Buat Macam Ini Di Rumah, Jika Syak Diri Ada Tanda Ringan Covid-19!

Kes orang yang dijangkiti dan meninggal dunia akibat COVID-19 semakin meningkat di seluruh dunia.

Bagi mengelakkan diri dijangkiti atau menyebarkan virus tersebut, rakyat Malaysia dan di seluruh dunia telah diarahkan kuarantin diri di rumah dan jika keluar perlulah mengamalkan penjarakkan sosial atau social distancing.

Kita mesti ada membaca kebanyakan mereka yang dijangkiti penyakit ini mengalami ‘simptom-simptom ringan’ yang dibandingkan dengan flu atau demam selesema – demam, lesu, batuk kering, sakit badan, menggigil, sakit tekak, hidung berair dan diarea (cirit-birit).

Simptom-simptom lebih teruk termasuklah kesukaran untuk bernafas, sakit dada dan pneumonia.

Bila ada simptom-simptom sebegitu, ramailah mula rasa takut. Jika simptom-simptom anda teruk, segeralah mendapatkan pemeriksaan doktor dengan segera.

Tetapi jika simptom-simptom anda itu ringan, mungkin anda boleh merawatnya sendiri di rumah dengan bantuan pengamal perubatan professional melalui panggilan telefon atau perubatan teleperubatan.

Berikutan dengan kekurangan kit ujian, mereka yang mengalami simptom-simptom ringan mungkin tidak layak untuk mendapatkan ujian melainkan mereka telah berhubungan secara terus dengan pesakit yang disahkan ada virus coronavirus atau telah melawat kawasan berisiko tinggi ada coronavirus.

Kita berharap agar ujian ini mudah untuk didapati tetapi untuk sementara itu, anda perlu melakukan rawatan sendiri di rumah jika ada mengalami simptom-simptom ringan.

Ini Saranan Doktor!

Berikut adalah cara bagaimana anda boleh melakukan penjagaan sendiri di rumah jika mengesyaki diri ada tanda-tanda ringan COVID-19 dan tidak layak untuk melakukan ujian.

Ini adalah cadangan beberapa orang doktor dan pengamal perubatan profesional yang ditemuramah oleh HuffPost.com

1-Isolasi Diri Atau Self-Isolate

Menurut Daniel Berliner, doktor di platform kesihatan maya PlushCare, perkara pertama yang boleh dibuat jika anda mengalami simptom-simptom ringan seperti batuk, demam, sakit tekak, sakit badan, diarea, dan atau hidung berair, anda seharusnya isolasi diri. Ini bermakna duduk di rumah dan jauhkan diri dari orang lain.

Secara amnya mengelakkan diri daripada orang lain adalah amalan baik jika mengalami selesema dan demam selesema. Ia turut memberi peluang kepada diri untuk mendapatkan rehat secukupnya.

Jika anda tinggal bersama ahli keluarga atau rakan serumah, pastikan anda menjarakkan lebih kurang enam kaki antara diri dan orang lain selama 14 hari di rumah. Pisahkan diri dan duduk dalam bilik lain dan pastikan guna bilik air berbeza (jika boleh).

IKLAN

Tony Yuan, doktor dan Pengarah Perubatan di Doctor On Demand menasihatkan agar elakkan diri daripada  berkongsi barangan rumah. Asingkan pinggan mangkuk, tuala dan cadar anda dari orang lain.

2-Kekalkan Penghidratan (Hydration)

Penting untuk anda mengambil cecair  apabila diri rasa sakit.

Jake Deutsch, doktor dan Pengasas Cure Urgent Care menasihatkan anda agar memastikan diri tidak  mengalami penyahhidratan (dehydration). Penghidratan akan memastikan anda dapat mencegah kesan sampingan tersebut apabila anda sakit.

Walaupun  air adalah pilihan terbaik, Tony Yuan turut mengesyorkan untuk mengambil minuman elektrolit seperti Gatorade atau Pedialyte. Malah seorang penumpang kapal persiaran yang telah menulis di The Washington Post menyatakan rawatannya di hospital termasuklah ‘seperti minum bergelen-gelen Gatorade,”

Buat Macam Ini Di Rumah, Jika Syak Diri Ada Tanda Ringan Covid-19!

Tambah Daniel Berliner, kebolehan untuk buang air kecil dan buang air besar seharusnya tidak menurun apabila anda sakit di rumah. Kekurangan melakukan kedua-dua perkara tersebut  boleh menjadi tanda bahawa diri tidak mengambil cecair dan makanan yang sekaligus membawa kepada penyahhidratan. Ia juga boleh menyebabkan diri bertambah sakit dan memerlukan rawatan di hospital.

3-Pengambilan Makanan Seimbang

Selain mengambil banyak cecair, anda juga dinasihatkan untuk mengamalkan pemakanan seimbang. Pakar menasihatkan agar kita menyimpan bekalan makanan yang tidak mudah rosak selama dua minggu.

Deutsch mencadangkan buah-buahan dan sayuran, makan yang tinggi vitamin dan zat, dan sedikit karbohidrat. Yuan mengesyorkan sup ayam, bawang putih, yogurt, sayuran hijau dan buah-buahan mengandungi vitamin C baik untuk sistem imun, juga.

Namun begitu, tidak digalakkan untuk membeli setiap makanan ini dalam jumlah berlebihan kerana ia menjadikan orang ramai lebih tertekan dengan situasi ini. Malah pembelian makan secara berlebihan juga akan menjadikan bekalan sesetengah makanan tidak mencukupi.

IKLAN

4-Ambil Ubat Jika Perlu

Simpan stok bekalan ubatan sebagai persediaan untuk sebarang kemungkinan koronavirus.

Deutsch menasihatkan untuk menyimpan Tylenol bagi mengurangkan demam. Anda boleh juga menyimpan suplemen seperti vitamin C dan zink bagi merangsang sistem imun.

Buat Macam Ini Di Rumah, Jika Syak Diri Ada Tanda Ringan Covid-19!

Deutsch dan Yuan turut mengesyorkan ubatan untuk mengurangkan simptom-simptom. Ini termasuklah dekongestan mengandungi phenylephrine atau pseudoephedrine, penahan batuk dengan dextromethorphan, dan ekpektoran mengandungi guaifenesin.

Nasihat Deutsch lagi, bagi mereka yang turut mempunyai masalah perubatan lain, anda perlu memastikan diri menyimpan bekalan. Contohnya jika sakit asma anda perlu ada bekalan ubat sakit asma.

Begitu juga dengan mereka yang masalah tersembunyi dan mudah untuk mendapat jangkitan seperti bronchitis atau emphysema, pastikan anda menyimpan antibiotik. Anda boleh mendapatkan nasihat doktor anda terlebih dahulu bagi mendapatkan kepastian.

Anda juga perlu sediakan thermometer bagi memeriksa diri jika diri demam.

5-Amalkan Penjagaan Kebersihan Baik

Jelas Berlier, ketika anda memulihkan diri daripada kes ringan Covid-19 atau masalah kesihatan hampir sama seperti selesema, adalah penting untuk memastikan diri mengamalkan penjagaan kebersihan yang baik.

IKLAN

Ini termasuklah batuk dan bersin pada siku anda bukannya pada orang lain, mengelap permukaan yang disentuh dengan disinfektan (bahan penyahjangkit).

Anda juga boleh mencuci tangan dengan air dan sabun lebih kurang 20 saat selepas menggunakan bilik air dan selepas menyentuh dengan kawasan yang kemungkinan telah tercemar.

Buat Macam Ini Di Rumah, Jika Syak Diri Ada Tanda Ringan Covid-19!

Anda juga boleh sentiasa membersihkan diri melalui cara mandi dan memakai pakaian bersih di rumah.

Adalah penting juga untuk mencuci dengan sebersih-bersihnya permukaan yang paling kerap disentuh seperti kaunter, meja, pemegang pintu, papan kekunci dan tandas.

Pastikan anda sentiasa ada sarung tangan getah boleh buang dan tuala atau tisu pakai buang disinfektan.

6-Sentiasa Mengawasi Simptom-Simptom

Semasa anda menjaga diri semasa tempoh isolasi diri, pastikan memberi perhatian pada simptom-simptom dan melihat untuk simptom lebih teruk seperti demam yang tinggi dan kesukaran bernafas. Hubungi doktor untuk mendapatkan panduan jika masalah menjadi semakin teruk.

Berliner menerangkan dalam kebanyakan orang, simptom-simptom ringan akan kekal ringan, dan sama ada coronavirus, demam selesema, atau flu, simptom-simptom ini akan berkurangan dalam masa isolasi selama 14 hari.

Jika anda mempunyai sebarang kemusykilan pada sebarang masa ketika tempoh isolasi diri di rumah, segera hubungi pusat kesihatan   bagi mendapatkan sebarang nasihat berkaitan ujian COVID-19 dan jika anda diperlukan untuk mendapatkan penilaian di pusat kemudahan kesihatan.

Sumber: Huffpost.com

MWUntuk sebarang pertanyaan berkenaan COVID-19 boleh hubungi nombor hotline 03-88810200/ 03-88810600/ 03-88810700 atau emel ke cprc@moh.gov.my (Crisis Preparedness and Response Centre, CPRC Kebangsaan).

Senarai hospital rujukan bagi mengendalikan kes-kes yang disyaki and sahih boleh didapatkan pada portal rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (www.moh.gov.my).

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI