Mak-mak yang menanam pokok, berkebun secara suka-suka mahupun komersial tentu berdepan dengan masalah serangan serangga perosak pada tanaman. Rupanya daun neem ini amat berkuasa untuk menjauhkan serangga perosak dari tanaman.
Sebab itu, serangga perosak perlu dikawal kehadirannya. Ada bermacam cara misalnya penggunaan racun serangga. Sebaiknya gunakan racun serangga yang organik, kerana makanan yang kita makan kelak bebas bahan kimia.
Wanita tani ini, Nurwahidah Hambali berkongsi panduan penyediaan ramuan herba terbaik menghasilkan kawalan organik untuk mencegah serangan serangga perosak seperti ulat ratus, white fly, aphids, mites dan pelbagai lagi.
“Daun neem sangat terkenal di negara India sebagai baja dan kawalan organik. Saya menggunakan daun neem untuk kawalan ulat. Sangat berkesan.”
“Dan dalam adunan produk organik saya akan akan masukkan daun neem sebagai salah satu formulasi yang terbaik.”
Ads
Penyediaan Kawalan Serangga Daun Neem Secara Segar
1 kg daun neem
1 liter air
Ads
√ Rendam semalaman √ Bancuh 200ml untuk 20 liter air dan sembur pokok.
Cara Penyediaan Untuk Simpan Lama
1kg daun neem
1kg gula merah
1 liter air beras
Ads
√ Peram daun neem dan gula merah selama 10 hari. √ Lepas tu campur air basuhan beras yang telah diperam 3 hari. √ Peram lagi selama 20 hari.
15 Tahun Berniaga, Penjual Kongsikan Ilmu Pilih LEMANG Tepi Jalan Elok Masak Sempurna! Lemang boleh dikatakan juada wajib setiap kali tibanya musim raya. Namun nak beli lemang ada ilmunya, barulah lemang tersebut elok masak sempurna dan boleh tahan lama.
Bukan apa, sebatang lemang boleh tahan juga harganya.Jika tersalah beli dan tak menepati citarasa memang boleh ‘frust’ dan rasa tak berbaloi pula.
Ikut tip mudah yang dikongsikan oleh penjual lemang Encik Harris Rosli ini sebagai panduan.
Haihh lama tak post thread panjang-panjang. Kali ni nak post tips nak beli lemang. Untuk kawang-kawan dan rakyo’t marhaen yang lain dari mengelakkan ‘terkena’ masa beli lemang di gerai-gerai tepi jalan pilihan korang.
Sepanjang 15 tahun dok tolong family bakar lemang, tahun ni first time aku tak jual lemang sebab wife due bersaling minggu raya. So ada ilmu sikit-sikit ni tak salah kita share ramai-ramai kan.
1. Banyak Kayu Dibakar
Cari gerai lemang yang banyak kayu-kayu untuk dibakar. Sebabnya, dorang ni memang bakar lemang kat situ, dorang tak ‘wayang’ je bakar lemang. Sesetengah orang, dorang kukus lemang tempat lain, dan bawak mai ke gerai dorang dan layur je kat bara api.
2. Pilih Saiz Sederhana
Jangan pilih lemang yang terlalu besar dan lemang yang terlalu kecil. Ambil yang sedang-sedang, sebab yang besar tak semestinya dimasak dengan sempurna. Bila kita potong lemang tersebut, keliling lemang memang masak. Tapi bahagian tengah masih lagi dalam kondisi pulut. Kalau jenis kurus dan kecik, ‘chances’ untuk garing amat tinggi. Sebab ‘total surface area’ yang kena haba sangat besar. So saya prefer korang ambik yang sedang-sedang. Errr… Paham dak ni?
3. Belah Bahagian Bawah Lemang
Suruh tokey lemang belah dulu bahagian bawah lemang. Ini kerana, nak bakar lemang, orang akan pakai hipotesis, jika bahagian bawah lemang masak, maka bahagian atas lemang juga akan masak. Sesetengah orang jual lemang, dia akan belah bahagian atas. Lepas tu tunjuk kat costumer, dan kata lemang masak. Balik-balik, time potong, bahagian bawah tak masak lagi. Cian customer.
4. Beli Banyak Minta Diskaun
Cuba minta diskaun kalau beli banyak. Kalau anda beli 3 batang, tak salah kan minta diskaun. Harga pun dah dekat RM50 dah. Tapi jangan la minta diskaun gila-gila. Kesian la kat dorang yang bakaq lemang siang malam tu. Ingat senang ke nak kawal api, mendidih ayaq mata oooo…
5. Elak Lemang Bakar Guna Kayu Pallet
Jangan dan jangan singgah gerai lemang yang gunakan pallet kayu sebagai kayu bahan bakar lemang. Sebabnya, gerai yang pakai pallet ni berbahaya masa bakar lemang tersebut. Kalau tuan-tuan semua perasan, pallet kayu ni jarang anai-anai sentuh kan? Ya, sebabnya pallet kayu ni telah diracun dengan sejenis ‘chemical’ khas untuk mengelakkan anai-anai makan. So, kalau pallet tu dibakar, secara tak langsung dia hasilkan gas berbahaya walaupun kita tak nampak, dan lemang tersebut mungkin terkena tempias ‘chemical’ tersebut.
TIP Lemang Tahan Lama
1. Pilih ‘Kepala’ Lemang Kering
Masa pilih lemang yang dah masak, ambil lemang yang bahagian atasnya yakni ‘kepala’ yang dah kering. Bila kepala dah kering, kita boleh simpan lama sikit, paling kuat 2 hari.
Dan walaupun kepala tersebut nampak kotor dan tak elok, jangan buang! Bahagian tu yang paling sedap bagi sebatang lemang. Sebab lemak-lemak santan yang mendidih dah terkumpul di bahagian atas. So rasa dia masin-masin sikit dan berlemak. Dappp uummhhh…
2. Terbalikkan Lemang, Biar Berdiri
Kalau nak simpan lemang untuk 2-3 hari, ada caranya. Terbalikkan lemang ‘upside down’ dan biar dia berdiri. Sandar la kat mana-mana pun. Sebab minyak di bahagian atas sekali yang boleh buatkan dia basi. Okeh?
3. Bau Dahulu ‘Kepala’ Lemang
Sebelum korang beli lemang, pastikan bau dahulu ‘kepala’ lemang tersebut. Takut ada lemang yang dah 2 hari ke atas. Kalau dah basi, selalunya bau masam basi macam tu.
Last sekali, sedikit pesanan kepada pembeli-pembeli sekalian. Anda sebagai pembeli ada hak-hak anda semasa membeli lemang. Namun, kena la jaga adab antara pembeli dan penjual. Kalau ada masalah ke apa ke, kawtim dulu dengan tokey lemang. Sekarang zaman viral, lemang tak masak sikit dah viral.
Kesian kat peniaga lemang ni, dah la berniaga lemang setahun 2 kali. Kena viral pulak, terus lingkup.
Anda ada kuasa membeli, kalau tempat tu jual mahal, pergi tempat lain. Tapi kalau mahal, berbaloi dan memang puas hati, apa salahnya kita beli. Benda makanan jangan berkira tuan-tuan, kopi hipster RM20 secawan beli tak komplen pun.
Tak ramai anak muda yang pandai bakar lemang. Kepakaran membakar lemang ni patut dipelajari generasi muda. Benda-benda macam ni boleh menjana pendapatan time-time nak raya.
Mingguan Wanita: Semoga tip daripada penjual lemang ini bermanfaat buat mak-mak yang nak beli lemang. Barulah berbaloi dan mudah tertipu, malah lemang pun tahan lama.
Bagi mak-mak yang suka berkebun, perasan ada ketika pokok yang kita tanam dah berbunga namun putiknya gugur dan menjadi sebab ia tak jadi berbuah. Walaupun kita dah letak baja, cahaya matahari dan siram air secukupnya.
Sebenarnya cuba perhatikan dua faktor yang menjadi punca buah tak lekat seperti yang dikongsikan oleh Sepang FarmVil ini.
Pokok berbunga tapi buah tak lekat. Cuba perhatikan dua faktor berikut:
1. Pasu/Bekas yang Kecil
Pasu/bekas yang kecil menyebabkan akar terkumpul dalam pasu dan tidak dapat terus berkembang.
Boleh cuba tebuk bahagian bawah pasu. Atau gantikan dengan bekas yang lebih besar. Atau tanam terus ke dalam tanah.
Saya ada satu pokok lemon yang sebelum ini hanya sempat berputik, kemudiannya luruh. Setelah saya keluarkan dari pasu, saya dapati akarnya telah terlalu padat. Setelah dipindahkan ke tanah, alhamdulillah banyak buah yang lekat.
2. Semut Hitam
Terdapat semut hitam yang merosakkan bunga dan akhirnya bunga tersebut gugur.
Boleh cuba letak ubat semut untuk menghalau. Atau gunakan kerengga. Yaa. Kerengga boleh menghalau semut dan membantu sebagai agen pendebungaan.
Saya ada satu pokok bidara epal yang berbunga lebat, tapi tiada satu pun buah yang lekat. Saya dapati ada semut kecil yang berkampung di sekitar bunganya.
Saya ambil satu sarang kerengga dan letakkan pada pokok tersebut. Alhamdulilah berhasil dan sekarang banyak putik buah yang ada.
Boleh mencuba jika mempunyai masalah yang sama. Moga berjaya!
Biasanya bila anak-anak makan dalam kereta, ada cebisan makanan berterabur sekaligus boleh mengundang anak lipas datang ‘berkampung’. Memang serabut, bila banyak anak-anak lipas dalam kereta ni.
Sebelum nak hantar kereta ke kedai untuk servis halau dan matikan anak- anak lipas ni, boleh cuba dahulu petua mudah yang dikongsikan oleh Puan Cik Zati ni.
Berikut perkongsian tersebut;
“Saja nak share, ini hasil tangkapan malam tadi dalam kereta abah Mia.Kalau ada yang nak try petua ni pon boleh.”
Bahan-Bahan:
Bekas plastik kosong
Minyak masak yang telah digunakan (minyak baru adalah membazir)
seketul kecil marjerin/ mentega
sedikit susu pekat manis
Cara Membuat:
1. Campurkan minyak masak, marjerin dan susu pekat manis di dalam satu bekas.
2. Letak semalaman dalam kereta di bahagian tempat letak kaki atau bawah seat atau mana-mana tempat yang kita suka.Esok pagi boleh lihat hasilnya.
MW: Mudah sangat tip ini dan jimat kos. Jadi buat mak ayah yang ada masalah anak-anak lipas berkampung dalam kereta tu, boleh cuba tip mudah yang dikongsikan ini.
Air mata terakhir Zara Qairina, bersumpah & nafi mencuri sebelum temui ajal. Inkues kematian pelajar, Zara Qairina membuka kisah memilukan apabila arwah dilaporkan menitiskan...