Buat Sendiri Mi Kuning Di Rumah, Tak Guna Mesin Tetap Menjadi, Bebas Bahan Pengawet

Share

Mi kuning memang boleh dijadikan stok di rumah. Bosan dengan nasi, boleh lah masak mi rebus, mi bandung, mi goreng dan sebagainya. Inilah bahan yang senang dan cepat untuk dimasak.

Namun, keadaan sekarang, semua harga barang naik. Mulalah mak-mak nak kena berjimat dan kalau boleh semua nak buat sendiri. Tapi memikirkan ada peralatan tertentu yang kena ada agak sukar untuk direalisasikan.

Salah satunya adalah mi kuning. Dah tentu perlukan mesin khas barulah menjadi seperti beli di kedai. Tak perlu pening kepala, boleh saja buat di rumah walaupun tak ada mesin khas untuk membuatnya.

Inilah yang dikongsikan oleh Siti Ausyah Bujang tentang cara manual buat mi kuning. Memang menjadi dan puas hati.

Baca Artikel Lain Di Sini: Buat Sendiri Nasi Impit, Guna ‘Rice Cooker’ Lagi Cepat, Padat & Kenyal Lagi!

Resipi Kuah Laksa, 25 Minit Siap!

Info Lebih Menarik DI SINI

Mi Kuning Buat Sendiri

Tak ada mesin untuk buat mi kuning. Jangan risau. Boleh buat secara manual.

Bahan-bahan:
1/2kg tepung gandum
Air
Pewarna kuning/kunyit
1 biji telur
Sedikit garam

Campurkan semua bahan di atas dan uli. Jangan bagi adunan lembik sangat.

Cara Membuatnya:

1. Uli seperti ini.

2. Canaikan sehingga senipis mungkin.

3. Tabur tepung. Ini untuk elakkan dari doh melekat semasa potong.

4. Lipat seperti ini dan tabur tepung lagi.

5. Potong dua dan tindihkan.

6. Potong nipis-nipis.

7. Selepas potong. Leraikan supaya ia tidak melekat.

8. Jadilah macam ini.

9. Inilah mi kuning sebelum dicelur.

10. Celur mi tadi.

11. Jangan celur hingga terlampau lembik sangat.

12. Selepas itu, masukkan ke dalam bekas dan gaul dengan sedikit minyak. Kalau tak letak minyak, mi boleh melekat.

13. Dah siap dan bolehlah buat apa-apa menu yang berasaskan mi.


Kalau nak cepat, boleh beli mi kuning di sini: https://invle.co/clcu6m8

Mingguan Wanita : Bolehlah buat sendiri mi kat rumah. Tak payah guna mesin pun jadi.

Sumber: Siti Aisyah Bujang

Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :
https://t.me/bangkitwanitaMW

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

IKLAN