Mozarella Stick ni selalunya boleh di beli di kedai menjual pizza. Tapi bila beli selalu tak puas makan, sebab kejunya sikit dan harga boleh tahan juga. Sebenarnya mak-mak boleh buat sendiri Mozarella Stick ini di rumah. Hanya menggunakan 4 bahan iaitu roti, keju mozzarella, daun thyme dan butter, lebih puas hati bila makan nanti. Mozarella Stick ini juga sesuai di buat untuk bekalan sarapan pagi anak ke sekolah atau untuk minum petang keluarga.
Berikut perkongsian resipi yang dikongsikan oleh Puan AJ Idris
“Mozzarella Stick Senang Namatey.Beli yang siap, dapat sikit je kan. Anak-anak piranha pulak ramai ni yang kelaparan. Buat sendiri je lah. Dapat banyak. Senang pulak tu.Guna roti je”
Bahan-Bahan:
Roti putih
Butter
Keju Mozzarella
Daun Thyme
Cara Membuat:
1. Ambil beberapa keping roti, kuantiti terpulang ya.Buang tepi-tepi dia tu, bagi tinggal bahagian yang berwarna putih je. Gelekkan. Oh ya, nota penting. Bahagian tepi-tepi yang dipotong tu jangan buang. Simpan tepi dulu.
2.Bebola mozzarella. Boleh je nak guna shredded mozzarella, atau mozzarella blok yang dipotong bentuk jejari. Ikutlah apa yang ada.
3.Sapukan butter sikit pada roti tadi. Susun mozzarella memanjang. Taburkan daun thyme kalau suka.
4.Lepas tu gulung macam ni. Untuk lekatkan gulungan, saya basahkan sikit dengan susu dan cantum.
5.Sapukan butter dan tabur lagi daun thyme. Tak letak pun tak apa, tapi kalau letak lagi sedap.
6.Bakar tak perlu api kuat dan lama sangat, cukuplah sekadar mozzarella di dalam tadi cair. Agak-agak je lah ya dalam 10-15 minit, lapisan roti dah garing dan rangup. Cuba patahkan sikit sebatang dan bila mozzarella dah boleh ditarik macam tu…dah masak eloklah tu.
Siap!!
Jadi lebihan tepi-tepi roti tadi buat apa je? Macam biasa jangan buang. Kumpul macam ni ha.
1. Panaskan secawan susu fullcream, dua sudu besar gula, satu sudu butter, dua sudu besar tepung jagung dan setitik dua esen vanilla. Panaskan sampai gula larut dan agak memekat.
2. Tuangkan ke dalam lebihan roti tadi. Tabur kismis atau apa-apa dried fruit yang ada. Letak coklat chips pun sedap.
3. Bakarlah ya sampai masak. Api atas bawah, suhu dan masa ikut oven masing-masing.
Tadaaa… Dah jadi dua hidangan kan. Tanpa pembaziran.
Selamat Mencuba.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Mak-mak boleh sediakan untuk anak-anak dan keluarga untuk bekal sarapan ke sekolah mahupun minum petang. Nak buat pun mudah sangat guna 4 bahan je.
Suami isteri yang menentukan kebahagiaan dalam rumah tangga. Usaha perlu dilakukan bersama dan bukan di bahu satu pihak saja. sayang, cinta, pengorbanan, persefahaman dan kesetiaan memang antara perkara yang menjadi tunjang utama dalam perkahwinan. Mengekalkan keharmonian rumah tangga juga bukan mudah. Tak sedikit suami atau isteri sanggup berkorban apa saja demi memastikan rumah tangga mereka berkekalan hingga ke syurga.
Ikuti perkongsian daripada Dr. Syed Yusainee Yahya, daripada Promind Training And Consultation, yang juga kolumnis ruangan Nota Untuk Isteri Di dalam Majalah Mingguan Wanita.
Perkahwinan adalah ikatan suci antara dua manusia berlainan jantina. Ikatan ini adalah rasmi yang berpandukan undang-undang dunia dan hukum agama. Rumah saya tidak ada TV, tetapi selalu jugalah dengar orang membawang tentang kisah dalam drama atau filem bagaimana peritnya suami atau isteri berkorban menanggung derita semata-mata mempertahankan perkahwinan itu.
Kadang kala terfikir juga, adakah itu yang sepatutnya berlaku iaitu kita mesti menjadi ‘bodoh’ hingga hilang segala-galanya demi suami atau isteri itu? Adakah cinta dalam perkahwinan itu menjadi tiket ke syurga atau tiket ke neraka? Itulah yang saya ingin kongsikan dalam nota kali ini.
Perkahwinan tidak bermakna yang pihak lelaki atau pihak perempuan kehilangan hak-hak mereka. Apa yang utama ialah kebijaksanaan untuk menguruskan hak-hak itu sebagai suami dan isteri. Sebagai contoh, perkahwinan tidak semestinya kita berhenti memajukan diri. Masing-masing wajar berfikir memajukan diri sendiri dan diri pasangan supaya ‘perkahwinan’ itu menjadi lebih baik pada masa depan.
Apakah akan berlaku jika suami tidak memberi peluang isteri yang berpotensi untuk maju dalam kerjaya sedangkan dia sendiri tidak mahu melakukannya? Bagaimana pula jika isteri tidak menghargai peluang yang suami berikan hingga terdorong ke arah yang tidak sepatutnya? Saya tahu anda tentu ada jawapannya.
Ada satu peraturan kewangan dalam rumah tangga. Duit suami ialah duit isteri dan duit isteri hanya isteri punya. Sebagai suami, saya berani kata situasi ini lebih berat kepada isteri. Terus terang cakap, apabila sesi makan-makan keluarga, bila masa membayar selalunya saya akan beri dompet kepada isteri. Dia yang akan pergi ke kaunter dan bayar.
Kenapa saya buat begitu? Sebab saya mahu tunjukkan kepada tiga orang lelaki dalam keluarga saya, bahawa suami kena ada keyakinan, kemampuan dan besar hati untuk memberikan dompet kepada isteri. Dulu mereka pernah tanya “Dalam dompet Lid tu ada berapa ringgit?”. Bulat mata saya; “Entah! Lid pun tak tau”. Setakat ini tidak pernah lagi isteri datang semula suruh saya gesek ‘Kad kredit’ sebab tak cukup tunai.
Bukan sebab duit dalam dompet saya itu sentiasa cukup tetapi saya tahu Anis, isteri saya yang comel itu akan tolong tambah jumlah yang belum cukup. Dalam hal ini kedua-dua pihak mesti jujur apabila tidak berkira untuk keluarga. Sikap isteri ahli syurga itu tentu sangat dihargai oleh suami.
Semasa saya berkahwin dulu, usia saya belum 25 tahun. Tidak berapa lama lagi usia akan masuk ke siri 50-an (sebelum kira diskaun!). Ini bermakna setelah hampir 25 tahun hidup sendiri baru saya beristeri dan setelah hampir 25 tahun bersama rasanya saya baru faham 25 peratus tentang perangai isteri saya. Teringat masa awal perkahwinan dulu kami juga ada cabaran sendiri. Mungkin kelemahan saya cuba mengubah Anis seperti yang saya mahu dan Anis pula cuba mengubah saya menjadi seperti yang dia impikan. Setelah suku abad barulah saya faham bahawa itu tidak mungkin berlaku.
Akhirnya kami menyesuaikan diri sendiri demi seorang lagi. Nyata perkara itu lebih mudah dan lebih membahagiakan. Betullah seperti nasihat yang pernah saya berikan kepada seorang rakan yang hanya tinggal selangkah lagi untuk berpisah dengan suaminya kira-kira 5 tahun lalu. “Apabila kita berkahwin, tidak semua kehendak kita itu menjadi penting. Mungkin kita sendiri tidak penting lagi. Yang penting ialah kita mesti kekal bersama dan mencari bahagia dalam diri seorang lagi itu demi anak-anak”. Saya lihat dalam fb dia bersama suami dan anak-anak pergi Umrah bersama. Sejuk hati saya melihat kawan saya itu bahagia semula.
Satu lagi yang menjadi bunga kepada cinta syurga ialah cara kita berkomunikasi dalam rumah tangga. Komunikasi ini bukan sekadar bercakap atau mendengar. Apa yang lebih penting ialah mengendalikan bahasa badan atau isyarat-isyarat tanpa suara yang hanya difahami dengan hati dan perasaan.
Kita tidak perlu bercakap kasar atau memaki hamun untuk menempah tiket ke neraka kerana melukakan hati suami atau isteri. Dengan mimik muka, berdiam diri, lirikan mata atau bunyi helaan nafas sudah cukup membuatkan pasangan kita rasa didera, marah, bosan dan sebagainya. Cinta apa namanya itu? Ya, Cinta Neraka!
Ibu bapa anak kanak-kanak yang tertinggal di dalam kereta semalam dilihat sukar mengawal perasaan dan hanya menangis ketika menunggu jenazah anak di Unit Forensik Hospital Rembau.