Bukan Berpunca Orang Ketiga, Sharifah Sakinah Sahkan Sudah Bercerai

Share

Pelakon terkenal. Sharifah Sakinah mengesahkan rumah tangga sudah sampai ke titik penamatnya. Dia yang mendirikan rumah tangga selama 5 tahun bersama Alif Adha yang juga juruterbang sebuah syarikat pengangkutan udara sudah bercerai sejak Mei lalu.

Namun, perpisahan selebriti ini bukan berpunca dari orang ketiga. Sakinah menafikannya. “Kami berpisah dengan baik.” Kata Sakinah, keputusan itu diambil demi memikirkan anak mereka Anais Adha yang baru berusia tiga tahun.

Pasangan ini sudah lima tahun mendirikan rumah tangga. Bernikah pada 28 Mac 2015 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan.

Saya tak boleh jadi isteri yang baik. Saya sedar kekurangan diri.” kongsinya dalam temubual bersama BH Online.

Sejak Mac lalu, Sakinah memaklumkan yang dia sudah tidak tinggal sebumbung dengan Aliff. Namun berpisah secara rasmi, Mei lalu.

Baca sini : Sharifah Shahirah bulatkan hati teruskan niat berhijab, masih dalam proses perbaiki diri.

Sharifah Sakinah dan Anais Adha

Biarlah Bahagia Dengan Cara Masing-masing – Sharifah Sakinah

Desas desus rumah tangga adik Sharifah Shahirah yang dikesan mulai bergoyah itu bermula apabila Alif dikatakan secara terbuka menggunakan aplikasi untuk bersosial di internet.

Soal dia nak guna aplikasi ‘dating’.. itu haknya. Suka hati dialah nak buat apa, saya tak campur.

Selebihnya, biarlah saya dan dia bahagia dengan cara masing-masing… itu sebaik-baiknya.” Luah Sakinah.

Terjawablah sudah teka-teki rumah tangga pelakon ‘Girlfriend Aku Dari Neraka’ ini.

MW : Doa yang baik-baik untuk keduanya.

Sumber/Foto : Berita Harian Online, Sharifah Sakinah

IKLAN