rahim jatuh

Betul ke lepas beranak, kaum mak-mak akan berisiko mengalami rahim jatuh? Nak juga tahu, apa simptom-simptom yang berkait dengan masalah ini.

Ada yang kata wanita akan rasa tak selesa nak duduk, kencing kerap, dan sakit tumit kaki. Puncanya sebab tak jaga dan selalu angkat benda berat. Isyh, semudah itu?

Haa… sebenarnya sejauh mana kebenaran wanita akan ada masalah rahim jatuh kalau tak jaga lepas bersalin anak kecil?

OK, ini pengalaman daripada salah seorang doktor sendiri, Khairul Faizie Mohammad Kamar yang berkongsi di laman facebook miliknya tentang pesakitnya yang mengadu pasal rahim jatuh.

Masalah Rahim Jatuh

Seorang wanita usia 28, berbadan kurus, anak seorang, sejarah bersalin normal, kerja ofis, takda masuk gym angkat berat. Datang sebab risau rahim jatuh. Aku tanya kenapa boleh terfikir rahim jatuh?

Jawapannya sebab sakit kaki. Orang kata kalau sakit tapak kaki tu tanda rahim jatuh. Pergi berurut, tukang urut pun kata ” ni dah tanda awal rahim jatuh”. Aku tanya tukang urut tengok ke private part? Jawapannya tak, urut sekitar perut dan kawasan rahim je.

Ads

Memang tipikal kan selalu dengar cerita, kalau pergi berurut, tukang urut kata rahim jatuh atau kena naikkan peranakan.

Soalannya, betul ke rahim jatuh?

Betul ke kena naikkan peranakan?

Rahim jatuh di panggil Uterine Prolapse.

Ads

Apa simptomnya?

  1. Rasa berat / pressure di kawasan pelvis / kawasan private part.
  2. Rasa ada benda tertonjol keluar dari vagina.
  3. Kesukaran nak kencing / berak.
  4. Sakit masa hubungan sex.

Jadinya, tiada simptom sakit tapak kaki.

Tidak hanya dengan urut-urut kat kawasan perut atau lower abdomen tanpa melihat sendiri ke vagina, si tukang urut boleh kata rahim dah jatuh.

Dan kena faham faktor risiko untuk rahim jatuh:

Ads

Apa apa yang menaikkan pressure pada abdomen ( intra-abdominal) seperti angkat barang berat, batuk yg kronik, meneran sebab sembelit yang kronik.

  1. Kerosakan pada otot pelvis dan tisu sekitarnya semasa proses bersalin.

2. Kelemahan otot pelvis dlm menyokong rahim, dan sebab itu majoriti kes nya berlaku pada wanita yg dah berumur..sebab hormon estrogen mula berkurangan dengan peningkatan umur ( hormon estrogen yg memastikan kekuatan otot pelvis)

3. Obesity

4. Pregnancy – sedang mengandung itu sendiri pun ialah risk factor utk rahim jatuh.

Ada banyak lagi perkara berkaitan Uterine Prolapse / Rahim Jatuh ni, namun tulisan yang pendek ni harapnya dapat buka minda masyarakat kita, yang mana masih ada yang mudah dimomokkan dengan isu rahim jatuh.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI