
Ada ramai wanita yang sudah buat semua diet tetapi berat badan tak turun-turun. Kalau berlaku macam ini, berhenti salahkan diet. Sebab sebenarnya hormon stress (kortisol) punca anda tetap badan berisi.
Menerusi perkongsian saudara Khai, ada 5 tanda badan kau ada high level kortisol (dan anda tak perasan pun).
Otot di bahagian mata tiba-tiba twitching berhari-hari. Jari-jari tiba-tiba bergerak sendiri. Kadang-kadang, cramp dekat kaki.
Ingat tak cukup air, tapi sebenarnya kortisol ini buatkan magnesium dalam badan hilang banyak.
Bila level magnesium kurang, itu yang sebabkan muscle spasm.
Pagi elok saja berfungsi. Tapi lepas waktu makan, nak decide benda kecil pun rasa macam mustahil.
Ini tanda kortisol level anda tinggi. Kortisol ini bantutkan fungsi prefrontal cortex (bahagian otak untuk buat decision)
Daripada anda fikir rasional, otak bertukar ke mod survival.
BACA ARTIKEL: Jangan Ingat Minum Spanish Latte Less Sugar Sudah Cut Gula, Itu Salah! Ini Cara Order Air Kopi Sesuai Untuk Diet
Dulu, sehelai dua itu biasa, tetapi lama-lama sampai segumpal rambut gugur dalam bilik.
Lagi teruk, tengok sumbat lantai tandas.
Hormon ini membuatkan rambut anda gugur awal daripada sepatutnya.
Makan perlahan-lahan tetapi 30 minit lepas itu, perut rasa kembung macam belon.
Bila terlalu stres, badan anda dalam “fight or flight mode”, jadi pencernaan jadi slow.
Makanan anda tidak tercerna dengan elok.
Ada satu kajian dibuat terhadap 172 orang lelaki dan perempuan.
Diaorang mendapati yang lagi tinggi kortisol, lagi banyak lemak berkumpul dekat bahagian perut.
Bila stres, anda akan lebih mudah untuk terlebih makan tanpa sedar. Kalau kortisol sentiasa tinggi, anda tak akan pernah rasa segar dan bertenaga. Ramai orang terperangkap dalam keadaan ini selama bertahun-tahun tanpa sedar.
Nak turunkan hormon kortisol, anda kena rajin bersenam, dapatkan tidur yang cukup dan setiap kali makan kena beringat.
Manakala seorang Penasihat Kesihatan, Nurul Faizeen ada kongsikan cara untuk stabilkan kortisol dan dapatkan semula tenaga:
Badan awak sangat perlukan kortisol yang tinggi pada waktu pagi.
Tetapi ramai orang terlepas isyarat semula jadi ini.
Bila cahaya matahari masuk ke mata, ia akan menetapkan semula jam biologi badan (circadian rhythm) dan memberi isyarat kepada otak masa yang sesuai untuk menurunkan kortisol.
Sugar spike dalam darah pada waktu pagi boleh menyebabkan lonjakan kortisol.
Mulakan hari dengan protein dan lemak sihat:
Telur + avokado
Yogurt Greek + kekacang
Protein shake + serat
Anda akan kurang rasa letih, mood lebih stabil, dan hormon lebih seimbang.
Stres menyebabkan nafas menjadi pendek dan laju.
Cuba teknik ini:
Tarik nafas selama 4 saat
Hembus nafas selama 8 saat
Ulang selama 5–10 minit
Hembusan yang lebih panjang mengaktifkan sistem saraf parasimpatetik, iaitu sistem “tenang dan pulih”. Badan takkan berterusan stres kalua pernafasan jadi perlahan.
Stres menyebabkan badan menggunakan magnesium dengan cepat.
Ambil 200–400mg kira-kira 1 jam sebelum tidur untuk:
•Menenangkan sistem saraf
•Membantu tidur lebih lena
•Mengurangkan terjaga pada jam 3 pagi
Setiap kali scroll, dopamine meningkat. Dopamine boleh meningkatkan kortisol, dan kortisol pula mengganggu penghasilan melatonin.
Hasilnya, anda sentiasa rasa “tak mengantuk” walaupun badan penat. Hentikan penggunaan skrin 60 minit sebelum tidur.
Kualiti tidur biasanya akan bertambah baik dengan cepat.
Ramai orang mula merasai perubahan dalam 2–3 malam. Jadi, jangan lambat mulakan! Apa yang penting kena konsisten dan cuba berganjak daripada melakukan aktiviti kurang sihat