Ada sebab tersendiri kenapa wanita kena amalkan minum Teh hijau dalam diet pemakanan seharian.Minum Teh hijau bukan hanya boleh buat wanita kurus je tau. Teh hijau memiliki nutrien yang terbaik untuk kesihatan, malah tumbuhan ini dianggap antara minuman semulajadi paling sihat yang mampu mengawal serta mencegah pelbagai penyakit.Banyak lagi sebenarnya khasiatnya jika amalkan teh hijau ni.

Antaranya:

1.Meningkatkan Kesihatan Mental Dan Fungsi Otak

Teh hijau tidak sekadar mencergaskan otak, malah menjadikan seseorang itu pintar. Ini kerana ia mengandungi kafein tidak berlebihan yang mampu merangsang sel-sel otak dan menjadikannya lebih aktif dan cerdas.

2.Meningkatkan Kecergasan Fizikal

Teh hijau adalah minuman yang membantu proses pembakaran lemak dan pada masa sama meningkatkan kadar metabolisme dalam badan. Ini terbukti dalam satu kajian yang dilakukan terhadap 10 orang lelaki yang mana pengambilan teh hijau telah meningkatkan penggunaan tenaga mereka sehingga empat peratus.

3.Mencegah Penyakit Kanser

Kanser berlaku apabila terdapat peningkatan sel kanser di dalam badan manusia. Penyakit ini merupakan antara pembawa kematian paling tinggi dalam sesebuah negara. Teh hijau sarat dengan antioksida yang mampu memerangi sel kanser. Dengan itu, pengambilan teh hijau dapat mengurangkan risiko kanser payu dara, prostat, kolon dan banyak lagi.

IKLAN

4.Menurunkan Berat Badan

Memang diakui teh hijau mampu mempercepatkan proses pembakaran kalori dengan menghalang penyerapan lemak arteri dan kolesterol. Satu penyelidikan yang di buat oleh International Journal of Obesity menyatakan bahawa ekstrak teh hijau mampu meningkatkan pembakaran kalori dan lemak dalam badan, sekaligus mampu menurunkan berat badan.

5.Melambatkan Proses Penuaan

Antioksida yang terdapat dalam ekstrak teh hijau mempunyai banyak kebaikan kepada manusia. Selain kesihatan tubuh, ia juga membantu menghasilkan tekstur kulit yang sihat dan cantik. Selain itu, ia mampu melambatkan proses penuaan buat wajah nampak awet muda!. Bagi mereka yang mengamalkan minum teh hijau setiap pagi akan menikmati tahap kesihatan yang lebih baik kerana tumbuhan ini juga dapat membuang toksin dalam badan.

IKLAN

6.Mencegah Pembentukan Bakteria Pada Gusi

Polyphenol dalam teh hijau mempunyai kandungan anti bakteria yang membantu mencegah penyakit gingivitis dan periodontal dengan cara membunuh bakteria berkumpul dalam mulut yang menyebabkan kerosakan gigi.Oleh itu, mereka yang meminum teh hijau setiap hari akan memperoleh kesihatan gusi dan mulut berpanjangan serta terhindar daripada masalah nafas berbau.

7.Mempunyai Antiseptik

Jika kulit luka, melecet atau digigit serangga, teh hijau boleh membantu. Caranya rendamkan sehelai kapas bersih ke dalam teh hijau dan tekankan pada bahagian kulit berkenaan. Teh hijau secara semula jadi mempunyai bahan antiseptik yang mampu menghilangkan rasa gatal dan lebam.

IKLAN

Info Ekstra!

Sekalipun memiliki banyak manfaat, perlu diingat bahawa teh juga mengandung kafein. Jika diambil secara berlebihan, ia dapat menyebabkan beberapa gangguan seperti insomnia, berdebar hati dan ketidakaturan detik jantung. Namun kandungan kafein dalam teh masih tetap lebih rendah jika dibandingkan dengan kopi atau minuman berkarbonat.

Menurut pakar, ‘dos’ maksimum meminum teh hijau dalam sehari ialah 3 hingga 5 cawan sahaja.

Buat wanita, sayangi diri, anda mampu mengubah diet harian jadi lebih baik bukan hanya untuk kurus tapi untuk jadi lebih sihat!
Kongsikan juga buat wanita lain iya.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI