Cuti sekolah dah pun bermula. Pasti mak ayah sedang tercari-cari aktiviti untuk anak-anaksepanjang cuti persekolahan hujung tahun ini. Jika tidak, anak-anak asyik dengan gajet saja.
Zaman dah berubah, anak-anak zaman sekarang sangat bijak. Mungkin kerana mereka sejak kecil sudah terdedah dengan bayak perkara. Mungkin kerana mak ayah zaman sekarang lebih sering membawa anak-anak keluar berjalan-jalan dan bercuti. Ini juga membantu memberikan pendedahan pada anak-anak.
Boleh Beri Tapi Kawal
Menurut Puan Noor Afidah Abu Bakar, Co Founder & Principal Consultant Parent Connect Consultancy yang diundang sebagai salah seorang tetamu di Mingguan Wanita Talkshow, tak salah jika mak ayah beri kebenaran anak-anak bermain gajet kerana ia secara tak langsung mendedahkan anak-anak dengan skill menggunakan teknologi itu.
Walau bagaimana pun, mak ayah kena tetapkan rutin harian anak. Misalnya berapa jam atau bila anak-anak diberikan gajet.
Ubah Sikap Anak Terlebih Gajet
Ramai mak ayah yang mula merungut anak-anak mereka semakin terlebih gunakan gajet. Dalam hal ini menurut Noor Afidah, masih boleh nak ubah tabiat itu. Mak ayah kena tunjukkan pada anak ‘kuasa’ mereka sebagai ibu bapa dan tak boleh ikut kemahuan anak sepenuhnya.
Misalnya, menetapkan peraturan, boleh bermain gajet, hanya di dalam kereta atau masa-masa tertentu saja. Selebihnya, anak-anak kena buat perkara lain termasuklah mendedahkan anak dengan hobi.
Menurut Noor Afidah lagi, dengan memiliki hobi terutama aktiviti luar rumah, anak-anak ada cara untuk keluarkan energi berlebihan dalam diri mereka.
Generasi Y
Mendidik anak-anak zaman sekarang juga cabaran besar bagi mak ayah kerana zaman dan berubah. Kalau gunakan kaedah lama, takut tak berjaya. Anak-anak sekarang generasi Y, mereka asyik bertanya ‘why’ dan nak tahu tentang segala perkara. Mereka inginkan jawapan logik yang mereka boleh terima dan faham.
Dorong Anak Kembang Hobi
Noor Afidah juga berkata, ada anak yang dianugerahi dengan bakat tertentu dan tugas mak ayah untuk kembangkan minat anak itu.
Ada pula mak ayah yang ‘paksa’ anak untuk menyukai hobi mereka dan ini yang boleh menganggu emosi anak bila mereka tak suka. Bagi anak yang taat, mereka akan reda dan sabar serta cuba melatih diri demi gembirakan hati mak ayah mereka.
Hari ini, Selasa, 26 November, Mingguan Wanita Talkshow memilih topik Hobi Anak-Anak. Jangan lupa saksikan episod ulangan Mingguan Wanita Talkshow ini di Astro Prima 105 dan Prima HD 121 pada pukul 8 malam ini. Siti Elizad dan Radin Amir, akan membincangkan topik ini bersama-sama tetamu istimewa yang akan memeriah perbincangan di studio MW.
#MingguanWanitaTV
#MingguanWanitaTalkShow
#MingguanWanita
#TemanSetiapWanita
#AstroPrima105
#PrimaHD121
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI