Buat Sendiri ‘Bulgogi Fries’ Senang Yang Amat, Paling Penting Bahan Sosnya!

Share

Sesekali tukar selera dengan makanan orang Korea menarik juga.Bagi mak-mak peminat makanan Korea atau suka layankan anak-anak yang makanan Korea boleh cuba buat sendiri ala ‘Bulgogi Fries’ ini. Iaitu taburan hirisan daging dan kentang goreng dengan sos mayonis istimewa.Menariknya, boleh guna daging burger je. Almaklumlah, bila beli sepinggan boleh tahan juga harganya. Buat sendiri lebih puas hati, boleh makan banyak-banyak.

Berikut perkongsian resipi ala ‘Bulgogi Fries’ oleh Puan MasAyu Legacy sebagai panduan;

“Semalam pergi kfry ioi Mall.. tak puas makan fries dia. Malam ni kita buat sendiri.. sebeban boleh makan.. korang mesti try okay. Sedap nak matiii.. resepi kat gambar tau..senang ya amatttttt”

Bahan-Bahan:

Mayonis
Lemon
Madu
Daun bawang hiris
Bawang besar hiris
Daging cincang tapi cari tadi tak jumpa so ummi gantikan dengan daging burger
Kentang frozen

Cara Membuat:

1.Goreng daging sekejap, kemudian buang minyak.

2.Hancur-hancurkan daging burger tu..siap.

3.Goreng kentang.

4.Bahan sos pula, mayonis + madu + lemon. Boleh ikut cita rasa nak paras mana.. ummi suka rasa dia yang tajam, cukup-cukup enak kat tekak. Gaul bagi rata.

5.Kentang dah siap goreng.

6.Letak adunan mayonis tadi. Jangan habiskan adunan tu sat lagi nak guna gaul daging pula.

7.Tabur bawang dadu.

8.Tabur daun bawang.

9.Daging gaul dengan lebihan mayonis tadi.

10.Gaul sekali bawang dan daun bawang.

11.Tabur atas kentang. Taraaaa..siaaaappppp!

Baca Lagi Di Sini:Cara Buat’Pogi Kimchi Homemade’ Tahan Sehingga 2 Bulan, Makin Lama Diperam Makin Sedap Rasanya!

MW: Menariknya. Bolehlah cuba buat sendiri untuk anak-anak nanti. Memang berbaloi dan puas hati bila buat sendiri.

Sumber: MasAyu Legacy

IKLAN