Mungkin ramai dah sedia maklum, yang KWSP menggalakkan setiap pencarum untuk membuat penamaan bagi memudahkan proses tuntutan wang KWSP jika pencarum meninggal dunia nanti.
Kalau tak buat penamaan, maka proses tuntutan akan menjadi lebih rumit dan memakan masa yang panjang kerana perlu mendapat surat kuasa daripada pihak berkuasa dahulu.
Tetapi malangnya, masih ramai yang belum membuat penamaan KWSP untuk akaun mereka dan belum faham tentang kepentingan penama KWSP.
Untuk menggali lebih jauh tantang penama KWSP, jemput baca perkongsian daripada Puan Farizal Radzali dulu.
Jangan Salah Faham Dengan Penama KWSP
Penama KWSP bukan penerima mutlak wang peninggalan si mati. Wang tersebut perlu diagihkan mengikut faraid. Jangan salah faham. Melainkan si mati ada membuat wasiat/hibah lain.
Ads
Penamaan KWSP bertujuan untuk memudahkan proses penyerahan wang KWSP setelah pencarum meninggal dunia. Namun demikian, penama perlu mengagihkan wang yang didapatinya sebagai penama kepada waris yang berkenaan mengikut hukum faraid.
Ramai yang salah faham. Ramai yang mengambil wang tersebut untuk kegunaan sendiri kerana pada pemahaman mereka, penamaan mereka adalah wasiat simati.
Mak ambil KWSP anak sebab anak letak namanya sebagai penama. Sampai lupa nak agihkan kepada isteri anak (menantu) atau cucu. Adik beradik ambil KWSP adik beradik lain sebagai penama tapi gunakan duit sepenuhnya untuk kepentingan sendiri tanpa peduli kesusahan anak isteri simati. Allah.
Ads
Atas sebab itu juga, seorang pencarum boleh meletakkan lebih dari satu penama mengikut peratusan yang diingini. Dan setiap penama perlu mengagihkannya mengikut hukum faraid selagi si mati tidak membuat apa-apa wasiat/hibah.
Risau Nak Letak Nama Suami Sebagai Penama
Lagi satu, ada segelintir para isteri risau untuk meletakkan suami sebagai penama, atas alasan nanti suami kahwin lain dan enjoy dengan duit KWSP peninggalan isteri. Sanggup letak nama anak yang masih baby atau bersekolah rendah sebab tak nak letak nama suami. Maka, duit tu nanti hanya akan boleh dikeluarkan/diguna setelah si anak cukup umur/18 tahun.
Ads
Bayangkan andai anak perlukan duit semasa dia di alam persekolahan, duit KWSP emak tak boleh diguna sebab belum cukup umur. Ayah nak ambil pun tak boleh sebab dia bukan penama.
Selain itu iMoney.my, laman yang menawarkan cara yang lebih mudah untuk membuat dan memilih pinjaman peribadi. Bandingkan tawaran pinjaman peribadi dengan cara terpantas di iMoney.my!
Ingat satu je, walau suami ambil duit KWSP kita, dia cuma pemegang amanah. Kita ada faraid, In Shaa Allah, segalanya akan ok. Kalau suami salah guna duit KWSP kita, itu urusan dia dengan Allah.
Pesanan saya, buatlah penamaan, untuk mudahkan masa depan orang-orang yang kita kasihi.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
“Isteri tak manja! Sila selesaikan secara berdua. Bukan bermain kayu tiga” itulah lontaran pandangan yang diluahkan oleh Sharifah Zahidah menerusi akaun Facebooknya.
Setuju dengan pendapat ini, jika suami berasa isteri sudah tidak manja tolonglah selesaikan dari hati ke hati bersama isteri tercinta.
Janganlah mencari kebahagiaan di luar dengan bermain kayu tiga.
Tugas sebagai seorang isteri bukannya satu perkara yang mudah ya. Celik saja mata, tugas seorang ibu dan isteri bermula. Dari pagi kita terkejar-kejar untuk uruskan anak-anak ke sekolah. Kemudian bergegas ke tempat kerja.
Pelbagai tanggungjawab dan tugasan rumahtangga perlu diuruskan dengan baik agar segalanya teratur sempurna.
Pada suami pula silalah faham ya. Janganlah bandingkan layanan wanita di luar dengan isteri anda. Tolonglah hargai isteri dan suami andalah sebenarnya yang perlu manjakan isteri.
Benarlah kemanjaan wanita itu adalah bergantung pada jenis layanan yang diterima.
“Kemanjaan wanita adalah tergantung pada jenis layanan yang dia terima..”
Kenapa wanita tak halal lebih manja berbanding isteri sendiri di rumah?
Kerana, layanan dan perhatian yang diterima wanita di luar rumah ini selalunya LEBIH daripada apa yang diterima isteri di rumah sendiri.
Lelaki gatal dan miang memang pandai manjakan wanita yang tak halal di depannya, berbanding isteri sendiri yang setiap hari menanti untuk dibelai.
Dengan wanita lain, mudah berkata ya.
Dengan isteri sendiri, asyik bernanti nanti.
Dengan wanita lain, mudah diberi bantuan.
Dengan isteri sendiri, penuh 1001 alasan.
Dengan wanita di luar rumah, mudah belanja makan.
Dengan isteri sendiri, semuanya tunggu hujung bulan.
Dengan wanita lain, pemurah tawa dan senyuman.
Dengan isteri sendiri, bermuram durja alasannya kepenatan.
Manalah…
Manalah wanita di luar sana tak terlebih manja.
Isteri di rumah dah macam singa.
Kerana layanan yang diterima menentukan karakter yang dibawa.
Apapun, bagi saya.
Menyalahkan suami 100% juga tidak betul kalau si isteri hilang manjanya. Takkan jadi isteri ni kerjanya menyalahkan suami saja, macam diri sendiri tak punya akal dan tak perlu berusaha?
Saya hilang manja sebab suami. Itu faktor. Tapi janganlah dibebankan semuanya atas lelaki. Rasa low class pula jika jadi wanita yang soal kemanjaan diri pun mahu suami atasi.
Kadangkala, suami juga rimas dengan sebahagian perangai wanita. Itu yang “manja” sang isteri, ditafsirkan “mengada” oleh sang suami.
Tapi suami pun, kata ada 9 akal? Takkan hal remeh macam ini pun tak boleh jinakkan isteri? Mana pergi “9 akal” (mitos) yang konon dibanggakan itu?Jika hal isteri tak manja sudah buat kau bertindak sehina haiwan yang kerjanya asyik bertukar pasangan?
Yang paling salah ialah, bila rasa diri isteri tak manja. Kita pergi manjakan perempuan lain di luar sana. Ini memang sungguh durjana dan tiada justifikasi.
Isteri tak manja, sila selesaikan isu itu secara berdua. Bukan dengan bermain kayu tiga. Fullstop.
Cuma ingat, kadangkala faktor isteri sudah hilang jinak manjanya, adalah kerana layanan dan perhatian yang diterimanya sendiri, yang membuatkan manja itu sirna,” kongsi Sharifah Zahidah.
Pesanan buat anak yang baru bekerja, jangan lupa ‘hulur’ mak ayah. Merancang kewangan adalah langkah penting untuk memastikan kestabilan hidup, lebih-lebih lagi bagi mereka yang baru menempuh alam pekerjaan.
Pesanan Buat Anak Yang Baru Bekerja, Jangan Lupa ‘Hulur’ Mak Ayah
Kebebasan kewangan bukan sekadar tentang memiliki wang yang banyak, tetapi juga tentang menguruskan pendapatan dengan bijak supaya dapat memenuhi keperluan semasa dan memastikan masa depan yang lebih terjamin.
Sebagai ibu bapa, sudah menjadi sifat semula jadi mereka untuk menginginkan yang terbaik buat anak-anak. Walaupun tidak mengharapkan wang daripada anak, ibu bapa sentiasa berharap anak-anak bijak menguruskan kewangan demi masa depan mereka sendiri.
Berikut adalah beberapa pesanan penting yang boleh dijadikan panduan untuk mereka yang baru memulakan kehidupan bekerja.
Pesanan Untuk Anak-anak Yang Baru Bekerja
Utamakan Ibadah
Sebagai seorang Muslim, solat lima waktu adalah kewajipan yang mesti ditunaikan. Jangan sesekali melupakan tanggungjawab ini walau sesibuk mana sekalipun. Ibadah yang konsisten akan membawa keberkatan dalam hidup.
Bekerja Dengan Amanah Dan Ikhlas
Rezeki yang diperoleh daripada pekerjaan adalah lebih berkat jika dilakukan dengan jujur, amanah, dan penuh keikhlasan. Jadikan integriti sebagai asas dalam bekerja.
Tetapkan Matlamat Jangka Masa Panjang
Senaraikan matlamat hidup yang ingin dicapai dalam tempoh 6 bulan, 1 tahun, dan 3 tahun. Ini membantu anda untuk lebih fokus dalam perancangan kewangan dan kehidupan.
Simpanan Sebagai Keutamaan
Jadikan amalan menyimpan sekurang-kurangnya 50% daripada gaji anda setiap bulan. Lebih banyak anda mampu simpan, lebih baik untuk masa depan.
Bina Dana Kecemasan
Pastikan anda mempunyai simpanan sekurang-kurangnya untuk menampung 6 bulan perbelanjaan. Dana kecemasan ini sangat penting untuk menghadapi situasi yang tidak dijangka.
Bayar Zakat
Tanggungjawab sebagai seorang Muslim termasuklah membayar zakat. Mulakan dengan zakat pendapatan dan kemudian zakat simpanan apabila jumlah simpanan mencukupi.
Berbelanja Dengan Bijak
Bezakan antara keperluan (needs) dan kehendak (wants). Belilah barang yang benar-benar diperlukan sahaja, dan elakkan berbelanja secara berlebihan.
Amalkan Gaya Hidup Berjimat
Berjimat bukan bermaksud kedekut. Sesekali belanja keluarga atau rakan-rakan tidak akan membuatkan anda miskin, malah mengeratkan hubungan.
Makan Dengan Sederhana
Elakkan pembaziran makanan dan pilih untuk memasak sendiri jika mahu berjimat. Bawa bekal ke pejabat sebagai satu alternatif.
Hindari Gaya Hidup Mewah
Kurangkan minum di kafe hipster atau membeli minuman viral yang mahal. Pilih kedai makan yang menawarkan harga berpatutan untuk menjimatkan perbelanjaan.
Amalkan Sedekah
Jadikan amalan bersedekah sebagai rutin harian. Sedekah setiap hari, walaupun sedikit, dan lebihkan pada hari Jumaat untuk mendapatkan keberkatan.
Hargai Ibu Bapa
Berikan sedikit wang kepada ibu bapa sebagai tanda penghargaan, walaupun mereka tidak memintanya. Ini akan menambahkan keberkatan rezeki anda.
Elakkan Membeli Kereta Baru
Jika sudah memiliki kenderaan, jaga kenderaan tersebut dengan baik. Beli rumah terlebih dahulu sebelum mempertimbangkan untuk membeli kereta baru.
Bijak Membeli Aset
Fokus kepada pembelian aset seperti rumah yang boleh memberi nilai tambah pada masa depan. Pastikan bayaran ansuran kereta tidak melebihi 15% daripada gaji anda apabila sudah bersedia untuk memilikinya.
Manfaatkan Tenaga Muda
Gunakan tenaga dan masa yang ada di usia muda untuk melakukan perkara-perkara yang bermanfaat. Ambil peluang untuk mencari pendapatan tambahan pada hujung minggu.
Bermurah Hati Dengan Rakan
Jika rakan ingin meminjam wang, beri sekadar yang mampu. Jangan biarkan hutang yang tidak berbayar merosakkan hubungan persahabatan.
Jaga Tempat Tinggal
Sama ada tinggal di rumah sendiri atau menyewa, jagalah tempat tinggal dengan baik seperti harta sendiri. Ini mencerminkan nilai tanggungjawab anda.
Kebebasan kewangan tidak akan datang dengan sendiri tanpa usaha dan perancangan yang baik. Anak-anak muda yang baru mula bekerja perlu menjadikan perancangan kewangan sebagai keutamaan dalam hidup. Dengan menguruskan kewangan secara bijak, masa depan yang cerah dan kehidupan yang stabil pasti dapat dicapai.
Amalan ini bukan sahaja akan memberi manfaat kepada diri sendiri, tetapi juga menjadi kebanggaan buat ibu bapa. Sesungguhnya, mereka tidak mengharapkan wang daripada anak-anak, tetapi kegembiraan mereka adalah melihat anak-anak berjaya menguruskan kehidupan dengan baik.
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Bagi wanita cukup sensitif untuk memperkatakan isu poligami. Ramai yang tak rela untuk berkongsi kasih suami dengan wanita lain. Bukan itu sahaja,jika ‘terpaksa’ bermadu ramai yang kerap makan hati berulam jantung dan sering bertelingkah. Jarang sekali jumpa madu yang boleh menjadi kawan baik apatah lagi mampu tinggal serumah!.
Tinggal Serumah & Jadi Rakan Karib
Mungkin satu kisah dalam seribu.Bukan saja rela berkongsi kasih, malah Khadijah Beladin, 29, dan Sufainah Goh Ai Peng, 41, sanggup tinggal sebumbung dan menerima suami mereka, Mohd Zanishuhaizal Izham Md Akhir, 41, seadanya. Lebih membanggakan kedua-dua mereka tidak menjadikan status madu sebagai alasan untuk bersengketa sebaliknya memilih menjadi rakan karib antara satu sama lain.
Bercerita lanjut, Khadijah berkata, dia mendirikan rumah tangga dengan Mohd Zanishuhaizal pada Mac 2012 dan dikurniakan tiga zuriat iaitu Mia Zahra, berusia enam tahun, Nia Zafirah, berusia lima tahun dan Ummar Shahid, berusia empat tahun.
Yakin Suami Mampu Berlaku Adil
Menurutnya, selepas dua tahun melayari bahtera rumahtangga, suaminya menyatakan hasrat untuk berkahwin lagi.Katanya, dia tidak membantah kerana yakin suaminya mampu berlaku adil dan melaksanakan tanggungjawab dengan baik.
“Sepanjang perkahwinan, hubungan kami tidak berdepan masalah malah ketika menyatakan hasrat untuk berkahwin lagi, saya tidak sedih sebaliknya akur kerana percaya dengan kemampuannya.
“Lagipun, saya sudah bertemu dan berkenalan dengan Sufainah sebelum dia berkahwin dengan suami jadi tiada masalah untuk menerimanya sebagai madu serta tinggal serumah.
“Malah, hubungan kami tidak hanya sebagai madu malah saya sudah menganggapnya seperti rakan karib dan sekiranya ada masalah, kami akan bincang serta mencari penyelesaian bersama,” katanya yang menjadi suri rumah sepenuh masa.
Dapat Bantahan Keluarga
Sementara itu, Sufainah yang juga bekas pramugari berkata, niatnya berkahwin dengan Mohd Zanishuhaizal mendapat bantahan keluarga pada mulanya disebabkan perbezaan adat dan agama.
Ini menyebabkan hubungannya dengan keluarga menjadi renggang, namun mereka kembali menerimanya selepas dia melahirkan cahaya mata, Tia Ummaira yang kini berusia setahun sembilan bulan.
“Dulu, saya tidak menyokong poligami tetapi siapa sangka, takdir Allah SWT menentukan saya menjadi isteri kedua.
“Segelintir masyarakat mungkin memandang negatif bila bercakap soal poligami namun sepanjang tinggal serumah dengan isteri pertama, semuanya lancar tanpa ada masalah.
“Malah, kami saling bertolak ansur dan saya bersyukur kerana Khadijah banyak membantu menguruskan kerja rumah dan menjaga anak ketika saya serta suami bekerja,” katanya yang memeluk Islam pada 2006.
Beliau dan suami kini mengusahakan perniagaan kecerdasan diri dan memiliki gimnasium sendiri.
Syukur Kedua-Dua Isteri Tinggal Bersama
Bagi Mohd Zanishuhaizal pula, dia bersyukur kerana kedua-dua isteri dapat tinggal bersama di bawah satu bumbung selain menerima dirinya seadanya.Beliau berkata, sebagai suami, dia cuba berlaku adil dan melaksanakan tanggungjawab diamanahkan dengan sebaik mungkin.
“Dulu, saya seorang yang keras kepala dan sentiasa merasakan diri sendiri betul namun kehidupan saya berubah 360 darjah selepas berumahtangga.
“Boleh dikatakan, hidup saya lebih sempurna dan bahagia sejak berumah tangga kerana adanya anak sebagai pelengkap serta dua isteri yang boleh menerima satu sama lain.
“Rasa seperti mendapat peluang kedua dalam hidup dan tidak sangka kini saya ada perniagaan sendiri selain anak serta isteri yang sangat memahami,” katanya.
Mw: Semoga keluarga terus berbahagia. Bersetuju untuk berpoligami, syarat utama paling penting adalah keredhaan isteri serta sikap suami yang mampu berlaku adil pada kedua-duanya, barulah ia dapat dilaksanakan dengan sebaiknya.
Polis mengesahkan nota terakhir suspek tikam berusia 14 tahun dirampas ketika tangkapan, bukan di lokasi kejadian. Frasa “Dunia ini palsu, saya sudah menang” kini disiasat bagi mengenal pasti motif sebenar.