Berbulan madu adalah satu aktiviti romantis yang kebiasaanya dilakukan oleh pasangan yang baharu sahaja berkahwin. Pada masa inilah suami dan isteri menyulam cinta dan mengenal hati budi sesama sendiri.

Bulan madu ini juga perlu dijadikan aktiviti wajib buat pasangan suami isteri kerana ia dapat mengimbangi keharmonian dan kesejahteraan rumah tangga. Kalau boleh lakukan dan rancangan bulan madu bersama pasangan anda sekerap yang mungkin. Tetapi perlu juga dilihat dari segi kewangan anda.

Bulan Madu Eratkan Lagi Cinta Suami Isteri

Kenapa Bulan Madu Ini Penting?

IKLAN

Jangan salah faham, bulan madu bukan memerlukan anda menaiki pesawat mewah, tidur di hotel-hotel yang mahal dan bertaraf lima bintang. Cukup hanya anda meluangkan masa bersama pasangan anda tanpa gangguan anak-anak pun sudah memadai. Ini juga sebagai cuti setelah sekian lama penat menjaga dan menjalankan rutin harian sebagai ibu dan bapa.

Aktiviti ini juga boleh mengeratkan hubungan silaturrahim anda bersama pasangan dan ia sangatlah bagus untuk membantu anda mengenal pasangan anda dengan lebih dekat lagi.

Tip Berbulan Madu

IKLAN
  1. Pilih masa dan tempat yang sesuai untuk anda dan pasangan berbulan madu.
  2. Luangkan dan gunakan masa yang ada bersama pasangan anda.
  3. Tinggal anak-anak anda dengan orang yang dipercayai dan kenal.
  4. Rancang bulan madu anda secara awal.
  5. Ikut kemampuan anda dan pasangan.

Semua keluarga perlukan masa bersama tak kisahlah di luar dan dalam negara asalkan anda dan pasangan gembira menerokai pengalaman baharu dan dapat mengenal lagi pasangan anda dengan lebih dekat.

Tambatlah hati pasangan anda tak kira masa, bukan hanya pada bulan madu sahaja anda perlu romantis. Hari-hari biasa juga anda perlu sentiasa mencari idea untuk menambat hati pasangan anda dan hormatilah pasangan anda.

IKLAN

Untuk menonton kupasan selanjutnya anda boleh menonton siaran ulangan Mingguan Wanita Talkshow pada jam 5.00 petang hari ini, hanya di Astro Prima 105 dan Astro Prima Hd 121.

 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI