2pm buko

Buko Pandan merupakan antara pencuci mulut yang cukup popular berasal dari Filipina. Alang-alang nak buat Buko Pandan ni biar puas hati, boleh letak macam-macam bahan ikut citarasa sendiri. Memang lebih jimat dan berbaloi berbanding beli. Nak buat pun mudah je.

Boleh cuba pencuci mulut sedap Buko Pandan yang dikongsikan oleh Aisyah Humaira ini sebagai panduan;

Buko Pandan Filipina. Kiub jeli pandan berenang dalam mulut. Buah longan tu tukar ke buah laici tin lagi sedap sebenarnya dan pastikan jangan ambil airnya. Alang-alang buat biar puas hati itu banyak isi zie masukkan. Simpan dalam peti tahan 3-4 hari. Enak dinikmati ketika cuaca panas.

Bahan-Bahan:

1 pekat agar-agar serbuk perisa pandan masak dan bekukan ikut arahan dari belakang bungkusan
1 cawan teh biji sagu
1 sudu kecil coconut Pandan Emulco
1 tin krimer sejat cair SAJI Malaysia jika kurang kuah boleh lebihkan
1 cawan teh whipping cream non diary pukul tak perlu sampai kembang
1 cawan air gula ikut manis yang disukai
1 mengkuk isi kelapa
1 mangkuk kecil Nata De Coco perisa kelapa ambil isinya sahaja
Ais secukupnya
Buah logan jika suka. Sebenarnya bubuh buah laici yang tin lagi sedap dari mata kucing dan pastikan jangan masuk air laici.
Setengah cawan biji selasih yang telah kembang (rendam dalam air panas)

BUKO PANDAN Filipina Sedap, Alang-Alang Buat Biar Puas Hati Banyak Isi!

Cara Membuat:

  1. Masak agar-agar dahulu, masukkan daun pandan dan biarkan keras dalam bekas.

BUKO PANDAN Filipina Sedap, Alang-Alang Buat Biar Puas Hati Banyak Isi!

 

BUKO PANDAN Filipina Sedap, Alang-Alang Buat Biar Puas Hati Banyak Isi!

2. Kemudian, sagatkan agar-agar tersebut.

BUKO PANDAN Filipina Sedap, Alang-Alang Buat Biar Puas Hati Banyak Isi!

3. Satukan semua bahan isi dan kuah dalam bekas besar. Masuk ais dan buah longan dahulu.

BUKO PANDAN Filipina Sedap, Alang-Alang Buat Biar Puas Hati Banyak Isi!

IKLAN

4. Diikuti, agar-agar, isi kelapa dan nata de coco.

BUKO PANDAN Filipina Sedap, Alang-Alang Buat Biar Puas Hati Banyak Isi!

5. Masukkan bahan-bahan yang lain dan seimbangkan rasa manis lemak berkrim ikut selera. Siap.

BUKO PANDAN Filipina Sedap, Alang-Alang Buat Biar Puas Hati Banyak Isi!

 

BUKO PANDAN Filipina Sedap, Alang-Alang Buat Biar Puas Hati Banyak Isi!

IKLAN

 

BUKO PANDAN Filipina Sedap, Alang-Alang Buat Biar Puas Hati Banyak Isi!

*Cara Masak Sagu Berbintil Cantik Tanpa Melekat

1.Didihkan air. Air betul-betul menggelegak baru masukkan Sagu dalam periuk dan air mesti lebih dari sagu.Sesekali kacau untuk elak dari sagu berketul.

BUKO PANDAN Filipina Sedap, Alang-Alang Buat Biar Puas Hati Banyak Isi!

2.Setelah Sagu bertukar jernih iaitu warna putihnya dah hilang angkat periuk dan tuang Sagu dalam penapis lalu bilas dengan air biasa untuk buang kanjinya. Pastikan guna bakul jaring halus supaya Sagu tidak terkeluar.

BUKO PANDAN Filipina Sedap, Alang-Alang Buat Biar Puas Hati Banyak Isi!

IKLAN

3.Simpan Sagu dalam bekas dan tuang Air sejuk hingga menutupi Sagu tutup kemas Simpan dalam peti tahan 1-2 minggu.

BUKO PANDAN Filipina Sedap, Alang-Alang Buat Biar Puas Hati Banyak Isi!

Zie dah buat cara ni dan sagu cantik berbiji tidak melekat.Sedia diguna bila-bila masa. Jika buat manisan “Sagu Gula Melaka” Hanya campurkan air gula melaka, Sagu dan susu cair. Atau boleh terus sudukan Sagu dalam bubur-bubur yang telah siap masak.

Selamat mencuba!
#bukopandandapurpolis #sagudapurpolis

Mesti Baca:Cara BETUL Buat Pes Pandan, Kena Tunggu Air Mendapan Tiga Malam!
Baca Lagi Di Sini:Sagu Susu Cair Confirm Sedap, Jimat Dapat 50 Bekas, Boleh Buat Meniaga!
Artikel Menarik:PUTU MAYAM PANDAN Mudah Guna Acuan Maruku, Kukus 2,3 Minit Siap!

Mingguan Wanita:Sedapnya buat pencuci mulut Buko Pandan Filipina ni. Dah alang-alang buat, biar sampai puas hati, boleh letak macam-macam bahan ikut citarasa sendiri. Memang lebih jimat dan berbaloi.

Sumber:Aisyah Humaira

Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI