Sekali pandang nampak macam kek batik, tapi sebenarnya ia merupakan Puding Biskut Marie yang sedap lagi kaw! Jika selalu kita makan biskut batik, teksturnya keras namun jika buat puding ini rasanya seperti kek batik namun teksturnya lebih lembut!Orang tua mahupun kanak-kanak pun lebih mudah nak makan bila teksturnya lembut.
Mak-mak boleh cuba buat puding biskut marie ini seperti yang dikongsikan oleh Nur Haziqah menerusi group Masak Apa Hari Ni (MAHN);
“Ini bukan kek batik , tapi puding biskut marie.Rasa macam kek batik cuma tekstur puding.Resepi ni saya dapat dari group ni juga ( sorry tak ingat nama ) cuma saya olah ikut citarasa sebab nak dapatkan rasa lebih kaw gituu.”
Ads
RESEPI PUDING BISKUT MARIE :
Bahan-Bahan:
Biskut marie original
10gm Serbuk agar-agar (saya guna cap bunga raya)
2 1/2 cawan air
1 cawan Susu Segar / susu cair
1/2 cawan susu pekat (kalau nak manis jadikan 1/4 cawan)
1/2 cawan tepung kastard
1 biji telur
120gm butter (nak guna marjerin pun boleh)
3 sudu besar serbuk koko
12 sudu besar milo
Cara Membuat:
1.Blend susu segar, susu pekat , telur dan tepung kastard sehingga sebati.
2.Bancuh serbuk koko dan milo bersama 1/2 cawan air panas.
3.Masak serbuk agar-agar dengan 2 1/2 cawan air sehingga larut. Kemudian tapis.
4.Masukkan semula adunan agar-agar ke dalam periuk bersama butter dan kacau sehingga butter cair.
5.Kemudian masukkan bahan-bahan yang dikisar tadi.
6.Seterusnya masukkan bancuhan serbuk koko + milo dan kacau sehingga pekat dan adunan meletup-letup menggunakan api kecil. Tutup api
7.Gris loyang dengan minyak dan lapik plastik.
8.Tuang adunan puding , nipis saja.
Ads
9.Susunkan biskut marie, kemudian tuang lagi adunan puding.
10.Ulang sampai adunan puding habis.
11.Sejukkan baru potong.
Info Ekstra!
Lapik plastik pada dasar loyang sahaja. Keliling loyang tu sapu dengan minyak. Masa nak keluarkan dari loyang sisip tepi dengan pisau lepas tu terbalikkan terus.
Ads
Selamat mencuba !
#nuhazkitchen
MW: Mak-mak kena cuba buat puding biskut marie ni di rumah, anak-anak mesti suka, lembut pun iya senang nak makan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Buah Naga atau lebih dikenali dragon fruit mempunyai banyak khasiat yang tersendiri. Selain dimakan segar begitu sahaja, mak-mak juga boleh pelbagaikan resipi dengan buah ini dengan membuat buah melaka atau onde-onde.
Warna semulajadinya merah jambu cukup menarik mata yang memandang. Malah nak membuatnya pun cukup mudah hanya perlu kisar tak perlu ditapis dan dicampur kedalam tepung sebelum diuli. Mak-mak boleh sediakan untuk hidangan minum petang buat keluarga ikut resipi yang dikongsikan oleh Puan Harliana Aryana ini.
“Buah melaka atau Onde-onde dragon fruit. Dragon fruit tak payah tapis bagai blend terus gaul dan uli kaler asli dan sedappppp..Cuba lah.”
1pek tepung pulut
1/2 biji separuh dragon fruit (nak letak lebih pun bole, blander tanpa air)
(Inti)
Gula melaka(tumbuk)
*Kelapa parut kukus+garam sikit
1.Masukkan tepung dalam besen campurkan dengan buah dragon fruit yang telah dikisar.
2.Gaul dan uli tambah air biasa sedikit demi sedikit sampai adunan licin tak lekat dekat tangan.
3.Ambil adunan sebesar ibu jari masukkan inti gula melaka dan buat bulat-bulat.
4.Masak dalam air yang mendidih, bila bebola timbul angkat letak dalam penapis dan golek atas *kelapa.
Okey siap untuk dimakan..nyummy!
MW: Menarik sungguh onde-onde buah naga ini. Warna merah jambu semula jadi yang sangat memikat. Sesuai sangat untuk buat minum petang buat anak-anak dan keluarga nanti.
Sesuai untuk tarik selera makan, sup adalah salah satu makanan yang mampu untuk menurunkan suhu panas badan sesiapa sahaja yang demam.
Sebab bahan herba yang digunakan cukup bagus untuk memperbaiki immuniti badan khususnya kanak-kanak yang makin membesar.
Nah, kali ini mak-mak boleh cuba masak sup antibiotik yang dikongsi oleh Puan Julia Daud sebagai penawar demam buat anak-anak.
Hati mak mana lah yang tidak risau bila anak sakit. Doktor memang ada bekalkan ubat demam dan cair kahak untuk dia. Tetapi kalau mak-mak nak bantu tambahkan selera anak, menu sup ini memang sesuai untuk anak yang demam bagi mengembalikan tenaga dan merawat penyakit dengan izinNya.
5 biji buah pelaga
5 -7 biji bunga cengkih
5 ulas bawang putih | dicincang halus
1 ulas bawang merah | dicincang halus
3 biji lada hitam | dihancurkan
1 batang lobak merah | dipotong dadu
3 batang celery / ikan bilis
Ayam / ikan /daging (sumber protien)
Sedikit daun sup atau daun bawang
3 cawan air
1. Sediakan bahan seperti di gambar bersama 3 cawan air. Sukatan sayuran dan protein boleh ditambah mengikut citarasa.
2. Masukkan semua bahan ke dalam air yang telah direneh. Tunggu hingga mendidih.
Ibu- ibu boleh juga gunakan kaedah menumis, Tumiskan rempah ratus dan bawang dengan menggunakan unsalted butter atau minyak masak. Menumis guna Pure Olive Oil pon boleh.
3. Apabila lobak merah dan ayam dah empuk. Taburkan daun sup atau pon daun bawang.
4. Hidangkan bersama karbohidrat samaada, bubur nasi, mee hoon, noodle pelbagai perisa ataupun pasta. Boleh taburkan mix herbs semasa menghidang. Siap. Selamat mencuba.
Mudah saja kan? Bukan sahaja boleh dimakan ketika sakit, sup antibiotik ini juga sangat bagus untuk diamalkan supaya immuniti badan sentiasa terjaga.
Selamat mencuba!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Resepi pizza paratha ini semudah ABC nak membuatnya. Pejam mata main, campak-campak pun boleh jadi. Sebab tak perlu buat sendiri doh tu. Boleh guna roti paratha yang jual di pasaraya.
Kali ini MW kongsikan beberapa resepi pizza paratha dengan pelbagai variasi topping. Boleh pilih nak cuba teknik masakan mana, yang penting kejunya kena banjir.
Barulah pizza tu rasa ‘terangkat’. Kalahlah resepi kedai.
Beef pepperoni pizza. Doh roti paratha Tisha’s.
So yummy they want more ( hantu pizza kuasa 2 yang cakap – Rysha Ryhana)
Prep time – 10 mins Bake – 15 mins at 220 degree
Done
Pizza roti paratha dengan topping ayam hancur, sosej, bawang holland dan tomato. Tabur chili flakes sedikit, parmesan cheese melimpah ruah (yang khas untuk topping pizza).
Yang penting cepat dan mudah untuk disediakan.
Cara buat :
√ Sapu dulu sos spageti atas roti. Letak cheese (parmesan. mozarella untuk efek boleh tarik). Topping ayam/daging hancur (masak separuh dulu).
√ Sosej, bawang holland dan tomato letak atasnya. Tabur chili flakes sikit. Lepas itu letakkan lagi parmesan cheese melimpah ruah.
√ Kemudian, sapukan marjerin/butter pada dulang pembakar dan letak pizza dalam oven terus bakar. Suhu 170 api atas bawah selama 20 minit atau bergantung pada oven masing-masing ya.
Dan alhamdulillah selamat masuk perut ummi & anak 4 orang tu. Kenyang alhamdulillah.
Malam ni takya makan dah ek.. Korang kenyang dah kan.
Bahan simple je. Kecuali nak pelbagaikan toping dia.
Roti paratha
Sos spaghetti
Sosej
Bawang holland
Mozarella
Sapu sos spaghetti atas roti.
Tabur mozarella.
Tabur bawang.
Susun sosej.
Tabur lagi mozarella.
Bakor api atas bawah. Suhu 160-170 darjah celsius. 15-20 minit.
Guna mozarella cheese.
Ada efek tarik tu yang buat lagi best.
Paling syok+best bila anak kata sedap macam piza kat kedai.
Biasanya kalau nak makan pizza terpaksalah uli doh dulu kan. Leceh. Memandangkan hari ni super busy day pulak so Kak ekin sempat buat breaksfast homemade pizza segera je. Kak ekin guna pemanggang ajaib. Mudah dan cepat.
Bahan-bahan:
Roti Paratha (frozen)
Sos spaghetti prego
3 batang sosej ayam dihiris nipis
Isi ayam cincang (telah digoreng)
Nenas dalam tin
Cendawan butang dalam tin
Keju Mozarella
Lada benggala (dihiris)
Cara-cara:
1. Sapukan minyak pada pemanggang ajaib. Buka api dapur paling kecil.
2. Agak pemanggang ajaib dah panas, letak roti paratha dan sapu permukaan roti dengan sos spaghetti prego.
3. Kemudian taburkan keju Mozarella supaya topping dan base boleh melekat.
4. Susun hirisan sosej ayam sebagai topping.
5. Letakkan pula isi ayam cincang, nenas, cendawan dan lada benggala.
6. Taburkan Keju Mozarella sekali lagi dan biar masak selama 15-20 minit. Pastikan api kecil.
7. Boleh dihidangkan.
Seronok tengok anak-anak licin makan. Kalau korang suka, boleh share. Selamat mencuba.
Base – roti paratha kawan Topping – sapu butter pada tudung periuk, letak roti paratha, sapu sos spageti, tabur cendawan butang, crab stick, bawang holland dan sosej.
√ Tabur chese dan bakar pada suhu 180 darjah celsius selama 25 minit.
Resepi sos
Boleh gunakan pes tomato dalam tin. Saya kurang minat. Jadi buat sendiri. Caranya : Lada kering 15 tangkai dan tomato 2 biji dikisar. Tumis gunakan minyak zaiton. Tambah oregano, parsli, basil dan rosemary. Tambahkan sedikit air limau nipis atau limau kasturi. Tambah garam dan lada hitam.
Cara buat pizza
1. Panaskan oven pada suhu 170 c.
2. Saya gunakan paratha jenama tisha sebagai base. Sapukan sos yang telah dibuat tadi. 3. Taburkan cheese. Boleh gunakan cheddar atau mozarella.
4. Susun sosej. Boleh juga gunakan ayam atau daging yang telah dimasak. Lebih elok sebenarnya. Taburkan bawang holland yang dihiris nipis. Boleh taburkan juga nenas dan cili benggala. Saya takde .
5. Saya taburkan dengan lada hijau dan cili api untuk rasa pedas. Kalau tak suka pedas tak perlu. Taburkan lagi cheese bahagian atas.
6. Bakar pada suhu 170 c selama 20 minit.
Selamat mencuba!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
"Ini baju raya kita awak, murah kan? Tak percaya ke? Percayalah sebab saya sangat kedekut, akui Nad Zainal yang berkongsi baju rayanya bernilai RM80.99 untuk tahun ini.