Ikan Tenggiri jeruk memang ramai yang suka. Boleh digoreng begitu sahaja, dicampur dalam nasi goreng dan sebagainya. Namun jika beli di kedai, boleh tahan mahal harganya. Malah diragui tahap kebersihan dan status halalnya. Sebenarnya kita boleh buat sendiri ikan tenggiri jeruk di rumah.Mudah je nak rupanya. Bukan apa bila buat sendiri lebih jimat dan dijamin halal dan bersih.
Ikut cara yang dikongsikan oleh Puan Suraya Soib ini.
Siap dah tenggiri jeruk.Selepas 7 hari baru boleh masuk botol dan bubuh minyak.
Hari Pertama :
Pergi pasar beli ikan tenggiri (saya beli anak tenggiri ja)
Balik pesiang bagi bersih.
Jemur 2 jam. Kemudian selepas 2 jam celup ikan dalam cuka pastu buh dalam bekas tabur dengan garam dan asam keping.Tak perlu letak air.
Simpan selama 7 hari. Simpan luar pun boleh simpan dalam peti ais pun boleh..saya simpan dalam peti ais.
Hari Ke-Tujuh :
Ambil isi ikan yang dah dijeruk letak dalam botol. Buang air yang ada, masukkan minyak masak.
Tak perlu basuh ikan yang diperam. Sebab bila kita perap dengan garam dan asam keping nanti garam tu akan cair dan akan keluar air ikan tu. Masa nak rendam dalam minyak tu hanya ambil ikan saja. Air hasil dari peraman ikan tu buang.
Mingguan Wanita: Bolehlah nak buat Ikan Tenggiri Jeruk sendiri di rumah. Lebih bersih dan terjamin halalnya. Namun pastikan selepas 7 hari Ikan di peram, baru boleh masuk botol dan letak minyak.
Chocodap’s, Faith Fleur, Anggun Cotton Collection, Teh Ais Pyorr, Masak-masak Cekyana (Oden viral) dan bayak lagi jenama lain mempunya ratusan ribu pelanggan masing-masing.
Tak ramai anak Melayu kita mampu bina empayar perniagaan dari bawah dari tiada apa-apa. Ia bukan dicipta sehari dua. Banyak pengorbanan terpaksa dilakukan sepanjang pendakian.
• Apa rahsia mereka?
• Apa yang mereka lakukan?
• Apa ilmu-ilmu yang diamalkan?
• Siapa yang susah senang bersama mereka?
• Apa dugaan dan keperitan yang dilalui?
Teringin ikut jejak mereka?
Semua ini akan terjawab di program Webinar Eksklusif CEO BIsnes Viral anjuran Mingguan Wanita pada 25 September 2021 secara virtual. Dangarkan sendiri perkongsian jujur mereka. Eksklusif!
Ads
Menangi hadiah-hadiah cabutan bertuah serta wang tunai bernila RM100.
Pucuk Ubi biasanya dicelur dan dicicah dengan sambal belacan ataupun dimasak lemak cili padi. Namun masakan bagi orang di Negeri Sembilan, pucuk ubi juga boleh dibuat rendang yang sangat sedap, malah jika dijual harganya boleh tahan mahalnya.Ini kerana nak buat rendang ini agak renyah dan perlukan kesabaran yang tinggi. Ia perlu dikacau lebih 2 jam, sehingga betul-betul kering. Barulah rendang pucuk ubi ini dimasak sempurna.
Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Maria ini sebagai panduan;
Saya orang Perak utara, bila suami nak makan masakkan negeri dia (Negeri Sembilan). Berdesup telifon mak mertua tanya resepi. Nak balik PKP, 2 jam lebih mengayuh di dapoq. Patut la orang juai mahai. Sedap sungguh la nak habaq kat hampa “Rendang Pucuk Ubi”.
Akak tunaikan permintaan sahabat semua. Rendang Pucuk ubi kayu. Ni ambik resepi kat mak mertua orang Rembau. Akak halalkan , Nanti pakat buat tau. Insyaallah sedap.
Rendang Pucuk Ubi Omak Mertua Den
Bahan-Bahan:
Pucuk ubi potong halus ( akak punya sebesen besaq)
10 helai Daun kunyit dipotong halus
6 batang diketuk serai
Ikan bilis halus ( ikut suka nak banyak atau sikit, banyak lagi sedap)
Garam
Secukup Rasa.
Santan (4 biji kelapa)
Bahan Kisar:
Segengam Cili api
6 biji Bawang Besar
6 ketul besar Kunyit hidup
Cara Membuat:
1.Tumis bahan blender dalam kuali.
2.Masuk Serai diketuk
3.Dah wangi, masuk santan
4.Santan mengelegak masuk ikan bilis, pucuk ubi,daun kunyit yang dihiris halus tadi.
5.Masuk perasa, garam.
Kacau sampai betul betul Kering. 2jam lebih jugak la nak bagi kering .
MW:Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jika ada pucuk ubi di rumah boleh laa cuba resipi rendang pucuk ubi yang dikongsikan ini. Memang berbaloi sedap dan puas hati makan.
Jika biasanya buah naga kita makan begitu sahaja, apa kata kali ini kita buat puding. Puding memang antara hidangan pencuci mulut yang boleh dikatakan penyeri meja hidangan. Tidak lengkap meja hidangan tanpa sajian pencuci mulut.
Seperti yang kita ketahui buah naga kaya dengan antioksidan yang tinggi dan mengandungi vitamin C yang boleh membantu untuk kekal awet muda, kulit anjal dan mulus. Ia juga bertindak dengan melawan radikal bebas yang boleh menyebabkan kerosakan sel.
Puding Buah Naga Elok Cantik Licin Macam Cermin
RESIPI PUDING BUAH NAGA
Bahan-bahan:
LAPISAN PUDING:
2 setengah cawan air
7g serbuk agar agar ( guna yg 1 paket 10g tu sahaja)
1 tin susu cair
1/2 cawan gula (100g)
1/2 cawan dairy whipping cream (optional)
1/2 cawan buah naga yg dikisar halus
Sedikit garam
LAPISAN JELI:
3 gm serbuk agar agar
2 setengah cawan air
1/2 cawan gula
1/2 cawan buah naga yang dikisar
Ini Resipi Cara Nak Buat
Cara membuat:
LAPISAN PUDING:
1. Masukkan ke semua bahan lapisan ini, kacau sampai mendidih. Apabila sudah mendidih matikan api dan masukkan buah naga yang dipotong dadu. Sebatikan.
2. Tuang separuh sahaja dari adunan ke dalam loyang 8 inci. Bagi suam dulu baru masuk dalam peti sejuk sekejap sementara buat lapisan jeli.
LAPISAN JELI:
1. Masukkan semua bahan dan kacau hingga mendidih. Matikan api dan tuang perlahan- lahan ke atas puding tadi. Jika puding sudah mengeras sepenuhnya wajib cucuk-cucuk dengan garpu.
2. Jika puding anda masih separuh set (boleh nampak tekstur puding berkedut-kedut sikit jika digoyangkan, itu bermakna separuh sejuk jadi tidak perlu cucuk.
3. Tuang perlahan-lahan dan sejukkan dalam peti sejuk selama lima minit.
4. Adunan puding pastinya akan mengeras semula. Lebihan untuk lapisan puding tadi panaskan semula di atas dapur dan tambah air suam sedikit. Kacau hingga mendidih. Matikan api dan tuang perlahan-lahan ke atas jeli tadi.
5. Sejukkan selama empat jam dalam peti sejuk. Sedia untuk dimakan.
Cuaca panas ketika berpuasa, memang nikmat tak terkata apabila dapat minum dan berbuka puasa dengan air penyejuk badan Lai Chi Kang ini. Meskipun bahan-bahan dan ramuanyang digunakan agak banyak namun minuman ini dikatakan mempunyai banyak khasiat tersendiri. Bagus untuk kesihatan dalaman serta boleh meredakan panas dalam badan.
Buat sendiri Air Lai Chi Kang ini di rumah lebih jimat dan berbaloi. Memang puas hati, malah mudah je nak buat.
Pagi tadi saya ke markit. Hari ni cadang nak buat air Lai Chi Kang. Kebetulan ada kedai yang jual timbang jadi tak la beli dalam kuantiti yang banyak. Nak minum beli dan buat. Saya beli bahan seperti dalam gambar.
Bahan-Bahan:
Barli Getah Anggur
Kundur
Biji Selasih
Kismis
Gula Batu Kembang Semangkuk
Longan Kering
Kurma Merah
Gula Kabung/ Gula Merah
Kulat Kering
Sehelai Daun Pandan
Air secukupnya
Cara Membuat:
1. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam periuk, kecuali biji selasih dan kembang semangkuk. Rebuskan sehingga bertukar warna dan jadi lembut.
2. Sementara itu, rendam biji selasih dan kembang semangkuk hingga kembang.
3. Kemudian satukan semua bahan-bahan dan biarkan sejuk. Boleh juga ditambah dengan kiub ais.
Selamat mencuba.
Info Ekstra!
Bahan-bahan macam ni biasanya boleh di beli di kedai jual ubat-ubat cina.
Mingguan Wanita:Sedapnya minum air Lai Chi Kang waktu berbuka ni. Bukan sahaja dapat hilangkan dahaga, malah ramuannya sangat berkhasiat dapat sejukkan badan. Boleh cuba buat sendiri di rumah nanti.