Lebihan nasi yang tak habis jangan dibuang boleh buat macam-macam. Salah satunya mak-mak boleh jadikan keropok nasi sejuk. Caranya tak rumit mana, kena ikut satu persatu langkah yang dikongsikan oleh Puan Eina Izzaraini. Dah siap goreng boleh lah buat kudapan sambil tengok tv ke, makan dengan nasi goreng atau bihun goreng pun sedap.
Berikut perkongsian tersebut;
“Keropok nasi sejuk.Pertama kali buat.Terima kasih empunya resipi halalkan ya.”
Bahan-Bahan;
Nasi Sejuk
Bawang putih
Biji ketumbar
Ikan bilis
Garam
Tepung ubi
Cara Membuat:
1. Rendam nasi sejuk dalam 1 jam, kemudian tos bagi kering air, kemudian blend kering.
2. Tumbuk bawang putih, biji ketumbar dan ikan bilis.
3. Gaul semua bahan-bahan tumbuk ke dalam nasi tadi, perasakan dengan garam dan sedikit gula kalau suka.
4. Masukkan tepung ubi ke dalam bahan-bahan tadi uli sampai tak lekat ditangan. Tepung letak sikit-sikit ya.
5. Dah siap bentuk-bentukkan kemudian rebus sampai timbul ya.
6. Angkat sejukkan sikit kemudian letakkan pewarna kesukaan.
Ads
7. Dah siap simpan dalam peti sejuk semalaman untuk senang kita potong.
8. Lepas potong nipis semua boleh la jemur. Saya jemur 1 hari ja, tempat saya panas sekarang.
Sambil-sambil tengok movies atau drama kat TV tu, memang sedap dapat mengunyah kudapan macam Spicy Salted Egg Cornflakes ini. Nak beli bukannya murah sebalang. Baik buat sendiri lebih jimat. Kos dalam RM20 boleh dapat 3 balang terus. Nak buat jual pun boleh sangat untuk pendapatan sampingan.
“Masak ni..buat sendiri kos rm20 je dapat 3 balang. Antara komen-komen anak saya pasal Spicy Salted Egg Cornflakes mama dia..”
Anak no 1. Mama, sedap giler.. Anak no 2. Mama, sedap sangat-sangat.. Anak no 3. Mama, adik suka la..
Anak-anak selalunya jujur..haha…
“Saya join kelas untuk belajar buat ni. Tapi kat group masakan banyak je resipi-resipinya. Tapi yang saya buat ni betul-betul saya jatuh cinta. Kalau ada permintaan saya sudi untuk berkongsi resipi olahan saya.”
90g butter
80g serbuk salted egg
4 tangkai daun kari
5 biji cili kering (hiris halus)
1 sudu kecil serbuk kari daging babas
1/2 sudu kecil serbuk cili babas (nak pedas boleh tambah)
275g cornflakes nestle
1.Cairkan butter dengan api yang perlahan.
2.Masukkan daun kari + cili kering.
3.Masukkan serbuk salted egg, serbuk kari dan serbuk cili..kacau sebati dan tutup api.
4.Masukkan cornflakes..gaul biar sebati dan rata.
5.Masukkan kesemua dalam tray oven..bakar dalam oven suhu 120°c, 10 minit..Sejukkan dan packing.
MW: Buat mak-mak yang nak buat kudapan mudah untuk seisi keluarga boleh cuba resipi Spicy Salted Egg Cornflakes yang dikongsikan ini. Selain makan sendiri, nak buat berniaga untuk pendapatan sampingan pun boleh sangat.
Salah satu menu yang cukup popular dan menjadi kegemaran ramai setiap kali ke IKEA pastinya meatball atau bebola daging. Dimakan dengan sos berkrim dan jem lingonberry nya. Buat mak-mak yang teringin nak buat sendiri meatball Ikea ni, boleh cuba resipi yang dikongsian oleh Puan Zan Zafirah Zainal ini.
Menurut wanita ini, resipi tersebut diambil daripada laman rasmi yang dikongsikan oleh IKEA Australia sendiri. Jadi boleh cuba buat sendiri di rumah lebih jimat dan puas hati makan.
“Kisah semalam teringin nak makan meatball IKEA sebelum mula puasa Ramadhan. Tinggal kat luar negara ni memang tak dapat nak beli meatball kat IKEA macam kat Malaysia nun. Maka, kena buat sendiri. Nasib baik IKEA share resepi rahsia dorang. Ikut sebijik sama macam dalam resepi, cuma of course tak guna pork mince ya, ganti pakai halal beef mince 100% sahaja.”
Resepi ni saya dapat dari official page IKEA Australia. Ada beberapa perubahan yang saya buat:
1) Tak guna pork mince (daging babi). Hanya beef mince sahaja 750g.
2) Tak guna vegetable stock dan beef stock. Gantikan dengan 2 kiub pati daging dan 300ml air.
3) Untuk soy sauce (kicap), saya guna kicap lemak manis.
Selamat berpuasa semua!
Untuk yang tak dapat baca resepi dalam gambar, berikut saya sertakan resepi:
750g daging cincang
100g serbuk roti
1 biji bawang besar – cincang halus
1 ulas bawang putih – cincang halus
1 biji telur
5 sudu besar susu full cream
Garam dan lada hitam
1. Campur semua bahan di atas sampai sebati. Bulatkan jadi bentuk bebola daging.Siap gentel meatball. Lenguh juga nak buat ni. Pastikan kepal dengan padat meatball ni supaya tak pecah masa nak masak.
2. Simpan dalam peti beku 20 minit sebelum masak nak bagi keras sikit.
3. Goreng sebentar atas kuali sampai sedikit perang.Tak perlu letak minyak banyak, sikit je sebab meatball ni keluarkan minyak semasa masak.
4. Dah nampak brown sikit, terus masukkan dalam oven. Kalau guna kuali yg tangkai besi macam ni, boleh masuk terus dalam oven. Kalau kuali tangkai plastik, jangan tau. Tak pasal-pasal cair nanti.Masukkan dalam oven selama 30 minit, suhu 180 darjah celcius (oven biasa) atau 160 darjah celcius (fan force oven).
40g mentega
40g tepung gandum
2 kiub pati daging
300ml air
2 sudu kecil kicap lemak manis
1 sudu kecil Dijon mustard
150ml krim masakan/dairy whipping cream
1. Cairkan mentega. Masukkan tepung dan kacau untuk 2 minit.
2. Masukkan kiub pati daging brand apa-apa pun boleh. Saya guna knorr. Kacau kejap sambil pecahkan kiub.
3. Masukkan air sambil kacau perlahan untuk elakkan berketul.
4. Masukkan kicap, dijon mustard dan krim. Ini penting untuk dapatkan rasa kuah sama macam kat IKEA. Dijon mustard. Pastikan Dijon ye, bukan mustard kuning biasa tu. Saya tak pasti kat Malaysia ada jual kat mana. Mungkin pasaraya besar ada jual.
5.Masukkan kicap. Saya guna kicap lemak manis. Tak guna kicap masin sebab kiub daging dah masin.
6.Masukkan dairy cream 150ml.
7. Kacau sampai pekat dan tidak berketul.Kuah Siap!
Hidangkan dengan meatball yang dah siap masak tadi. Letak sikit jem. Kalau ada lingonberry jem, memang sama 100% macam IKEA. Saya guna jem strawberry je.
Mak-mak naik pening bila memikirkan idea menu masakan untuk famili. Petang-petang begini, sambil scroll laman sosial, tiba-tiba muncul gambar kacang tanah.
Apatah lagi bila ada yang berkongsi resepi Kacang Goreng Pedas, memang terliur dibuatnya.
Memandangkan bahan-bahan yang digunakan ada saja di dapur, jadi mak-mak bolehlah terus ke dapur dan sediakan menu kudapan ini. Memang berebut anak-anak makan sambil menonton TV.
Resipi ini memang mudah dan sedap. Cuma sediakan kacang tanah, telur dan tepung bestari. Selamat mencuba gais!
Bahan-bahan: 1 kg kacang tanah (basuh dan keringkan) 1 biji telur 1 cawan tepung Bestari pedas
Cara Membuat:
1. Gaulkan kacang dengan telur hingga rata. 2. Kemudian masukkan tepung sikit demi sikit dan gaul rata. 3. Panaskan minyak. 4. Goreng dalam minyak panas dan api perlu dipasang sederhana sahaja. 5.Kacau-kacau supaya masak sekata dan tidak hangus. 6. Angkat dan toskan minyak. 7 Biarkan sejuk dan sedia untuk dimakan.