Cacat penglihatan tak halang gadis cemerlang STPM 2024, peroleh PNGK 4.0. Status sebagai Orang Kurang Upaya (OKU) penglihatan tidak menghalang Tengku Nurhanis Tengku Othman, 20 tahun, daripada mencapai kejayaan cemerlang apabila memperoleh Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 4.0 dalam keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang diumumkan hari ini.

Cacat Penglihatan Tak Halang Gadis Cemerlang STPM 2024, Peroleh PNGK 4.0

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Naim LilBanat itu berjaya meraih keputusan 4A dan 1A- dalam lima subjek yang diambil, iaitu Pengajian Am, Bahasa Melayu, Bahasa Arab, Syariah serta Usuluddin.

Tengku Nurhanis mendedahkan, beliau disahkan menghidap kanser mata jenis retinoblastoma sewaktu berusia dua tahun, sekali gus menyebabkan mata kirinya terpaksa dibuang bagi mengelakkan sel kanser merebak ke mata kanan.

“SELEPAS PEMBEDAHAN MEMBUANG MATA KIRI, SAYA MENJALANI KEHIDUPAN SEPERTI KANAK-KANAK LAIN. PADA USIA TIGA TAHUN, SAYA MULA MEMAKAI MATA PALSU. WALAUPUN BERDEPAN KEKURANGAN INI, SAYA TIDAK PERNAH MEMBENARKAN IA MENJADI PENGHALANG UNTUK MENGGAPAI IMPIAN,” KATANYA.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Pengumuman Keputusan STPM 2024 di sekolahnya hari ini, turut ditemani oleh ibu, Gayah Yazid, dan ayah, Tengku Othman Tuan Yahya.

Anak ketujuh daripada lapan beradik ini berkata, dia tidak menyangka namanya tersenarai antara penerima keputusan cemerlang dalam kategori Calon Berkeperluan Khas (CBK).

Cacat Penglihatan Tak Halang Gadis Cemerlang STPM 2024, Peroleh PNGK 4.0

Ads

“Kekurangan yang saya miliki bukan alasan untuk gagal, malah saya jadikan ia sebagai kekuatan dan kelebihan diri.

“Sejujurnya saya bukan pelajar yang sentiasa memperoleh semua A sebelum ini, namun saya ada satu matlamat iaitu memberikan sepenuh usaha untuk memperoleh keputusan terbaik dalam STPM. Alhamdulillah, impian itu akhirnya tercapai,” ujarnya.

Tengku Nurhanis turut berkongsi cabaran ketika mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) di kelas kerana tumpuan yang terlalu lama akan menyebabkan sakit kepala yang teruk.

“Keadaan ini berpunca kerana saya hanya bergantung sepenuhnya pada mata kanan untuk belajar. Kadang-kadang, saya perlu mengambil ubat seperti panadol untuk mengurangkan kesakitan.

Ads

“Walaupun sering berdepan rasa letih dan sakit, saya sentiasa ingatkan diri supaya tidak mudah mengalah,” katanya lagi.

Tambah beliau, cita-citanya adalah untuk bergelar pensyarah dan merancang menyambung pengajian dalam bidang tahfiz serta qiraat di Kolej Universiti Islam Selangor.

Sumber: Sinar Harian

Ads

Baca artikel lain juga: Pelajar Autistik Raih Keputusan Cemerlang STPM, Ibu Sentiasa Doakan Terbaik Buat Alam Haikal “Saya Membesarkan Tiga Anak Orang Kurang Upaya”

Kepayahan Ibu Jadi Aspirasi, Anak Pencuci Bangunan Raih Keputusan Cemerlang Dalam STPM

 

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI