Tidak lengkap Ramadan tanpa menikmati pelbagai hidangan buffet Ramadan yang menjadi kelaziman setiap kali Ramadan menjelma.
Mana tidaknya, inilah masanya pelbagai masakan tradisi cita rasa Malaysia dan gabungan menu kontemporari disajikan. Antara lokasi iftar yang boleh dijadikan pilihan Ramadan tahun ini di Royale Chulan Seremban, Negeri Sembilan.
Tahun ini, Hotel Royale Chulan Seremban, Negeri Sembilan masih meneruskan tema tradisi tahunan, ‘Warnarasa’ sebagai tema bagi hidangan berbuka puasa di hotel tersebut di mana hampir 150 menu menyelerakan ditawarkan untuk memenuhi cita rasa pelanggan sekeluarga.
Antara hidangan istimewa yang bakal menambat selera tetamu termasuklah asam pedas ekor, masak lemak daging salai hasil sentuhan Eksekutif Chef, Suresh Mathavan bersama Sous Chef, Chef Azreen Shah Ab. Rahman. Menurut Pengurus Besar, Abdul Rahman Ahmad berkata, tema ‘Warnarasa’ terinspirasi daripada keunikan budaya dan masakan ikonik Malaysia.
Menu Tradisional Jadi Tarikan
Ads
Sementara itu, Chef Azreen Shah berkata, kelainan bagi tahun ini adalah lebih banyak masakan kampung dan kepelbagaian pencuci mulut.
“Selain itu, pada tahun ini kami bawakan hidangan istimewa bagi peminat asam pedas iaitu asam pedas ekor dan pastinya akan membuka selera anda. Hidangan ini hanya boleh dirasai di Royale Chulan Seremban,” katanya.
Ads
Menu istimewa yang terdapat di sini termasuklah rendang pucuk ubi, kerabu pegaga, sambal tempoyak, bubur lambuk, tom yam, daging salai lemak mangga muda, ayam percik, udang goreng kunyit, ayam beriani, ketam masak lemak nanas dan kuih-muih.
Selain itu, turut disediakan 11 gerai makanan yang menyajikan martabak, pasembor, pisang goreng, nasi beriani, dim sum, apam balik dan lain-lain.
Tidak lengkap sajian berbuka puasa tanpa menu panggang dan barbeku kerana ia merupakan sajian pilihan di bulan Ramadan. Antara menu panggang yang boleh dinikmati di sini termasuklah kambing panggang, sotong, sate dan ikan panggang.
Harga pakej Ramadan ditawarkan pada harga RM120 (bersih) seorang untuk dewasa dan RM78 untuk kanak-kanak serta warga emas. Kelebihan bagi pembeli awal bufet Ramadan ini sebelum 10 Mac apabila ditawarkan baucar early birds RM100 (diskaun daripada harga asal dewasa).
Warnarasa Bufet Ramadan
Royale Chulan Seremban
Tarikh: 12 Mac hingga 9 April 2024
Harga: RM120 untuk dewasa dan RM78 untuk kanak-kanak serta warga emas
Waktu Operasi: 6 pm- 11 pm
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Tragedi yang meragut nyawa adik Zara Qairina Mahathir, 13, terus mendapat perhatian apabila lima remaja perempuan bawah umur dihadapkan ke Mahkamah Kanak-Kanak di sini, hari ini.
Dalam prosiding tertutup di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Elsie Primus, kesemua tertuduh yang berusia bawah 18 tahun itu mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menggunakan perkataan mencela terhadap Allahyarhamah Zara Qairina pada malam 15 Julai lalu, di sebuah sekolah di Papar.
Mengikut kertas pertuduhan, mereka didakwa secara bersama menggunakan perkataan yang boleh mengganggu perasaan arwah, antara jam 10 hingga 11 malam. Pertuduhan dibuat di bawah Seksyen 507C (1) Kanun Keseksaan, dibaca bersama Seksyen 34, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun, atau denda, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Mohamad, memaklumkan kepada media bahawa setiap tertuduh dibenarkan ikat jamin RM5,000 dengan deposit RM1,000 serta seorang penjamin tempatan. Beliau turut menegaskan, hanya perkara itu boleh didedahkan kerana mahkamah telah mengeluarkan perintah larangan berhubung butiran lain dalam prosiding.
Pihak pendakwaan dikendalikan oleh Nor Azizah bersama Nik Haslinie Hashim dan Deepa Nair Thevaharan, manakala barisan peguam bela terdiri daripada nama-nama berpengalaman termasuk Datuk Ram Singh, Joan Goh, Prem Elmer Ganasan, Azhier Farhan Arisin, Abdul Fikry Jaafar Abdullah, Farah Nazriah Chun Lee, Fareez Salleh dan Sylyester Kuan.
Mahkamah menetapkan tarikh sebutan semula pada 25 September dan 16 Oktober, manakala pendengaran kes dijadualkan bermula 8 hingga 12 Disember serta 15 hingga 19 Disember depan.
Seorang jururawat maut apabila motosikalnya merempuh belakang sebuah lori sebelum tercampak dan digilis dua kenderaan lain di Lebuh Raya Lingkaran Penyuraian Trafik Kajang (SILK), di sini semalam. Tular video berkenaan kemalangan tersebut di media sosial yang menunjukkan bagaimana kemalangan tersebut berlaku.
Mangsa, Nurul Ilham Nordin, 29, yang bertugas di Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS), Universiti Putra Malaysia (UPM) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang, Superintendan G Shan Gopal berkata, siasatan awal mendapati mangsa terlibat kemalangan ketika dalam perjalanan dari arah Cheras menghala ke tempat kerja.
“Apabila tiba di lokasi kejadian, mangsa dipercayai terlanggar belakang sebuah lori tiga tan yang berhenti di lorong kecemasan kerana mengalami masalah teknikal,” Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang.
Digilis 2 Kenderaan
Katanya, akibat pelanggaran tersebut, mangsa tercampak ke sebelah kanan jalan dan digilis sebuah kereta jenis Perodua Bezza dan kemudian dilanggar sekali lagi oleh pemandu Perodua Alza.
Katanya, siasatan masih dilakukan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Shan Gopal berkata, pihaknya juga telah merakam keterangan tiga pemandu kenderaan yang terbabit dalam insiden itu bagi membantu siasatan.
Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kemalangan tersebut diminta menyalurkannya dengan menghubungi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Sepang atau menghubungi Insp. Mohamad Fadzil Zainol Abidin di talian 019-6488474.
Pihak Polis turut menasihati orang ramai agar mematuhi undang-undang jalan raya demi keselamatan diri, keluarga dan pengguna lain.
Selebriti wanita popular, Yana Samsudin rupanya bukanlah berasal dari keluarga senang. Mengimbau kembali perjalanan hidup dari zaman kecil yang penuh kepayahan, ibu kepada tiga orang anak ini bersyukur kerana dengan pengalaman tersebut membentuk dirinya sebagai seorang wanita yang tidak lupa asal usul dan sentiasa mahu berkongsi rezeki.
“Sejak kecil saya dah biasa hidup susah. Rumah keluarga kami kecil saja cuma ada dua bilik, kami pula lapan orang termasuk nenek. Saya dibesarkan oleh arwah nenek sejak umur 5 tahun,” kongsi Yana membuka bicara.
Walau dihimpit kesusahan dalam hidup di mana hanya bergantung pada pencen ayah sebanyak RM800 namun Yana tidak berasa mereka hidup serba kekurangan. Ini kerana nilai tersebut cukup untuk mereka sekeluarga.
“Sewaktu zaman kanak-kanak saya akan tolong nenek buat kuih bahulu bila nak sambut raya. Masa bulan puasa pula, mak saya akan buat kuih muih waktu petang dan saya akan tolong jual. Dari kecil saya dah jual kuih untuk bantu keluarga. Raya tak semestinya ada baju baharu, tapi kami tetap rasa gembira,” kongsi Yana yang nekad bekerja keras dan belajar hingga menara gading untuk ubah ekonomi keluarga.
Santuni Mereka Yang Memerlukan
Bersyukur dengan kehidupan hari ini yang diberikan oleh Allah rezeki yang murah, setiap kali tibanya Ramadan dan Syawal Yana tidak lupa menyantuni mereka yang memerlukan.
Yana akui dirinya dan suami Fadzil Zahari tidak terlalu menekankan tradisi memberi duit raya, namun mereka pastikan keperluan hari raya keluarga dijaga sebaik mungkin.
“Kami tak amalkan bagi duit raya pada semua orang. Tapi kelengkapan raya kami sekeluarga, suami saya yang uruskan. Kalau giliran beraya di Johor, saya akan beri duit pada mak ayah lebih awal. Keluarga saya besar, untuk beli ayam saja lebih 15 ekor untuk satu hari,” ceritanya.
Yana juga pernah memberi RM3,000 kepada bapanya untuk menukar duit raya RM1 sebagai stok untuk duit raya.
“Dulu masa anak saudara tak ramai, mereka dapat lebih. Tapi sekarang, saya galakkan menabung. Kalau simpan RM100, saya tambah RM10,” ujarnya.
Belanja Baju Raya Untuk Sanak Saudara
Bila tibanya hari raya Yana suka melihat ahli keluarga bergembira.
“Bukan semua mampu berbelanja lebih bila tiba raya jadi saya akan peruntukan hampir RM5,000 untuk sanak saudara saya beli baju raya.
“Saya suka sangat beli baju raya sedondon. Setiap tahun saya akan belanja adik beradik, anak buah serta abang ipar beli baju raya,” luah Yana.
Pada kebiasaanya lebih 30 pasang saya akan belanja mereka, semuanya demi memastikan mereka gembira di pagi Syawal. Baginya, itulah hadiah kecil yang memberi makna besar.
Beri Sumbangan Anak Yatim & Ibu Tunggal
Akui Yana setiap tahun dirinya tidak akan lepaskan peluang membuat amal kebajikan, Yana akan melawat rumah anak yatim dan ibu tunggal.
Namun satu pertemuan yang sukar dilupakan apabila bertemu dengan seorang nenek tua yang tinggal di rumah persatuan ibu tunggal.
“Nenek tu jaga cucu-cucu yang yatim piatu di rumah tersebut. Katanya bila rumah itu penuh, kadang-kadang nenek itu akan menumpang rumah kawan dan tak ada tempat tinggal tetap.
“Bila tak ada makanan, dia ke rumah persatuan. Saya ingatkan ibu tunggal semua muda tapi sebenarnya yang tua pun ada,” kongsinya.
Pengalaman itu membuatkan Yana menukar cara bersedekah, kini dirinya akan memberi sumbangan raya lebih kepada ibu tunggal yang berusia.
“Bagi saya golongan tua ni mereka lebih memerlukan, walaupun mereka senyap. Mereka tanggung beban yang kita tak nampak,” sambungnya.
Yana turut memberitahu dirinya juga menanggung anak saudaranya yang yatim iaitu anak arwah adiknya.
Sayu Lihat Keluarga Susah
Yana juga berkesempatan terlibat dalam program Sempurnakan Raya PTPTN X Mingguan Wanita baru-baru ini. Yana bersama team PTPTN dan Mingguan Wanita telah ke Pulau Pinang menyantuni keluarga asnaf Puan Jaslina dan suami Encik Zulkifli Hamid yang merupakan seorang nelayan mempunyai 11 orang anak.
Turut hadir, YBhg. Dato’ Seri Norliza Abdul Rahim, Pengerusi PTPTN, YBrs. Encik Ahmad Dasuki Abdul Majid, Ketua Eksekutif PTPTN, Puan Wan Zawiah Wan Abu Bakar, Pengurus Besar Kanan Jabatan Komunikasi Korporat dan Pemasaran PTPTN serta Encik Muhammad Muhsin Abdul Rahman, Pengarah Negeri, Pejabat PTPTN Negeri Pulau Pinang.
PTPTN telah memberi keceriaan dengan memberi bantuan kelengkapan rumah, membeli kelengkapan baju raya serta sumbangan duit raya melalui akaun Simpan SSPN Prime sebanyak RM100 setiap seorang buat anak-anak Encik Zulkifli dan Puan Jaslina.
Yana kelihatan sayu namun berasa sangat gembira apabila program ini mampu menggembirakan keluarga yang sangat memerlukan.
Ternyata kehadiran Sempurnakan Raya PTPTN X Mingguan Wanita tahun ini membawa sinar baru dengan menyempurnakan Aidilfitri mereka dengan erti kasih, harapan dan kekuatan sebuah keluarga. Aidilfitri yang disambut bukan sekadar baju baharu tetapi juga dengan harapan yang menggunung tinggi untuk merubah kehidupan.
Beraya Di Rumah Mertua
Menyentuh tentang hari raya, tahun ini Yana sekeluarga akan pulang ke Jitra, Kedah.
“Tahun ini giliran beraya di rumah mertua. Biasanya kami akan berpakaian sedondon, saya dan anak perempuan. Tahun ini saya sediakan empat set baju raya baru.
“Memandangkan mak mertua kurang sihat jadi saya akan menolong memasak di dapur. Selepas beraya di Jitra kami akan pulang ke Johor pula,” terang Yana.
kami officialy dihalau dari rumah bersama 2 orang anak dan tengah sarat mengandung. Sehelai sepinggang dapat bawa apa adanya sahaja. Tanpa duit sebab kad bank dan barang yang lain disuruh tinggal.