya mahu bawa lagu-lagu yang lebih segar, bukan sekadar ulang lagu sama,” ujar Cakra dari atas pentas, jujur dan tulus, disambut tepukan sayu peminat setia.

Cakra Khan Pilih Berehat Dari Konsert Di Malaysia. Berundur Bukan Kerana Jemu, Tapi Demi Karya Lebih Jujur

Divine Concert Cakra Khan yang berlangsung penuh emosi malam tadi menjadi persembahan penutup sebelum ‘percutian seninya’ bermula. Penonton dihidangkan dengan barisan lagu-lagu penuh jiwa seperti Setelah Kau Tiada, Harus Terpisah, Kepada Hati dan Mencari Cinta Sejati, yang seakan menjadi suara batin ramai wanita di kerusi penonton malam itu.

Cakra Khan Pilih Berehat Dari Konsert Di Malaysia. Berundur Bukan Kerana Jemu, Tapi Demi Karya Lebih Jujur

Ads

Namun, detik paling memikat ialah saat Cakra menyanyikan lagu “Bunyi Gitar” karya seniman agung Tan Sri P. Ramlee yang diangkatnya sebagai idola. Suaranya yang bergetar dalam lenggok Melayu klasik membuktikan, bukan hanya jiwa, tetapi akar budaya juga diselaminya dengan ikhlas.

Secara peribadi, penulis amat menantikan segmen Cakra bersama pencipta lagu popular Indonesia, Ade Govinda yang membawakan lagu-lagu hits antaranya Masing Masing, Hal Hebat dan Kamu Adalah. Ketiga-tiga karya Ade Govinda ini sememangnya mencetus fenomena tersendiri baik di Indonesia mahupun di Malaysia.

Cakra Khan Pilih Berehat Dari Konsert Di Malaysia. Berundur Bukan Kerana Jemu, Tapi Demi Karya Lebih Jujur

Malah peminat turut dibuai dengan kelunakan vokalnya menyanyikan lagu Mencintaimu dari Kris Dayanti dengan penuh penghayatan dan membuai rasa apabila sesekali vokalnya terdengar sebak menyampaikan lagu ini untuk para peminat di Kuala Lumpur.

Ads

“Saya suka lagu-lagu P. Ramlee… Insya-Allah, akan datang saya ingin nyanyi lebih banyak karya beliau,” katanya dengan penuh rasa hormat.

Cakra Khan Pilih Berehat Dari Konsert Di Malaysia. Berundur Bukan Kerana Jemu, Tapi Demi Karya Lebih Jujur

Cakra Khan Pilih Berehat Dari Konsert Di Malaysia. Berundur Bukan Kerana Jemu, Tapi Demi Karya Lebih Jujur

Cakra tidak bersendirian. Persembahan malam itu turut diserikan dengan kehadiran penyanyi-penyanyi hebat tanah air dan serantau seperti Marsha Milan, Titi DJ, Ade Govinda, Faisal Lubis serta kumpulan Trio XL, menjadikan konsert selama tiga jam itu satu pengalaman pancaindera yang lengkap.

Cakra Khan Pilih Berehat Dari Konsert Di Malaysia. Berundur Bukan Kerana Jemu, Tapi Demi Karya Lebih Jujur

Ads

Cakra Khan Pilih Berehat Dari Konsert Di Malaysia. Berundur Bukan Kerana Jemu, Tapi Demi Karya Lebih Jujur

Dan akhirnya, sebelum melambai selamat tinggal buat seketika, lagu “I Will Always Love You” nyanyian asal mendiang Whitney Houston dipilih sebagai lagu penutup—seolah-olah satu janji dari hati ke hati, bahawa cinta dan suara itu akan kembali.

“Terima kasih kepada semua peminat saya di sini (Malaysia) kerana sentiasa menyokong. Insya-Allah saya akan kembali lagi nanti dengan karya baharu dan lebih baik selepas ini,” ucapnya sebelum melangkah turun dari pentas.

Untuk para wanita yang membesar dan jatuh cinta dengan suara Cakra Khan, ini bukan perpisahan. Ini cuma jeda, sebuah rehat untuk kembali dengan lebih dalam, lebih jujur, lebih indah. Dan bila dia kembali, percayalah… kita semua akan masih di sini, menanti dengan hati yang rindu.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI