Mak-mak kadang terlepas pandang bab serbuk ikan bilis, niat nak tambahkan selera makan anak tetapi pernahkan anda terfikir bahawa masukkan ikan bilis kisar dalam makanan anak itu mungkin akan memudaratkan kesihatan anak. Kenapa?
Ok untuk tahu lebih jelas, baca perkongsian daripada Puan Ainini Zainal ini…
Ikan bilis.
Masin, kan?
Masin kerana asalnya daripada laut (air masin) atau kerana digaul/dicampur garam sebelum dikeringkan?
Ikan-ikan lain daripada laut bila sudah ke darat, masin tak?
Jika tidak masin, samalah dengan bilis.
Asalnya tidak masin.
‘No sugar no salt’ (tanpa gula garam) adalah bagi anak 2 tahun ke bawah kerana buah pinggang mereka masih belum matang untuk memproses gula dan garam pada usia ini.
Tetapi.
Ramai beri anak bawah 2 tahun ikan bilis kisar.
Sebagai perasa.
Persoalannya, jika bilis memang digaul garam sebelum dikeringkan, bila kita berikan bilis kepada anak bawah 2 tahun, maksudnya sama sajalah dengan memberi makanan bergaram, kan?
Banyak lagi cara untuk memberi perisa dalam makanan anak-anak. Contohnya:
Ads
Sediakan stok sup tulang ayam, daging atau ikan (tanpa garam).
Boleh guna apa saja ikan.
Ikan kembung pun boleh.
Masukkan sedikit daun ketumbar ke dalam sup untuk ikan yang besar (isu merkuri). Ketumbar boleh membantu menyingkirkan merkuri.
Sup itu akan berperisa.
Reneh tulang-tulang bersama bawang, halia, celery selama 2-3 jam.
MSG semulajadi terhasil.
Perisa semulajadi.
Sekarang, ya. Boleh gunakan dalam masakan.
Ads
Tidaklah susah mana, kan?
Additional info:
Untuk persoalan sama seperti soalan puan Sarah Mansor..so saya jawab siap-siap untuk soalan bagaimana kalau dah rendam lama dah hilang rasanya.
Ini tanya saya kan? So ini pendapat saya.
Jawapan ini untuk isu bagi kanak-kanak BAWAH 2 TAHUN – NO SUGAR NO SALT.
Setelah direndam, hilang rasa masin adakah 100% pasti benar-benar hilang?
Seperti kita memasak, masuk sikit garam, tak rasa masin. Tapi memang dah masukkan pun garamnya.
So garamnya tetap ada.
Isu bilis..jika sudah benar-benar pasti garam sudah 100% hilang.. oklah.
Jika tidak, saya pilih untuk cari alternatif lain untuk anak. Apatah lagi makanan semulajadi ciptaan Allah ini subhanallah sangat banyak.
Ads
Adakah bilis saja sumber perasa untuk makanan anak?
Itu sayalah.
Lain orang lain pendapatnya.
Tujuan post ini, untuk isu adakah benar-benar sesuai untuk anak bawah 2 tahun?
Sesuai atau tidak..adakah alternatif lain atau tak..kita tentukan sendiri.
Ini juga bukan post untuk condemn peniaga lain. BUKAN, YA.
Ini post untuk kita renung sejenak kerana sebelum ini pernah timbul isu
• ada yang ingatkan bilis itu masin daripada awal
• gunakan bilis yang masin itu, sangai, kisar dan berikan kepada bayi.
• rasa sesuatu yang ‘wajib’ bagi bilis pada bayi.
Amalkan INFORMED DECISION sebelum memilih sesuatu.
Ambil tahu.
Mahu ambil, tak mahu ambil..dua-dua perlu dipilih melalui informed decision.
Itu tujuan post ini.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Nasi impit, kalau beli yang dah siap paket dan tunggu rebus saja, memang mudah dan senang. Tapi, bimbangnya takut ada yang terlebih lembik dan tak kurang terlalu keras.
Bagaimana pula tiba-tiba teringin ak makan nasi impit tapi tak ada stok dalam paket? Jangan risau, mak-mak boleh saja buat sendiri dengan guna rice cooker saja. Kalau ikut cara yang dikongsikan ini, memang padat dan kenyal.
Solat sambil buat siaran langsung di media sosial kurangkan khusyuk, boleh buat solat terbatal. Tular di TikTok apabila seorang wanita membuat siaran langsung ketika menunaikan solat tarawih pada hari pertama Ramadan.
Solat Sambil Buat Siaran Langsung Di Media Sosial Kurangkan Khusyuk, Boleh Buat Solat Terbatal
Menerusi video berkenaan, jelas kelihatan wanita terbabit memegang telefon di sebelah tangannya sehingga mengundang persoalan dalam kalangan masyarakat.
Perbuatan memegang telefon ketika solat bagi membaca surah yang belum dihafal adalah dibenarkan asalkan tidak mengganggu kekhusyukan.
Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Datuk Dr Mohd Sukki Othman berkata, para ulama menjelaskan membaca daripada mushaf termasuk menerusi telefon dibolehkan berdasarkan amalan sebahagian ‘salaf’ yang membaca daripada mushaf ketika solat.
“Tetapi diingatkan untuk memegang telefon dengan satu tangan atau meletakkannya di tempat yang mudah dibaca adalah lebih baik daripada sering bergerak mengambil dan meletakkannya.
“Jadi, individu yang menggunakan telefon untuk membaca surah, solatnya tetap sah tanpa pergerakan banyak atau mengganggu khusyuk,” katanya bagi mengulas isu tersebut.
Mohd Sukki berkata, perbuatan membuat siaran langsung di media sosial ketika melaksanakan solat boleh mengganggu tumpuan ibadah hingga menyebabkan ia terbatal.
“Dalam Islam, khusyuk adalah elemen penting ketika menunaikan solat. Jika seseorang melakukan perbuatan yang mengganggu fokus solat, ini boleh menjejaskan kesempurnaan ibadah.
“Menurut pandangan Mazhab Syafie, sebarang perbuatan yang tidak berkaitan dengan solat dan mengganggu tumpuan boleh menyebabkan ibadah berkenaan terbatal,” jelasnya.
Mengulas lanjut mengenai tindakan menanggalkan atau memakai semula cermin mata dalam solat pula, beliau berkata, ia tidak membatalkan jika pergerakan tidak melebihi tiga kali.
“Solat masih sah jika tiada pergerakan banyak dan tidak melibatkan interaksi dengan orang lain.
“Namun solat sambil bersiaran langsung boleh mengurangkan kekhusyukkan dan memberi kesan negatif kepada pemahaman masyarakat tentang adab dalam ibadah.
“Sebaiknya elakkan kerana solat adalah urusan peribadi antara hamba dengan ALLAH, bukan untuk tontonan umum,” katanya.
Matematik jadi subjek paling dibenci kerana terlalu susah, Cikgu Fadli dedah 25% pelajar gagal dalam SPM. Jelas satu angka yang sangat menakutkan. Bukan saja pada masa depan negara tetapi juga dalam bidang-bidang profesional seperti jurutera, pilot, doktor, ahli fizik dan lain lagi kerana kemasukan ke universiti awam memerlukan pelajar mendapat kredit yang bagus dalam subjek ini.
Namun jika ia menjadi subjek dibenci pelajar kerana susah mempelajarinya, apa akan jadi pada bidang profesional seperti ini?
Matematik Jadi Subjek Paling Dibenci Kerana Terlalu Susah
Cikgu Mohd Fadli sekali lagi berkongsi silibus aras tinggi yang dihadapi oleh anak-anak kita di alam persekolahan dan menjadi keluhan kepada pelajar kerana standartnya terlalu tinggi untuk dicapai.
Cikgu Fadli dedahkan sistem pendidikan Malaysia boleh kembali ke zaman batu kerana silibus terlampau tinggi ini. Malah perjuangannya tentang silibus terlampau tinggi hampir dikenakan tindakan tatatertib. Namun niatnya hanya satu mahu lihat masa depan anak bangsa terjaga.
Baca perkongsian di fbnya:-
Data ini perlu kita risaukan. Ibubapa perlu risau. Guru-guru perlu risau. Pelajar pun perlu risau. Nisbah kegagalan ini sangat besar. Bukan kecil anak bila seorang dari empat calon gagal ni. 25% gagal tau. Bukan tak lulus, tapi gagal.
Dulu, Matematik merupakan salah satu subjek yang paling ramai calon dapat A selepas BM. Tak kira exam apa pun. UPSR ke, PMR ke SPM ke.
Matematik menjadi favourite subjek kepada pelajar. Senang nak score A. Nak lulus lagi senang.
Sekarang, ia menjadi killer subjek. Subjek paling susah nak lulus. Lebih susah dari Sains dan English!
Bila benda ni bermula? Bila Matematik menjadi killer subjek? Menjadi subjek paling dibenci oleh pelajar? Bila ia bermula?
Ia bermula sejak silibus KSSR/KSSM diperkenalkan. Sebelum ini, semua murid guna silibus KBSR/KBSM.
KSSR/KSSM mula diperkenalkan pada tahun 2011.
Satu silibus yang tiba-tiba berubah drastik. Tiba-tiba jadi padat, banyak, dan sukar. Saat KSSR diperkenalkan banyak topik yang sebelum ini diajar di tahun 4, dimasukkan ke tahun 1 contohnya Pecahan, Bundar dan Perpuluhan.
Juga diperkenalkan pembelajaran abakus (sempoa) seawal darjah 1. KBAT juga diperkenalkan kepada murid-murid seawal darjah 1.
Silibus KSSR yang terlampau tinggi dan padat ini membuatkan ramai guru-guru meluahkan kritikan. Terlalu banyak, terlalu padat, masa mengajar tak cukup untuk memberi faham, diluar kemampuan murid nak hadam.
Namun zaman itu, mana-mana guru yang jujur berkata akan didiamkan dengan ugutan tatatertib, kena surat tunjuk sebab, kena tukar sekolah dan seumpamanya.
Akhirnya pada tahun 2016, KPM umumkan ada perubahan baru dalam silibus. KSSR hanya bertahan 6 tahun (satu kohort).
Semua guru menarik nafas lega termasuk saya. Luahan tentang silibus KSSR 2011 akhirnya didengari.
Kami ingat silibus baru ini mereka akan buat tambah baik, kurangkan kepadatan silibus, buang topik yang tak sesuai dengan aras murid, lebih ringan dan boleh dicapai murid-murid.
Rupanya sebaliknya yang berlaku. Silibus makin dipadatkan. Makin ditinggi arasnya. Subjek Prinsip Akaun dimasukkan dalam buku teks sekolah rendah.
Subjek takaful dan insuran juga diperkenalkan. Murid-murid sekolah rendah kena pandai kira interest rate pinjaman perumahan 30 tahun, kena pandai kita kadar dividen ASB, kena kira loan kereta 9 tahun, kena tahu apa itu aset, liabiliti, cara urus akaun, debit kredit semua.
Ingat silibus KSSR Semakan 2017 makin memberi harapan, rupanya makin bertambah gelap dunia Matematik anak-anak kita.
Anak-anak mula jadi benci Matematik. Anak-anak rasa susah. Matematik jadi killer subjek dalam setiap exam. Guru-guru berpeluh nak bagi faham pada murid yang ramai, masa yang tak cukup, ilmu dan topik diluar kemampuan murid-murid.
Hasilnya kita boleh lihat pada hari ini.Inilah hasil silibus KSSR Semakan 2017.
Cikgu Fadli Dedah 25% Pelajar Gagal Dalam SPM
1 daripada 4 calon SPM gagal Matematik.
Satu nisbah yang sangat besar dan perlu dirisaukan. Inilah realitinya. Punca apa semua ini terjadi?
Punca suara guru didiamkan sejak 12 tahun yang lepas. Punca luahan guru tentang sukarnya silibus KSSR 2011 tidak diendahkan. Mereka abaikan suara guru-guru yang berkubang di lapangan ini.
Mereka tong sampahkan semua kritikan membina dari guru pelaksana dasar ini. Kesannya pada siapa? Pada guru? Tidak tuan-tuan.
Kesannya pada anak-anak kita.Pada generasi kita. Silibus terlampau tinggi ini membunuh minat anak-anak kita. Dan mungkin benar ulasan sesetengah tokoh akademik, ‘Malaysia kembali ke Zaman Batu’.
Sedih bila renung mata anak-anak sendiri. Dengar luahan mereka tak faham nak buat Matematik sampai menangis-nangis.
Jika minda tak betul-betul kental, anak-anak tak akan suka subjek Math sampai bila-bila kerana terlalu susah
Sedih lihat anak-anak sendiri jadi mangsa eksperimen orang atasan. Sedih melihat orang atasan yang ada kuasa terus angkuh dan sombong mendabik dada menolak semua kritikan membina dari guru-guru.
Kerana keangkuhan mereka itu, generasi dan masa depan negara menjadi taruhan.
Pendidikan ini terlalu mahal untuk diperjudikan. Ia menentukan di mana dan siapa negara kita di masa akan datang.
Tolonglah teliti dan cermat sebelum buat apa-apa keputusan, dasar dan program melibatkan anak-anak kami.Jangan buat perubahan melulu.
Terbaru, PBD (PBS) pula nak dilaksanakan secara melulu. Satu sistem yang dimansuhkan pada 2013 kerana kegagalan, tapi Lembaga Peperiksaan nak kembalikan semula tanpa kaji dengan cermat, tanpa ambil kira feedback dari guru-guru dan ibubapa.
Ah, apa nak jadi dengan sistem pendidikan kita hari ini?
Suatu sinar yang aku nampak dibawah pentadbiran YBM Fadhlina Sidek sebelum ini seakannya makin malap. Makin gelap. Makin hilang keyakinan.
Apa nak jadi sebenarnya dengan pendidikan anak-anak kita? Entahlah.
Nahas SUV di Bukit Kawah meragut nyawa sepasang bakal pengantin apabila Toyota Fortuner yang dinaiki terjunam ke dalam gaung. Baca kronologi penuh, siasatan polis dan peringatan keselamatan jalan raya.