Buat Sendiri Cili Kisar, Tabur Garam & Asam Keping, Elak Cepat Berkulat, Masam

Share

Cili kisar ini, bahan yang wajib mak-mak ada semasa memasak. Ada yang suka buat sendiri dan tak kurang yang nak cepat beli saja yang ada kat pasaran.

Namun, ada mak-mak lebih suka buat sendiri cili kisar, baru puas hati. Nak yang pedas atau biasa-biasa saja. Sebab kadang-kadang yang jual di pasaran tak tentu juga kepedasannya.

Lagi pun buat sendiri stok cili kisar lagi memudahkan kerja mak-mak. Cuma yang memeningkan kepada mak-mak bila cili kisar ini cepat sangat berkulat dan bau masam. Rasanya segala petua dah digunakan untuk elak dari ‘kejadian’ itu.

Tak perlu risau, boleh ikut cara Aisha Shukor ini dalam berkongsi buat sendiri cili kisar. Paling penting, ikut caranya boleh bantu cili kisar itu tahan untuk dua minggu. Kalau nak lagi lama boleh letak di bahagian sejuk beku.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Petua Buat Cili Kisar, Rebus Dengan Bawang Putih, Gerenti Tahan Lama, Tak Berkulat

Buat CILI KISAR Tanpa Bahan Pengawet, Tahan 3 Bulan Tak Berkulat!

Info Lebih Menarik Lagi DI SINI

Buat Sendiri Cili Kisar Puas Hati

1. Inilah cili kisar yang sudah siap.

2. Cili kering sepaket yang berharga RM5. Cuci bersih, selawat dan rendam dengan air panas dalam 10 minit.

3. Gunting dan ramas untuk buang bijinya. Tak adalah semua biji masuk ke dalam blender. Tuangkan 1/2 cawan minyak masak.

4. Kemudian, masukkan air panas sebanyak ½ daripada paras blender tersebut.

5. Kisar sehingga halus.

6. Boleh juga nak guna blender yang kecil, kisarlah separuh-separuh.

7. Masukkan 5 biji bawang merah yang dipotong kecil, 6 ulas bawang putih dan belacan sebesar ibu jari.

8. Kisar secara on dan off . Jangan tambah air lagi sebab kalau terlalu halus dan banyak air, masa memasak ia akan merecik.

9. Selepas siap, masukkan ke dalam bekas. Pastikan bekas itu kering, barulah tuang stok cili kisar.

10. Ambil satu sudu garam dan tabur pada permukaan stok.

11. Letakkan juga dua atau tiga asam keping. Tak perlu basuh asam keping itu. Tujuan garam dan asam keping ini adalah untuk pastikan stok cili kisar tak mudah rosak atau cepat masam. Bila nak guna, buang lapisan atas yang ada asam dan garam itu.

12. Sejukkan dalam masa 5 minit. Selepas itu, barulah tutup dan masuk dalam peti ais. Boleh letak di bahagian bawah dan tahan selama 2 minggu. Kalau letak bahagian sejuk beku, mampu bertahan lebih sebulan.

Selamat mencuba.

Mingguan Wanita : Ada pelbagai petua dan cara yang boleh kita lakukan untuk elak estok cili kisar itu tak masam atau berkulat. Bolehlah guna cara ini pula.

Sumber: Main Masak-masak Aisha Shukor

Bangkit Wanita Mingguan Wanita

Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan

https://t.me/bangkitwanitaMW

 

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

IKLAN