Berita baik buat pengguna iPhone atau iWatch, seiring dengan teknologi terkini, pengguna boleh menggunakan Apple Pay bagi sebagai transaksi bagi memudahkan urusan pembayaran. Ia sangat memudahkan urusan seharian kerana tak perlu lagi bawa kad banyak-banyak selepas ini. Hanya perlu gunakan Apple Pay ini sahaja. Kalau tertinggal beg duit di rumah pun tak perlu risau dah.
Rujuk perkongsian daripada Lukman Abdullah ini sebagai panduan;
Apple Pay dah boleh dipakai di Malaysia. Teringat masa duduk di UK dulu. Sesiapa yang ada iphone atau iwatch patut cuba. Cara dia senang je.
1. Masuk “Setting”
2. Klik “Wallet and Apple Pay”
3. Klik “Add Card”
4. Klik “Debit or credit card”
Ads
5. Ikut je on screen instruction
Cara nak bayar guna Apple Pay macam mana?
iPhone/iWatch – double click side button
Tak payah bawak kad banyak-banyak dah lepas ni.
Ads
Boleh digunakan pada Bank Maybank, Ambank dan Standard Chartered. Bank-bank yang lain akan menyusul kemudian.
Data Bank card kita selamat kerana apple tak simpan no card, Offline dalam device.
Mingguan Wanita: Jadi buat pengguna iPhone atau iWatch boleh cuba guna Apple Pay ini nanti. Memang memudahkan, tak perlu bawa kad banyak-banyak untuk sebarang transaksi pembayaran di kedai.
Pertama kali dalam sejarah 9 Perdana Menteri Malaysia, bossku ke Sungai Buloh. Dalam sejarah Perdana Menteri Malaysia, bermula dari Tunku Abdul Rahman hinggalah terkini, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaacob, nama bekas Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi sebutan ramai.
Terkenal dengan gelaran Bossku, hari ini ia mencatat sejarah peribadi dalam sejarah senarai Perdana Menteri Malaysia apabila Datuk Seri Najib yang juga Perdana Menteri ke -6 didapati bersalah menyeleweng kes dana SRC apabila wang RM42 juta dimasukkan ke akaun peribadinya.
Jika ada pun sebelum ini adalah melibatkan Datuk Sri Anwar Ibrahim yang merupakan bekas Timbalan Perdana Menteri yang menghadapi pertuduhan liwat ke atasnya dan turut dibawa ke Sungai Buloh.
Bagi kes Perdana Menteri Malaysia, ia belum pernah terjadi sama sekali bermula dari zaman Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak (bapa Najib), Tun Hussein Onn, Tun Dr Mahathir (dua kali menjadi PM), Tun Abdullah Ahmad Badawi, Datuk Seri Najib Tun Razak, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan terkini Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob.
Panel lima hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat sebulat mengekalkan sabitan salah yang dikenakan terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Mahkamah turut mengekalkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta yang dikenakan terhadap Najib..
Dengan keputusan itu, di akhir prosiding ini, Najib akan mula menjalani hukuman penjaranya berkuat kuasa hari ini.
Dalam pembelaan sebelum ini, jejak aliran wang jelas menunjukkan dana RM42 juta daripada akaun AmBank milik SRC International Sdn Bhd dipindahkan melalui akaun bank anak syarikatnya Gandingan Mentari Sdn Bhd (GMSB) dan Ihsan Perdana Sdn Bhd (IPSB) sebelum dimasukkan ke akaun peribadi Najib.
Ihsan Perdana adalah syarikat yang mengendalikan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) bagi SRC International.
Menurut Berita Harian sebelum ini, pada Isnin dan Selasa lalu panel lima hakim yang dipengerusikan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat, mendengar dua permohonan dikemukakan pasukan pembelaan Najib.
Permohonan pertama membabitkan cubaan Najib untuk mengemukakan bukti baharu untuk mengaitkan latar belakang pembabitan bekas Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali dengan SRC.
Permohonan kedua pula adalah usaha pasukan pembelaan Najib untuk menangguhkan rayuan utama kes SRC untuk tempoh antara tiga hingga empat bulan atas alasan membolehkan pasukan pembelaan yang baharu dilantik Najib itu membuat persediaan.
Namun, kedua-dua permohonan terbabit ditolak sebulat suara oleh panel lima hakim yang bersidang termasuk Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim dan Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Nallini Pathmanathan; Datuk Mary Lim Thiam Suan dan Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Biar bercerai, baby Musa jadi pengikat kasih Noh – Mizz Nina. Bergilir jaga anak. Perpisahan merupakan perkara paling akhir difikirkan oleh pasangan saat dalam konflik. Ini kerana terlalu banyak yang perlu difikirkan saat bercerai. Bermula dari perasaan yang mungkin masih ada sisa-sisa sayang, anak-anak yang ditinggalkan, keluarga, rakan-rakan dan lain-lain lagi.
Namun sekuat mana pun perasaan itu cuba dielakkan namun kalau sudah ditakdirkan jodoh setakat itu sahaja, maka pasangan harus redha dengan ujian dilalui. Namun tidak dinafikan, ada yang kembali rujuk kerana anak-anak yang menjadi pengikat kasih antara keduanya. Bahkan dalam surah Al-Baqarah ayat 229 membenarkan hal ini.
Maksudnya: Talak (yang boleh dirujuk kembali itu hanya) dua kali. Sesudah itu bolehlah ia (rujuk dan) memegang terus (isterinya itu) dengan cara yang sepatutnya atau melepaskan (menceraikannya) dengan cara yang baik. (Al-Baqarah: 229).
Rahmat di sebalik perpisahan dan tiada cerita buruk pasangan dikongsikan di media sosial membolehkan Noh Salleh dan Mizz Nina masih berbaik hingga kini. Khususnya penggiliran penjagaan Baby Musa yang masih kecil. Walau ramai menceritakan sikap Noh terutama insiden menghembus rokok ketika catwalk di KL Fashion Week namun menurut Noh dia mahu menjadi dirinya sendiri. Dan itulah dirinya.
Dari satu sudut lain, Noh membuktikan dirinya masih seorang bapa yang baik, masih bertanggungjawab membesarkan anak mereka walau tiada lagi ikatan suci antara mereka berdua. Tidak dinafikan ramai lelaki melepaskan tanggungjawab ini (menjaga anak-anak selepas bercerai) tapi berbeza dirinya.
Dalam satu hantaran di instagramnya beberapa hari lalu, Noh memuat naik gambarnya mendukung Baby Musa, barangkali bergilir menjaga “malaikat kecil” itu dengan Mizz Nina.
Apa yang membuatkan ramai tidak sedar, berlatar belakangkan lagu Aoi Teshima berjudul Kokoro Wo Komete, ia seperti suara hati Noh tentang anak kecilnya itu.
Ini kerana lagu berkenaan menceritakan tentang “perasaan cinta” sepenuh hati yang cukup syahdu. Bahkan lagu ini menjadi pilihan pengguna Instagram untuk memuat naiknya kerana liriknya yang sangat romantis. Andai ada jodoh mereka kembali, kita doalah yang baik-baik. Sumber gambar :- Instagram @mohamadnohsalleh.
Berikut adalah lagu Aoi Teshima
Chiisana te ga tsukameru no wa
Hon no sasayaka na shiawase to
Wakari nagara hito wa naze ni
Sono te wo hanashite mirai ni mayou no
Sasayaka na kyou to iu hi wo
Kokoro wo komete anata to ikite yuku
Ooki na egao ni tsutsumare
Arifureta kotoba ni ima
Kokoro wo komete anata ni tsutaetai
“Aishite imasu” todokimasu ka Tojite ite wa mune no oku no
Inochi no honou wa kiete yuku kara
Ai to iu sunda kuuki wo
Kokoro ni fukaku shizuka ni suikonde
Ashita wo hikari de terashita
Arifureta kotoba ni ima
Kokoro wo komete anata ni tsutaetai
“Aishite imasu” todokimasu kaka Chiisa na te ga tsukanda no wa
Konna ni mo ooki na shiawase deshita
Terjemahan Bahasa Indonesia:-
Tangan yang kecil ini hanya bisa
Menggenggam sedikit kebahagiaan
Sambil memahami, kenapa orang-orang
Melepaskan genggaman itu dan tersesat di masa depan
Di hari biasa seperti ini
Hidup bersamamu dengan sepenuh hati
Dikelilingi dengan senyuman
Sekarang dengan kata yang umum ini
Aku ingin mengucapkan dengan sepenuh hati
Apakah “Perasaan cinta” ini tersampaikan? Jika ditutup, perasaan di hatiku
Yang penuh semangat kehidupan akan hilang
Cinta itu adalah udara bersih
Terhirup perlahan ke dalam hati
Hari esok yang diterangi cahaya
Sekarang dengan kata yang umum ini
Aku ingin mengucapkannya dengan sepenuh hati
Apakah “Perasaan cinta” ini tersampaikan? Sesuatu yang digenggam oleh tangan kecil ini
Merupakan kebahagiaan terbesar
Mak Wan Latah akur kontroversi dilalui ujian & dugaan. Sebagai insan kerdil sememangnya akan hadir ujian dari Allah SWT. Apatah lagi bila bergelar selebriti. Semua yang dilakukan akan menjadi perhatian.
Begitu juga yang dihadapi oleh pelakon senior Mak Wan Julia atau lebih dikenali dengan nama panggilan Mak Wan Latah.
Bagi diri pelakon wanita yang berusia 61 tahun ini, segala yang berlaku adalah ujian dari Allah. Malah dirinya sendiri tidak menduga akan hadir ujian dan kontroversi hadir sejak kebelakangan ini membabitan namanya hingga menuntut kesabaran besar.
“Apa yang berlaku sekarang ini adalah ujian yang Allah bagikan pada Mak Wan.
“Sekurang-kurangnya Mak Wan bersyukur kerana Allah masih bagi ujian kepada Mak Wan. Dia masih memilih Mak Wan untuk ujian-ujian dan dugaanNya,” begitulah yang diluahkan oleh Mak Wan seperti mana dipetik menerusi laporan Harian Metro.