Serius, betapa untungnya kalau anak boleh bonding time dengan ayah setiap hari. Tetapi tak semua lelaki yang mampu memahami emosi wanita yang penat uruskan rumah tangga.
Tambah bila wanita itu tidak bekerja, selalunya suami akan balik dan terus serah hal anak-anak pada kaum mak-mak.
Kononnya wanita tak bekerja patut fokus jaga anak sampai ke malam, adil ke? Inikan pula sesekali nak minta masa rehat untuk diri sendiri!
Tapi sebenarnya kaum suami patut buat seperti cerita yang dikongsikan oleh Puan Adlil Rajiah ini…
This guy greeted me and introduced himself as my “big fan” when i was hanging out with sister at Aeon Shah Alam.
Tapi lepas beberapa minit berbual, end up saya pulak yang terkagum dan ter-convert jadi big fan beliau.
He was there to spend some alone time with his son at a bookstore, while letting his wife rest and have her me-time at home.
Saya masa dengar tu, macam
“Mamat ni dari planet mana ni?”
So one of a kind!
Bertambah terkesima bila dia cakap–
“My wife tu suri rumah. Siang malam buat kerja rumah dan layan anak. So bila saya ada masa lapang, saya akan pastikan isteri dapat rehat dan buat apa saje aktiviti yang dia suka tanpa gangguan saya dan anak. Saya tak rugi apa pun. Dapat bonding one-on-one dengan anak.”
Ads
MasyaAllah..
Syurgalah untuk awak.
Bayangkan kalau semua suami atas mukabumi ni thoughtful dan helpful macam ni?
Mesti kadar wanita meroyan dan stress akan menurun.
Dan kadar keretakan rumahtangga juga pasti menurun.
Dan kadar keguguran rambut suami jugak pasti berkurangan.
Happy wife, happy life.
Ads
Kan?
Plus, bila para suami rendahkan ego dan spend some alone time dengan anak-anak macam ni, ini bukan saja bagi kebaikan kepada isteri untuk berehat dan ber”me-time”.
Tapi juga memberi high-impact kepada perkembangan anak-anak.
Bonus Bila Anak Rapat Dengan Ayah
Menurut kajian, ada 5 perkara yang anak-anak akan dapat bila mereka sentiasa dapat rutin one-on-one session dengan si bapa, tanpa kehadiran si ibu…
1) Mempunyai IQ yang lebih tinggi. Anak-anak yang dapat penglibatan secara langsung daripada bapa dalam setiap fasa perkembangannnya, akan lebih berdayasaing dan bijak.
2) Mempunyai self-esteem dan nilai diri yang lebih tinggi.
3) Kurang terlibat atau terpengaruh dengan masalah sosial, dan mempunyai kawalan emosi yang lebih baik.
Ads
4) Mempunyai perkembangan saraf, deria, dan fizikal yang baik.
5) Lebih faham tentang the teory of life, dan lebih bijak dalam membuat keputusan.
Dan ini pula 3 perkara yang si bapa akan dapat bila sentiasa bonding time dengan anak-anak:
1) Bapa yang luangkan sekurang-kurangnya 20 minit setiap hari bersama anak-anak akan lebih gembira dan lebih productive di tempat kerja.
2) Mempunyai good sense of coordination and orientation, sama ada di tempat kerja atau di rumah. Diri dan hidup anda akan lebih terurus!
3) You will be better at expressing love and emotions. Macam yang kita tahu, majority kaum lelaki, kurang mengekspresi perasaan sebelum mempunyai anak. Tapi lepas ada anak dan kerap luangkan masa bersama anak, kaum bapa akan lebih bijak dalam mengekspresi kasih sayang dan ada good sense of empathy. Tengok anak orang lain pun boleh teringat anak sendiri. Kan?
So tak rugi pun sebenarnya untuk para bapa rendahkan ego dan allocate sedikit masa senggang untuk bersama anak-anak.
Lagi menguntungkan ada lah.
And to the man in this photo (sorry lupa nama) thank you for being you, and being a good example to all of us.
Please know that, your family are the luckiest humanbeings on earth to have you as their leader.
Semoga keluarga anda terus menerus mendapat kasih sayang Allah.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Suami meninggal dunia akibat sakit jantung, ibu paling tua di dunia terpaksa besarkan anak sendirian tanpa suami.
Ternyata bukan satu yang mudah, kerana dalam usia warga emas dia perlu membesarkan anak kembar seorang diri setelah berpuluh tahun lamanya menanti cahaya mata.
Ibu Paling Tua Di Dunia
Seorang wanita di New Delhi yang mencatat sejarah sebagai ibu paling tua di dunia selepas melahirkan bayi kembar perempuan pada usia 73 tahun dua tahun lalu, terpaksa membesarkan anak-anaknya bersendirian, lapor akhbar The Sun kelmarin.
Menurut Erramatti Managayamma, dia berdepan cabaran tersebut susulan kematian suaminya akibat serangan jantung pada Oktober tahun lalu.
Kredit Foto : Internet
Suami Meninggal Sakit Jantung
Erramatti dan mendiang suaminya, Raja Rao berkahwin pada 1962. Pasangan itu menunggu 57 tahun untuk bergelar ibu dan bapa apabila anak kembar mereka selamat dilahirkan pada 5 September 2019.
Erramatti hamil melalui persenyawaan luar rahim (IVF) selepas mengetahui tentang kaedah tersebut daripada jirannya.
Menurut akhbar Hindustan Times, Erramatti mengalami putus haid 25 tahun lalu dan tidak lagi boleh menghasilkan sel telur, manakala sel telur penderma lain digunakan untuk disenyawakan dengan sperma mendiang suaminya.
Memandangkan kelahiran normal adalah sukar bagi individu seusia Erramatti, bayi kembarnya dilahirkan menerusi pembedahan ceasarean.
Selepas berjaya melahirkan bayinya, Erramatti berkata bahawa dia sangat teruja.
Kredit Foto : Internet
Terpaksa Besarkan Anak Sendirian
“Saya tidak mampu mengungkapkannya dengan kata-kata. Bayi ini telah melengkapkan saya.
“Kini, tiada sesiapa boleh menggelar saya mandul lagi,” katanya.
Kredit Foto : Internet
Biarpun bergelar ibu tunggal, wanita itu berkata, dia melantik ahli keluarganya yang lain untuk menjaga anak-anaknya sekiranya sesuatu berlaku kepada dirinya.
“Saya mahu lihat anak-anak saya membesar dan telah memilih ahli keluarga untuk menjaga mereka sekiranya sesuatu yang buruk terjadi kepada saya,” katanya. –Agensi
Mingguan Wanita : Ternyata berkat kesabaran wanita ini dan suaminua, mereka akhirnya berjaya memiliki cahaya mata. Bukan setahun, dua mereka menanti, sebaliknya 57 tahun mereka tetap sabar dengan ujian ini. Kisah ini patut menjadi inspirasi buat pasangan yang masih lagi menanti kehadiran cahaya mata.
Tahu tak yang bayi bawah setahun tak boleh makan madu lagi walau niat mak ayah nak kurangkan batuk anak atau mungkin nak tambah zat anak? Bukan nak nafikan khasiat madu tetapi sebelum timbul kesan yang tak elok pada si comel, eloklah baca perkongsian Dr Erna Nadia ini…
Kerana di dalam madu dikhuatiri ada bakteria bernama Clostridium Botulinum yang boleh menyebabkan penyakit Botulism.
Bagaimana dengan madu kelulut yang asli?
Anda pasti ianya asli?
Well, tak kira asli atau kelulut atau tidak, kesemua jenis madu boleh mengandungi bakteria ini.
Bahayakah botulism?
Bahaya kerana ianya boleh mengganggu sistem pencernaan, sistem pernafasan dan menyebabkan otot otot badan menjadi lemah.
Simptom biasanya terjadi selepas 12-36jam selepas bayi diberikan madu dan simptom tersebut boleh melarat dan memudarat sehingga 14 hari.
Apakah simptom simptom?
1. Sembelit
2. Kurang selera makan
3. Otot muka dan mulut menjadi lemah menyebabkan air liur sentiasa meleleh, bayi tidak dapat menelan makanan dan minuman dan bayi juga sukar menangis
4. Otot leher dan bahagian badan lain juga lemah menyebabkan bayi kelihatan lemah tidak bermaya sahaja
5. Bayi akan sentiasa merengek kerana lapar dan tidak selesa
6. Pucat
7. Demam
Jika tidak dikesan dan dirawat dengan betul dan cepat, ianya akan semakin teruk bila semua otot di badan bayi menjadi lemah sehingga sukar untuk membuka mata pun!
Bolehkah bayi selamat dari penyakit ini?
Insha Allah boleh jika diberi rawatan yang betul dan segera.
Kenapa bakteria ini hanya menyerang bayi di bawah setahun?
Bakteria ini biasanya ada di dalam madu.
Tapi untuk bayi di bawah setahun, badannya masih belum kuat untuk melawan bakteria ini terutamanya bayi yang lahir pramatang/tak cukup bulan.
Jangan siksa bayi anda.
Ya madu adalah makanan sunnah.
Tapi kita perlu berhati hati bila madu boleh diambil.
Sabar.
Nanti bayi anda sudah lebih dari setahun, boleh diberikan madu.
Cuma kita kena bijak membeli madu.
Ramai yang kata madu mereka adalah madu asli padahalnya sudah dicampur dengan gula yang tinggi.
Bahaya bayi dan kita yang dewasa mengambil makanan yang tinggi gula.
Madu yang memgandungi bakteria ini sukar dikesan kerana kita tidak dapat melihat dengan mata kasar dan struktur madu tidak berubah dari segi warna dan baunya.
Sudah beberapa kes botulism dikesan di Malaysia baru baru ini.
Sayangi anak kita.
Jangan gopoh gapah memberi mereka macam macam makanan kerana sistem pencernaan belum matang di bawah usia setahun.
Sabar sabar sabar.
Nanti besar, boleh makan semeja sama sama semua benda yang halal.
Hidup berumahtangga sememangnya banyak dugaan. Bagi mereka yang tidak mampu menghadapi akhirnya rumahtangga kecundang. Begitu juga yang terjadi kepada Roslan. Dalam usia 45 tahun dia tidak menyangka dirinya akan hidup sendirian tanpa Syuhada (isteri) dan anak-anak. Malah dia tidak menyangka pertemuan dengan seorang janda yang bernama Zaitun, membuatkan ikatan perkahwinan yang dibina bersama Syuhada selama 25 tahun berakhir begitu saja. Syuhada pula seorang isteri yang cukup setia dan begitu mempercayai suami kesayangannya. Namun wanita ini reda dengan kejadian yang berlaku dan menganggap jodoh bersama Roslan hanya setakat di situ. Walaupun pada awalnya Syuhada sukar menerima hakikat dan sering menangis namun hatinya cukup kental mengenangkan anak-anak.
Semuanya bermula ketika Roslan singgah di warung milik Zaitun. Sebagai seorang pemandu lori, makan dan minum Roslan sememangnya sukar Syuhada jaga. Keluar saja dari rumah dia akan menikmati hidangan tengahari dan minum petang di mana-mana gerai yang dilalui sepanjang perjalanan untuk menghantar barang. Hinggalah pada satu hari ketika menghantar barang di Kuala Pilah, Roslan berhenti seketika untuk menjamu selera di sebuah warung yang terletak di bahu jalan.
Ketika itulah dia bertemu degan Zaitun. Sememangnya pemilik kedai ini seorang yang cukup ramah apatah lagi Zaitun jua seorang yang cantik. Bak kata orang tak jemu mata memandang. Sempat juga Roslan berbual-bual dengan Zaitun sebabnya makanan tengahari yang disediakan cukup sedap terutamanya Daging Salai Cili Padi.
Keesokan harinya Roslan singgah lagi ke warung Zaitun, ternyata dia tidak jemu menikmati hidangan di situ. Ketika itu Roslan sempat menukar nombor telefonnya dengan Zaitun.
Apabila pulang ke rumah, isteri Roslan, berasa cukup hairan apabila melihat suaminya sentiasa memegang telefon bimbit. Dia tidak pernah melihat Roslan begitu ralit dengan telefon. Apabila ditegur, Roslan naik berang dan memberi amaran kepada Syuhada agar jangan sibuk dengan urusannya. Malah anak-anak mereka juga cukup hairan dengan perubahan sikap Roslan.
Melempias Nafsu Serakah
Apabila duduk di rumah Roslan tidak senang duduk. Dia sentiasa teringatkan Zaitun. Malah ketika cuti Roslan sempat bertemu dengan Zaitun. Hubungan mereka semakin hari semakin rapat. Manakala isterinyanya pula dapat menghidu kecurangan suaminya.
“Abang saya tengok awak lain macam saja sekarang ni. Keluar rumah pun pakai minyak wangi bagai. Awak dah kenapa dah buang tabiat ke? Atau awak ada perempuan lain ni?” tanya Syuhada.
Setiap pertanyaan isterinya itu tidak dibalas. Roslan hanya berdiam diri. Malah dia juga tidak seperti dulu, jangan berbual-bual dengan Syuhada.
Di dalam fikirannya hanya teringat akan Zaitun. Sehinggalah pada satu malam, Roslan membawa Zaitun keluar makan. Selesai menikmati makanan, Roslan dan Zaitun terus ke sebuah hotel murah. Mereka berdua melempiaskan nafsu serakah di hotel tersebut.
Keesokan harinya barulah Roslan pulang ke rumah. Sampai saja di rumah Syuhada bertalu-talu tanyakan soalan ke mana suaminya itu tidur. Seperti biasa Roslan hanya berdiam diri.
Segalanya terbongkar apabila Syuhada menemui resit hotel dan dia mengesyaki suaminya itu menjalin hubungan sulit dengan wanita lain.
“Baik abang jelaskan. Kita ni dah tua bang. Tak malu ke buat perangai,” tanya Syuhada.
“Apa awak ni merepak,” jawab Roslan.
“Saya, awak katakan merepek. Abang tak payah sorok lagi ni resit hotel. Abang menginap dengan perempuan tu kan. Saya tahu kemana abang pergi. Saya dan anak kita mengintai awak selama ini. Awak berkenan sangat dengan si janda Zaitun tu kan. Kalau awak angaukan dia baik abang lepaskan saya. Tak ada gunanya ada laki macam awak ni, buat maksiat,” jerit Syuhada.
Roslan yang tidak tahan dengan pertanyaan Syuhada terus menampar muka isterinya itu. Lantas Roslan juga melafazkan talak satu.
Syuhada berasa cukup sedih dengan apa yang berlaku. Walaupun diceraikan namun Syuhada tidak mahu berganjak dari rumah tersebut dan meminta Roslan keluar tinggal di tempat lain. Roslan bersetuju dengan cadangan Syuhada dan dia terus melangkah keluar untuk mencari kebahagiaan dengan wanita yang dicintainya.
Kekasih Bersama Jantan Lain
Roslan terus ke rumah Zaitun. Namun dia berasa cukup terkejut apabila mendapati ada seorang lelaki membuka pintu rumah kekasih hatinya itu. Lelaki tersebut yang sama usia dengan Roslan memanggil Zaitun yang berada di dalam bilik.
“Ya sayang tunggulah nak pakai baju ni,” kata Zaitun. Apabila melihat ke luar alangkah terkejutnya Zaitun melihat kelibat Roslan.
“Ini rupanya kelakuan kau ya, aku ingatkan kau setia. Sehingga aku sanggup ceraikan isteriku. Rupa-rupanya kau perempuan sundal. Tergamak kau lakukan sebegini pada aku,” jerit Roslan.
Sejak kejadian itu, Roslan tidak ada arah tujuan hidup. Dia mahu pulang ke pengakuan isterinya namun dia risau tidak diterima. Malah Roslan juga malu pada yang Esa keraan sanggup melakukan dosa besar. Segalanya sudah berakhir namun Roslan akur dengan takdir yang menimpa dirinya.
Kini dia memberi fokus kepada pekerjaan dan sering ke surau. Dia tidak mahu lagi menjadi manusia lalai dan melakukan dosa. Dia bertekad mahu berubah dan akan pulang ke rumah ke pangkuan Syuhada dan anak-anak. Cuma dia mahu memberi masa kepada Syuhada agar dapat menerima dirinya semula.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
“Saya Cuba, Bertahan, Usaha Tapi Gagal. Tiada Lagi Kita” itulah yang diluahkan oleh Aprena Manrose tentang rumah tangganya yang dikatakan sudah berantakan.Pelakon cantik, Aprena...