Bunuh Bapa Kandung Kerana Tak Puas Hati Pembahagian Harta, Lelaki Didakwa

Share

Bunuh bapa kandung kerana tak puas hati pembahagian harta, lelaki didakwa. Seorang lelaki menganggur berusia 25 tahun dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas pertuduhan membunuh bapa kandungnya dalam kejadian Sabtu lalu.

Bunuh Bapa Kandung Kerana Tak Puas Hati Pembahagian Harta, Lelaki Didakwa

Tertuduh, Iznan Syahir Mohammad Tasnim, yang hadir dengan memakai kurta ungu, mengangguk tanda faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret S Arunjothy. Namun, tiada sebarang pengakuan direkodkan memandangkan kes itu berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut kertas pertuduhan, dia didakwa membunuh Mohammad Tasnim Nurdin, 62, di sebuah unit pangsapuri di Bandar Seri Permaisuri pada jam 3.01 pagi, 13 September lalu.

Pertuduhan dibuat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati, atau penjara sepanjang hayat, atau hukuman penjara bagi tempoh tertentu, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Nadia Eleena Jamaluddin Akbal, manakala tertuduh tidak diwakili peguam. Mahkamah tidak membenarkan sebarang jaminan dan menetapkan 11 Disember depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan perselisihan mengenai harta dipercayai menjadi punca seorang warga emas maut selepas ditikam anak lelakinya di sebuah pangsapuri di Bandar Seri Permaisuri, Cheras.

Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Superintenden Ridzuan Khalid, berkata mangsa ditemui terbaring di ruang tamu rumah dengan kesan tikaman sebelum mayat dibawa ke Unit Forensik, Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Cheras untuk proses bedah siasat.

Beliau menambah, anak mangsa telah diberkas pihak polis dan direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan.

Baca artikel lain juga: Isteri Mati Dibunuh Di Bilik Hotel, Ibu Soal Menantu 32 Tahun Ibu Jaga, Sampai Hati Kamu Bunuh

Kes Bunuh Pelajar Kolej Vokasional: 1 Dipenjara Seumur Hidup, 12 Dipenjara Selama Diperkenan TYT

 

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER danciao YOUTUBE 

 

Published by
Has