Media sosial ini bukanlah medan untuk kita meluahkan segalanya. Bukan semua perlu diceritakan di laman sosial, perlu simpan juga untuk diri sendiri. Lagi-lagi kehidupan personal itu. Samalah macam penyanyi Farahdhiya ini, memilih untuk lebih berhati-hati dalam memaparkan kisah peribadinya.
Lagipun inilah pesan arwah ayahnya, Mohd Amin Zubir sejak 16 tahun dulu. Tak perlu nak dedahkan privasi diri tu sampai tak ada yang tinggal untuk diri sendiri.
“I cherish my privacy. I keep my personal life private, been doing it for the past 16 years, ini antara pesanan arwah my dad untuk saya dari mula masuk bidang hiburan.
Social media is just 30% of my life that I choose to share that includes my work, cooking, workout sesh, friends, cats and a lil bit about my family too.”
Bukan Semua Suka Tengok Kita Bahagia, Berjaya – Farahdhiya
Ketika dilanda ujian, masalah, kesusahan waima tak puas hati dengan seseorang, tak perlulah nak kongsikan di media sosial. Lebih baiklah mengadu pada Yang Esa di atas tikar sejadah. Ini yang dikongsikan lagi oleh Farahdhiya.
“Kena ingat, bukan semua suka tengok kita bahagia, tengok kita berjaya. Orang zaman sekarang pelik-pelik. Talk to Him, God is the best listener.
Ads
“Yang penting on social media ni cuba lah kongsi benda yang baik-baik, yang positive, yang dapat memberi inspirasi kepada sesiapa sahaja yang membaca. Sejujurnya saya sendiri tak suka/rimas dengan negativity, orang yang non stop mengeluh atau bergaduh di social media.
Yang mulut celupar pon ramai, sampai kadang-kadang terpaksa unfollow. Termasuk comment-comment yang tak manis memang saya akan block je. Sorry I just don’t like bad vibes.
Ads
“Seorang Muslim (yang bagus dan utama) adalah orang yang tidak menyakiti kaum Muslimin dengan lisan dan tangannya” ( HR. Al- Bukhari & Muslim) Have a good day everyone. #imstilllearningtoo
Personaliti media sosial, Nurfarahim Romli atau lebih dikenali dengan panggilan Farah Lee yang juga bergelar ibu tunggal berkongsi kegembiraan apabila berjaya memiliki kereta mewah idamannya.
Menerusi entri yang dikongsi di akaun Instagram milikinya, ibu kepada Maream Esabel ini mengimbas kembali bagaimana dia mula bangkit dan berdiri atas kaki sendiri untuk berjaya.
“Masih terngiang ngiang kata-kata itu dilemparkan di hadapan muka,
“Tengoklah dia, buat business pun tak berjaya, staff pun tak kekal, bibik asyik tak lekat…”
“Berderau darah tapi masih tunduk mengiakan kekurangan. Rasa loser jugak masa tu actually.
“Well, I didn’t focus on my business that much before because my priority was my family, I closed down my boutique to focus on raising my daughter at home, bibik asyik tak lekat tu rasanya hampir semua rumah camtu kot.
“I didn’t have space to bloom. Suppressed. Lost.
“Now that the wall was demolished – I become me again, given and giving, bangkit dan berdiri di kaki sendiri, to this today, alhamdulillah.
“Arwah Papa once confessed to me; “Papa sedih untuk Maream, tapi untuk Kakcik, Papa gembira, sebab Papa tahu potensi anak Papa. Papa nak tengok Kakcik yang dulu”. Sadly, you’re not here to see us today Papa. But I’m sure, Allah tunjukkan Papa perkara yang lebih baik yang diluar akal kami yang di dunia ni. These all, berkat air mata Papa dulu, dan doa Mama yang tanpa henti sehingga sekarang.
Wanita Boleh Saja Lebih Hebat Sendiri
“Wanita kadang ketepikan ‘kejayaan’ mereka kerana ingin berkorban untuk keluarga. Atau kadang mereka tidak mendapat berkat seperti yang diperlukan. Hargailah mereka. Sokonglah mereka. Kerana ketahuilah, mereka boleh saja lebih hebat sendiri.
“Few times someone came and said, “Saya kesian tengok Farah, saya sedih”. I replied “Eh tak perlu sedih, I’m happier and better than before. Alhamdulillah, saya redha dan sangat bersyukur dengan yang dah berlaku”.
“It wasn’t a smooth one. There were times I got emotionally, mentally and physically exhausted all at a time. What did I do.? I just cried, and talked to God. Then, resume life as usual. Repeat.
“Crying doesn’t mean that you’re not content with life, it’s a moment for you to feel, to humble yourself and to seek for help. Life is full of obstacles because Heaven is exclusive. But, please remember, WITH hardship comes ease.
“Ya, penat. Penat sangat. Tapi penat yang bahagia ”.
Menerusi perkongsi di entri yang seterusnya, Farah Lee yang juga bekas isteri, personaliti TV, Ally Iskandar Mohd Mardzi ini juga menjelaskan tidak menyangka mendapat respon ramai mengenai entrinya sebelum ini. Namun dia beranggapan segala yang dikongsi berniat untuk berkongsi dan memberi semangat dan kekuatan kepada wanita di luar sana.
“Ya Allah tak sangka ramainya respond At first taknak kecoh2 pun beli kereta ni sebab orang lain beli kereta lagi hebat2 kan, but kawan advice untuk share sebab inspirational katanya. So sharing this moga2 dapat kongsi sedikit semangat dan kekuatan. Bangkitnya Farah harini pun sebab korang actually, yang selalu doakan, bagi semangat, layan caption bodoh2 Farah semua tu haha walaupun ada kita tak pernah jumpa pun kan. Moga kita semua nanti jumpa kat Syurga and boleh sembang2 eh. Aminnnn. Thanks againnn… Terharuuu
“Farah actually taknak post pun pasal beli kereta baru ni mula2 sebab rasa biasa je – orang lain pun beli kereta jugak, lagi hebat, takde kecoh2 siap post caption panjang lebar bagai haha. Pastu Farah beli kereta ni pun bukan sebab terlebih duit ke apa, tapi sebab kereta lama dah teruk sangat dah. Paling takleh compromise, brake dia, dah 3 tahun try baiki still bermasalah.
“So fikir safety Maream, Farah pulak suka speeding drift cucuk orang bagai haha so tu lah cari kereta baru, ni pun dah setahun lebih kot duk recce2 tanya orang, tanya adik kereta mana mantops etc sebab kita ni jenis lasak and banyak pakai kereta, pastu jenis setia pulak so tau dah beli mesti akan pakai lama. So it was more like, I NEED a new car, bukan I WANT a new car. Tak excited sangat sebab duit keluar
“Tapi kawan rapat Farah (hi @yatiesamsul ) yang tahu pasal Farah tengah cari kereta baru ni excited dia lain macam, dia advise Farah untuk share my journey sebab so inspirational katanya – yelah kawan rapat mesti tahu sedikit sebanyak struggle that we went thru kan. So seorang FL, kalau tulis caption tak panjang, bukan FL lah namanya. Alang2 tulis terus sehingga terlebih patah perkataan aku bagi Tak sangka korang macam excited gila, sampai Farah rasa bersalah sebab tak excited sangat
“But please, jangan jadikan ‘pencapaian’ Farah ni as indicator kejayaan. Sampai korang rasa down ke apa. Just jadikan semangat maybe, untuk sentiasa usaha, do something (or many things in my case ) to always improve life. Tak semestinya berjaya tu bila kita mampu miliki material, glamour, pangkat kan.? Farah post pasal kereta tu jauh sekali nak bagitau ala2 “Berjayalah macam saya nanti dapat beli kereta bla”. Choiii. It’s just to tell you that, every achievement is a process. There’s struggle, there’s effort, there’s faith and hope.
“It’s a process. And Allah tak pernah tengok hasilnya, Allah pandang pada usahanya. Adil kan Allah.? Sebab struggle semua orang tak sama 🤍” luah Farah Lee.
Cuaca tidak menentu termasuklah hujan berterusan membuatkan beberapa lokasi di pantai timur termasuklah Kuala Nerus, Terengganu mengalami banjir.
Setakat ini rata-rata penduduk yang terlibat dengan banjir diarahkan untuk berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS). Ramai yang telah menjadi mangsa banjir termasuklah seorang bayi yang masih di dalam pantang.
Bayi 14 hari ini menjadi salah seorang mangsa banjir, namun disebabkan dia masih terlalu kecil dan mempunyai masalah jangkitan mata, mak dan ayahnya mengambil keputusan untuk menumpang di rumah keluarga.
Kasihan bayi yang baru saja melihat dunia turut sama terlibat dalam banjir yang melanda Kuala Nerus ini.
Bayi perempuan berusia 14 hari antara mangsa banjir di daerah Kuala Nerus selepas rumah disewa keluarganya di Taman Murni Permai, di sini, dinaiki air sejak petang semalam.
Bagaimanapun, Farisha Humaira bersama ibu, Fairuz Abdullah, 35, dan bapa, Shahril Othman, 33, tidak berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Jembal, sebaliknya menumpang di rumah keluarga mereka di Kuala Terengganu.
Shahril berkata, mereka mengambil keputusan tidak berpindah ke PPS di SK Tok Jembal kerana memikirkan anaknya masih kecil dan mengalami jangkitan mata.
“Sudah lima hari anak sakit mata dan kami ada temu janji di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) pada 9 pagi tadi untuk pemeriksaan mata, jadi lebih mudah kami menumpang sementara di rumah keluarga di Kuala Terengganu.
“Ini tahun ketiga kami menyewa di sini, tetapi ini banjir terburuk kerana sebelum ini, air tidak naik terlalu tinggi dan cepat,” katanya.
MW: Harapnya banjir yang melanda daerah ini segera pulih dan penduduk sekitar dapat pulang ke rumah masing-masing dengan segera. Menjadi mangsa banjir dalam musim Covid-19 bukanlah sesuatu yang mudah, semoga semua mangsa banjir tabah.
Ujian paling berat bagi seorang ibu, kehilangan anak yang dikandung dengan penuh kasih sayang. Walau berbelas tahun kehilangan, ibu ikhlaskan pemergian.. kasih dan rindu tetap sukar dipadamkan dalam hati ibu.
Perkongsian ibu ini, Ella Suria mengenai pemergian satu-satunya anak lelakinya, Allahyarham Hang Jufri yang begitu meruntun hati. Kisahnya menjadi tular di media sosial. Anak baik ini tak sekali pun melawan ibu ayah. Taat dan patuh dengan orang tuanya.
Namun, Allah lebih sayangkan Allahyarham. Dalam usia 18 tahun, anak ini dijemput Ilahi. Tarikh 20.11.2015 merupakan tarikh pemergiannya, di hari Jumaat. Dan pada tarikh 20.11.2020 yang jatuh pada hari Jumaat jugalah ibu ini terkenang kembali kisah pemergian arwah anak, 5 tahun yang lalu. Sebak sekali perkongsian ibu.
“Gambar arwah anak saya Hang Jufri semasa umur 3 tahun dan 18 tahun. Dia seorang anak yang baik taat kepada ibu ayah. Tak pernah melawan kata ibu ayah. Kerana dia tahu kata-kata ibu itu satu doa.
Tak pernah keluar rumah tanpa izin dari saya. Kalau kita tak benarkan dia keluar, dia akur tidak membentak. Hati seorang ibu tu selalu tak sampai hati, kesian pulak.
Bila kita bagi dia pergi, dia tak akan pergi. “Pergi lah, ibu izinkan.”
Dia akan datang dan memeluk saya dan berkata, “tak apa ibu, lain kali Boy boleh pergi.”
Tapi memang tak de dah lain kalinya. Allah bagi pinjam hanya 18 tahun saja. Walau ku genggam erat, Allah pemilik segalanya.
Pada 18.11.2015 kami mendapat berita dia kemalangan dan dikejarkan ke hospital. Dia koma. Di bilik ICU kami dipanggil oleh doktor dan diberitahu anak kami dalam keadaan kritikal dan otaknya tak berfungsi lagi.
Dia hanya dibantu oleh mesin hayat.
Suami terus lari dan hanya saya saja yang mendengar penjelasan doktor. Keluar saja dari sana, suami terus memeluk saya. Dan dia meraung, menangis di bahu saya. Saya hanya mampu berkata, “sabar bang. Redho dan ikhlas.”
Luluhnya hati seorang ayah melihat satu-satunya anak lelaki yang dia ada terbaring kaku tak bermaya. Malam itu juga doktor minta agar kami membuka wayar.
Tapi saya tak mahu kerana ianya akan menghantui hidup saya. Seolah-olah saya yang membunuhnya. Saya kata kalau dia nak pergi, biar lah Allah yang mengambilnya.
Pada pagi Jumaat 20.11.2015 dalam pukul 4 pagi selepas membaca yasin, saya memberitahu Allah. “Ya Allah, jika Engkau mahu mengambil anakku, Engkau ambil lah, Aku redho dan ikhlas.”
Saya pergi kepada anak dan berbisik di telinganya. “Boy, ibu ampun kan dosa-dosa Boy, ibu halalkan setiap air susu ibu yang Boy minum. Kalau Boy nak pergi, pergilah. Ibu redho dan ikhlas.”
Pada pagi Jumaat yang penuh barokah iaitu 20.11.2015, anakku pergi meninggalkan diriku dan keluarga. Hari ini Jumaat 20.11.2020 genap lah 5 tahun pemergiannya.
Al-Fatihah (dibaca) buatmu anakku.. Semoga Allah mengurniakan syurga tanpa hisab kepada mu yang soleh. Aamiin Ya Robbala’lamin.
MW : Semoga roh Allahyarham ditempatkan di taman-taman syurga disamping orang-orang yang beriman. Redha dan ikhlaskan pemergian anak itulah kunci kekuatan hati seorang ibu.
Sumber/Foto : Ella Suria via Grup Peminat Gambar-gambar Lama dan Klasik
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!