BudakĀ jatuh dari tingkat 11 hanya patah tangan, bumbung kedai pemisah ajal. Dalam hidup, manusia harus berpegang kepada qada dan qadar yang telah ditetapkan khususnya dalam bab kematian dan jodoh.
Ternyata selagi belum sampai saatnya, Allah masih memberi peluang untuk kita menikmati kehidupan mengikut apa yang kita cari.
Budak 12 Tahun Jatuh Dari Tingkat 11 Hanya Patah Tangan
Berpantang maut sebelum ajal dan seolah diberikan peluang kedua, inilah yang dilalui oleh seorang kanak-kanak berusia 12 tahun yang terjatuh dari tingkat 11 bangunan.
Dalam kejadian senja semalam, seorang kanak-kanak nyaris maut apabila terjatuh dari tingkat 11 sebuah rumah pangsa di Jalan Garuda di sini malam semalam.
Dalam kejadian pada pukul 7.31 malam itu, mangsa yang berusia 12 tahun terselamat dan hanya mengalami patah tangan kiri.
Ads
Bumbung menjadi pemisah ajal kanak-kanak ini selepas terjatuh dari tingkat 11 ketika leka bermainDiselamatkan oleh orang ramai yang terdengar bunyi jatuh dari atas bumbungFlat 15 tingkat di rumah pangsa di Jalan Garuda gempar dengan berita kanak-kanak terjatuh
Bumbung Kedai Pemisah Ajal
Memetik laporan Kosmo, difahamkan, mangsa dikatakan menggigau kerana demam sejak beberapa hari lalu sebelum terjatuh dari tingkat 11 dan tersangkut pada bumbung kedai.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin, Pegawai Bomba Kanan II Zulkarnain Arifin berkata, seramai 10 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan.
āSetibanya Pasukan Keluar Operasi (PKO) memang benar terdapat kejadian yang dilaporkan.
āMangsa, seorang kanak-kanak 12 tahun ditemui tersangkut di atas bumbung kedai yang berada di tingkat bawah bangunan kediaman terbabit,ākatanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Ads
Zulkarnain berkata, pihaknya bertindak membawa turun mangsa menggunakan stretcher sebelum diserahkan kepada pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Ujarnya, mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini untuk rawatan lanjut.
Ayu juga tidak lari daripada dipandang rendah apabila sanggup bergelumang dengan lumpur, tapi ianya langsung tidak patahkan semangatnya.
Sebaliknya membuatkan Ayu semakin beersemangat untuk teruskan dan buktikan bahawa dalam bidang pertanian dia mampu berjaya seperti hari ini.
Dirinya juga sejenis tak ambil pusing tentang tanggapan orang lain padanya, sebaliknya lebih selesa membuktikan kemampuan diri. Biarlah orang nak gelar Ayu Cili Padi sekalipun, baginya ia satu tarikan dan buatnya lebih dikenali.
Benarlah penyanyi ini merupakan seorang yang cukup rajin bukan sekadar beraksi di atas pentas namun dia juga seorang yang kreatif dalam meraih pendapatan.
āDipandang Rendah Sanggup Bergelumang Lumpur.ā
Ayu Damit yang digelar ‘Ayu Cili Padi’ kini merupakan seorang usahawan cili yang sukses. Usahanya bersama suami sememangnya telah membuahkan hasil yang lumayan.
Ayu sebenarnya bukan sekadar mengusahakan cili padi namun wanita ini juga cukup rajin dan telah membuka sebuah kafe dan pelbagai produk berkaitan cili padi.
Ternyata kehidupannya sejak kecil banyak mengajar Ayu, dia dibesarkan dalam keluarga yang sangat sederhana. Namun begitu, keluarganya pernah diuji apabila ayahnya antara insan yang terjejas apabila terlibat dalam pembuangan pekerja secara besar-besaran.
āDari situ kehidupan kami berubah bila ayah hilang kerja, mak mula berniaga jual kuih dan banyak lagi mak,ayah lakukan pada ketika itu untuk membesarkan saya adik-beradik.
āKiranya sejak kecil saya memang diajar untuk berdikari, dalam usia lapan tahun saya sudah boleh memasak dan juga belajar membuat pelbagai jenis kuih dalam membantu keluarga,ā ungkapnya memulakan bicara ketika sesi MWLive baru-baru ini.
Ā Terfikir Untuk Menanam Cili
Segalanya bermula sekitar tahun 2013, seperti orang lain dirinya juga tidak terlepas daripada kegagalan. Asalnya dia dan suami mengusakankan tanaman kelapa dan kemudian diikuti dengan nenas, namun keduanya tidak mendapat hasil seperti yang diharapkan.
Selepas itu, dengan lakukan sedikit research dengan melihat pasaran terus dapat idea untuk menanam cili padi. Sebenarnya memang zero knowledge tentang tanaman cili padi, tapi beranikan diri untuk terus jalan.
āUntuk tanaman cili fertigasi kami buka tanah tiga ekar dan ditanam secara bergilir dengan tanaman lain seperti timun dan kacang panjang. Tanah ini kami sewa dengan orang asli di situ. Walaupun PKP, aktiviti masih diteruskan.
āBagi saya bisnes ini adalah back up plan untuk kami sekeluarga seperti sekarang tiada event atau jemputan nyanyian. Jadi inilah jalan rezeki yang Allah berikan. Sekurangnya pada waktu sekarang saya rasa lega kerana mempunyai bisnes ini dan tidak adalah pening tak tahu nak buat apa bila segalanya tersekat,ā ungkapnya syukur.
Ayu merupakan seorang selebriti, malah dalam masa yang sama turut menjalankan pelbagai cabang bisnes seperti penjualan kek dan cili jeruk disamping terbabit dalam bidang pertanian, sudah tentu sukar membahagikan masa.
āPembahagian masa sebenarnya mudah sahaja, saya selesaikan kerja dahulu sebelum anak-anak bangun. Bila anak bangun, mereka akan mula PdPR, saya akan teruskan kerja-kerja saya lain termasuklah memasak.
āMasa sebenarnya tak jadi masalah buat saya, lagi pun anak-anak pun sudah tahu apa tugas mereka. Dari mereka kecil, saya dan suami sudah praktikkan agar melatih anak-anak lakukan kerja rumah. Sekarang, mereka sudah pandai masak nasi dan goreng telur, jika terdesak mereka memang dapat lakukan sendiri.
āSaya sengaja mengajar mereka dengan cara begini kerana nak biasakan diri mereka hidup susah, tak mahu beri terlalu banyak kesenangan.
āLagi pun kita pernah susah, pernah berdikari untuk survive jadi perkara yang sama, saya dan suami ajar pada anak-anak,ā terang Ayu panjang lebar.
Tak Betah Duduk Diam
Kecil-kecil cili padi. Walaupun begitu banyak tugas Ayu tetapi ianya tidak menjadi beban buat Ayu kerana dirinya sejenis yang tidak betah duduk diam.
Terbiasa sejak kecil uruskan keluarga, adik-adik, bantu itu dan ini. Jadi Ayu memang orangnya tak tahu untuk duduk diam.
āDari dulu lagi saya memang kuat bekerja. kalau saya duduk diam terus terasa lemah. Biasanya bila tengok anak-anak akan kembali bersemangat, bila fikirkan nasib mereka jika tiada income. Jadi perlahan-lahan kembali balik semangat itu,ā jelasnya.
āKami juga pernah jatuh dan rugi tetapi itu tak bermakna kita perlu berhenti. Tapi buat lagi, tambah usaha dan jangan putus asa. Kena tekad betul-betul untuk berjaya,ā luah Ayu sebelum mengakhiri perbualan.
Saksikan video di bawah ini yang mampu memberi pengetahuan dan tip buat wanita yang ingin menempuh kehidupan yang lebih baik.
Mingguan Wanita : Semoga segala usaha dan cita-cita Ayu Damit tercapai. Insyallah…
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Siti Nur Hidayah, Ibu anak 3 tekad menghubungi usahawan merangkap motivator, Syafiq Fadeli demi kelangsungan hidup keluarganya yang sedang diuji tuhan.
“Tuan, kalau saya tak terdesak, saya takkan call tuan dan merayu-rayu macam ni tuan… Dah 2 hari kami sekeluarga tak makan nasi. Minta dengan jiran, jiran bagi roti je sebab mereka pun miskin juga.ā
Ini catatan Syafiq yang memaklumkan Siti Nur Hidayah atau lebih mesra dipanggil Kak Nue mendapat nombor telefonnya semasa beliau membuat program di Tanah Merah, Kelantan.
Anak Yang Setahun Itu Dah Beberapa Hari Tak Minum Susu
Dengan nada tersekat-sekat dan seperti menyusun ayat, Kak Nur lafazkan 1 hajat yang sangat besar.
Suami Kak Nur menyara keluarga dengan kerja mengutip plastik di tempat buangan sampah. Itulah satu-satunya mata pencarian suami Kak Nur.
Ujian Allah tiba, sebulan lepas suaminya terlibat dalam satu kemalangan semasa sedang mencari plastik di tempat buangan sampah. Akibatnya beliau tidak mampu lagi bekerja, dan tidak mampu berdiri. Alhamdulillah, dalam seminggu ini suaminya sudah boleh berdiri namun sakit di dadanya masih berbisa.
Mereka hilang satu-satunya sumber pendapatan.
Duit mereka habis. Mereka makan apa yang ada sahaja, dan berharap ihsan jiran berhampiran.
Namun jiran-jiran juga tidaklah kaya. Mereka hanya mampu memberi roti sahaja.
Dan ketika Kak Nur menghubungi saya, mereka sekeluarga sudah 2 hari tak makan nasi.
Lebih menyedihkan, Kak Nur mempunyai 3 orang anak yang masih kecil yang berumur 6 tahun, 2 tahun dan 1 tahun.
Anak kecilnya yang berumur 1 tahun itu sudah beberapa hari tidak minum susu kerana Kak Nur tidak mampu membeli susu untuk anaknya.
Anaknya yang berumur 6 tahun pula akan memasuki darjah 1 tahun depan, dan mereka sekeluarga memang tidak mampu mempersiapkan anaknya yang sulung ini. Yuran, baju, buku, alat tulis, semua tiada. Tidak mampu.
Dekat 30 Tahun Rumah Kak Nur Tiada Bekalan Elektrik
Tuan Cik Puan yang budiman.
Keadaan rumah Kak Nur sangat daif.
Menurut maklumat yang kami perolehi, sudah hampir 30 tahun rumah tersebut tiada bekalan elektrik. Mereka masih tidur malam bertemankan pelita. Terkadang ketika terdesak, mereka memasang lampu dengan menggunakan bateri kereta. Malam-malam selebihnya, hanyalah pelita.
Keadaan atap dan dindingnya yang daif dan langsung tidak selamat untuk mereka sekeluarga, apatah lagi anak-anak yang masih kecil.
Tandasnya pula berada di luar rumah, yang rupanya memang langsung tak macam tandas.
Saya bertanya tentang bantuan dari pihak berwajib. Katanya ada āorang poltikā yang datang, dan tanpa segan silu bertanya yang mereka sekeluarga undi parti mana? Boleh jadi jawapan mereka tidak menyenangkan āorang politikā itu, sampai sekarang tidak dapat bantuan.
Malah ada juga orang jabatan itu dan ini, NGO itu dan ini, parti itu dan ini… datang semata-mata untuk tanya khabar dan ambil gambar sahaja. Langsung tidak membantu sedikit pun.
Keadaan mereka yang miskin, terus miskin.
Bila Jejak Kaki Ke Rumahnya, Keluarga Ini Lebih Daif Dari Gambaran
Kisah ini bukanlah hanya kisah.
Petang semalam selepas mendapat panggilan tersebut, kami pergi menziarahi sendiri rumahnya di Kampung Sungai Keladi, KOTA BHARU, KELANTAN. Terima kasih sahabat saya, Tuan Fakaruddin (Level Twenty-Seven) kerana sudi sertai misi ini semalam. Bukanlah kerana tidak percaya, namun di zaman ini wajiblah kita teliti dan berjaga-jaga.
Apabila kami menjejakkan kaki ke halaman rumahnya⦠keadaannya lebih daif dari yang diceritakan. Demi Allah, gambar-gambar yang saya kepilkan bersama post ini adalah gambar ārealā yang kami sendiri ambil dengan kamera telefon kami.
Alhamdulillah, semalam saya bagi sedikit sumbangan hasil pemberian orang ramai. Cukuplah untuk makan mereka dua tiga hari.
Tuan Cik Puan, bantulah.
Saya telah berbincang dengan team saya semalam, kami nak cuba kumpulkan RM3,000 untuk keluarga ini.
Perancangan kami adalah⦠RM2,000 kami nak bagi secara total kepada keluarga ini, guna untuk hidup. Lagi RM1,000 pun kami nak bagi total juga, tetapi kami nak cuba bantu mereka memulakan gerai untuk berniaga. InshaAllah dengan modal RM1,000 itu kami plan nak cuba gerai air, gerai pisang goreng, atau yang seumpamanya, sesuai dengan keadaan dan keperluan kawasan itu.
Bantu kami untuk kumpul RM3,000 Tuan Cik Puan.
InshaAllah dengan bisnes kecil-kecilan itu, ia dapat menampung belanja mereka sekeluarga dalam satu tempoh jangka masa yang lama.
Bantulah keluarga Kak Nur. Jadilah sebahagian dari gerakan ini.
Tuan Cik Puan yang berhajat untuk menghulurkan bantuan, tak perlu melalui team saya, Tuan Cik Puan bolehlah memasukkan duit secara terus ke akaun bank suami Kak Nur.
14196 41 000058479 MOHD KHAIRUL BIN KAMARUL IZHAN BANK SIMPANAN NASIONAL
Syafiq Fadeli dan isteri, ZaFirdani
Saya Perlu Jaga Privasi Kak Nur
Untuk menjaga privasi keluarga ini, saya tidak akan mendedahkan nombor telefon Kak Nur secara umum. Namun sekiranya Tuan Cik Puan ada keperluan untuk menziarahi mereka dan sebagainya, Tuan Cik Puan boleh PM saya, saya akan memberikan nombor telefon beliau.
Saya mohon juga Tuan Cik Puan yang memberikan bantuan kewangan kepada keluarga ini, agar memaklumkan kepada saya jumlah yang Tuan Cik Puan berikan, agar saya dapat membuat anggaran jumlah kutipan semasa. Kutipan ini kita akan tutup sebaik sahaja ianya mencecah RM3,000. InshaAllah selebihnya kita akan salurkan kepada keluarga lain pula.
Hari ini kita senang, kita bantulah orang yang susah.
Kelak di akhirat boleh jadi kita susah. InshaAllah, akan ada orang bantu kita.
Maka saya menyeru Tuan Cik Puan untuk membantu keluarga Kak Nur ini, kerana inilah amal jariah yang besar nilainya, dan berkekalan kebajikannya.
Boleh jadi, doa mereka terhadap kita nanti sangat mustajab.
Update Berita Terkini
Mingguan Wanita menghubungi Syafiq mahu bertanyakan lanjut berkenaan kutipan sumbangan untuk Kak Nur. Ini berita terkini yang beliau maklumkan.
“Hari tu mereka berjaya kumpul dalam RM1k, tapi masa banjir di Kota Bharu hari tu, tandas dan beberapa dinding rumah Kak Nur roboh. Jadi mereka terpaksa baiki semua.
“Saya sebenarnya dah bincang dengan mereka untuk mereka mulakan bisnes nasi bungkus atau yang seumpamanya. Mereka berminat sebab Kak Nur pandai masak. Tapi duit modal bisnes tu dah habis digunakan untuk baiki tandas dan rumah hari tu.ā
Sayu pula mendengarnya. Moga anda dapat membantu Kak Nur agar dia dapat mengumpulkan duit modal untuk berniaga kecil-kecilan. Semoga hasrat team Syafiq Fadeli untuk mengubah kehidupan keluarga ini, keluar dari kepompong kemiskinan akhirnya menjadi kenyataan. Amin.
Ada benarnya, dunia ini berputar ketawakan orang yang ‘jatuh’ sama sekali tidak menjadikan kita lebih tinggi. Maka beringatlah. Tak perlu ketawakan orang yang sedang di dalam kesusahan,akan datang tak tahu situasi kita pula bagaimana.
Besar nanti ayah nak ajar abang ngah jangan suka gelakkan orang.
Dulu masa ayah asik lompat kerja sana sini berhenti, kawan ayah suka gelakkan ayah. Tapi hari ini kawan tu pm tepi tanya tempat ayah ada kerja kosong tak. Kuli pun takpelah janji ada kerja masa sesak sekarang ni.
Dulu masa ayah kahwin lewat 3 tahun daripada dia, dia gelakkan ayah. Hari ini dia masih belum dikurniakan zuriat tapi ayah sudah 3 cahaya mata.
Dulu masa ayah balik lewat malam training sana sini dikata takde life tapi semalam dia wasap tanya kerja part time apa yang boleh buat sebab dah diberhentikan kerja 2 bulan.
Dulu dia gelakkan ayah pakai kancil 660 warna cat lusuh pulak tu tapi bulan lepas kereta H dia baru je kena tarik sebab tak bayar berbulan.
Dulu ayah duduk menyewa pun digelakkan kaw-kaw tanpa belas kesian tapi bulan ni rumah dia kena lelong. Hutang tertunggak berapa lama tu ayah tak tahu.
Duhai kawan-kawan yang saya hormati, dunia ini berputar sama macam kedudukan kita. Ketawakan dan gelakkan orang yang jatuh tak menjadikan kita lebih tinggi.
Hari esok kita tak tahu nak jadi apa. Bahasa melayu cakap kita bukan dalam kasut yang sama. Ada kasut tak basuh berbulan, ada kasut masih bau kedai.
Semoga semua kawan-kawan dimurahkan rezeki hendaknya. Aaaminn
āSaya Cuba, Bertahan, Usaha Tapi Gagal. Tiada Lagi Kitaā itulah yang diluahkan oleh Aprena Manrose tentang rumah tangganya yang dikatakan sudah berantakan.Pelakon cantik, Aprena...