Biasanya apabila kita makan halia untuk buang angin dari badan. Tetapi banyak lagi khasiat halia atau lebih dikenali dunia dengan nama ginger ini.

Halia adalah herba popular. Berasal dari China, herba yang tergolong dalam keluarga Zingiberaceae ini telah lama digunakan dalam perubatan tradisional.

Tidak kiralah digunakan secara segar, dikeringkan, dijadikan serbuk, diekstrak minyaknya atau diperah menjadi jus, halia ini kadangkala ditambah ke dalam makanan yang telah diproses dan kosmetik. Ia juga amat biasa digunakan sebagai bahan dalam resipi.

Bau dan rasa unik halia datangnya daripada minyak semulajadinya yang dikenali sebagai gingerol. Gingerol adalah sebatian bioaktif utama dalam halia yang bertanggungjawab terhadap sifat-sifat perubatannya.

Gingerol ini juga turut mempunyai kesan antikeradangan dan antioksidan paling hebat.

 

Berikut adalah antara kebaikan dan khasiat halia untuk kesihatan tubuh.

Bukan Setakat Buang Angin, Banyak Lagi Khasiat Halia Untuk Kita Semua
Halia
Loya Mampu Dikurangkan

Halia dikatakan mampu merawat banyak bentuk loya. Mengikut sejarah, halia banyak digunakan sebagai ramuan untuk mabuk laut. Ia juga dikatakan mampu melegakan loya dan muntah-muntah selepas pembedahan, dan apabila pesakit kanser melakukan kemoterapi. Namun khasiat halia yang dikatakan amat berkesan adalah apabila digunakan untuk melegakan loya berkait dengan kehamilan seperti morning sickness.

Legakan Lenguh Dan Sakit Otot

Dikatakan halia mampu digunakan untuk mengurangkan sakit otot. Kesannya mungkin tidak dengan segera tetapi ia boleh memberi kesan dalam mengurangkan perkembangan sakit otot dari hari ke hari. Kesan ini dipercayai diperoleh daripada sifat-sifat antikeradangan yang terdapat dalam halia itu sendiri.

Kesan Antikeradangan Bantu Pesakit Osteoarthritis

Osteoarthritis yang dikaitkan dengan kemerosotan sendi pada tubuh membawa kepada sakit dan rasa kejang pada sendi. Dengan memakan halia dikatakan mampu mengurangkan masalah ini.

Mampu Membantu Melegakan Penyakit Jantung

Sebatian antikeradangan yang terdapat dalam halia dikatakan mampu mengurangkan risiko penyakit kronik. Tetapi itu tidak bermakna anda tidak perlu mengamalkan pemakanan sihat. Anda masih perlu makan lebih sayuran, 100 peratus bijrin penuh, protein tanpa lemak, ikan, legume, dan kekacang untuk mengurangkan risiko penyakit jantung.

Berat Badan Mampu Dikurangkan

Ada sesetengah kajian yang mengaitkan pengambilan halia terutamanya apabila dicampur dengan ekstrak tumbuhan lain, mampu memberi kesan dalam pengurangan berat badan. Namun begitu, halia bukanlah pengurang berat badan ajaib. Anda perlu juga mengamalkan pemakanan seimbang serta sihat jika mahu mengurangkan berat badan.

Menyembuhkan Kerengsaan Kulit

Jika anda mengalami masalah kerengsaan pada kulit bolehlah menyapu halia pada bahagian yang bermasalah. Ia dikatakan mampu melegakan masalah tersebut.

Menjauhkan Penyakit Kardiovaskular

Dikatakan sifat-sifat menipiskan darah dalam halia mampu membantu mencegah pembentukan darah beku, sekaligus mengurangkan risiko penyakit jantung dan stroke. Namun begitu jika anda memang sedang mengambil ubat menipiskan darah daripada doktor, dapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu sebelum memasukkan halia dalam pemakanan seharian anda.

Melegakan Ketidakselesaan Perut

Perut rasa tidak selesa? Mungkin anda boleh makan halia untuk melegakannya. Halia mengandungi fungsi antimuntah dan karminatif yang mampu membantu dalam memecahkan halia dan menyokong pergerakan usus. Anda boleh halia mentah atau teh halia bagi untuk melegakan masalah ini.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI