solat dengan anak kecil

Ragam anak kecil yang masih bayi ini pelbagai. Ada yang mudah dijaga, ada yang terlalu’bergantung’ pada maknya. Pantang ditinggalkan sekejap, mulalah menangis sekuat hati.Nak dirikan solat pun hati tak tenang,apatah lagi dan berjemaah dengan suami.Biasanya kena tunggu anak tidur baru boleh sembahyang atau kena solat secara bergilir. Jika hanya berdua dengan bayi, selalunya akan solat lewat, kadangkala dihujung waktu.

Mungkin ada yang tidak tahu, sebenarnya boleh mendirikan solat sambil mendukung bayi. Tapi ada syarat-syaratnya yang perlu dipatuhi.

Jemput baca perkongsian oleh suami isteri ini cara solat dengan anak kecil sebagai panduan;

Selalu ibu-ibu bila ada anak kecil, tak seronok terasa peluang ibadah semakin sempit. Selalu rindu nak solat berjemaah dengan kawan-kawan.

Jadi, suami cadangkan untuk kami berkongsi cara untuk solat dengan anak kecil. Mungkin ada masa anak meragam tak mahu duduk, ibu pula dah makin singkat waktu untuk solat. Daripada luput waktu solat, boleh sahaja solat dengan anak kecil.

1. Ibu ayah boleh salin pampers anak sebelum solat. Kalau memang pampers anak berat dengan air kencing atau berak, basuh dahulu. Bagi anak selesa.

2. Ibu biasanya dapat agak masa untuk salin pampers anak, jadi boleh sedia untuk tukarkan pampers anak sebelum solat.

Permasalahan dukung anak pakai pampers ;

1. Berhubung dengan najis
متصل بالنجاسة

2. Menanggung najis
حامل النجاسة

Dua perkara ini berbeza :

Contoh berhubung dengan najis ialah tahi cicak pada pakaian kita semasa solat.

Contoh menanggung najis ialah kita solat atas karpet masjid, ada najis pada hujung saf.

1. Najis pada pakaian
2. Najis pada karpet.

Apa hukum kedua-dua situasi tersebut?

1. Sah kedua-dua solat?
2. Tidak sah kedua-dua solat?
3. Salah satu sah?

Solat tidak sah sekiranya najis pada pakaian kita semasa solat, tetapi solat sah sekiranya tahi cicak hujung karpet tempat solat.

Sama juga seperti dukung bayi BELUM BERSUNAT dan PAKAI PAMPERS, kita tidak menempel najis pada tubuh kita.

Ia juga terpakai kepada mana-mana sahabat yang berniat bawa anak menunaikan umrah, sama kondisi seperti persoalan solat.

Kalau kita mencari sebab tak boleh, memang selamanya kita akan cakap tak boleh. Dalam Islam, sentiasa ada solusi untuk setiap tribulasi.

Isteri, suka sangat bila suami tawarkan diri untuk jadi imam dan solat berjemaah.

Selepas suami solat berjemaah di surau/masjid, boleh balik rumah solat sunat 2 rakaat sambil isteri jadi makmum untuk solat fardhu. Jadi, isteri boleh solat berjemaah dengan suami.

Saya kongsikan video bagaimana untuk solat dengan bayi kepada para bapa supaya selepas ini boleh sama-sama berjemaah dengan isteri dan anak-anak.

NOTA TAMBAHAN :

Ibubapa mestilah memastikan dada sentiasa mengadap ke arah kiblat.

Semoga bermanfaat untuk semua ibu ayah yang berusaha biasakan anak-anak dengan rutin solat.

Wahai Tuhanku,
Jadikanlah aku dan zuriat keturunanku dari kalangan orang yang mendirikan solat, dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang soleh.

Ummu Amir & Abu Amir Saif Azuran,
Sebarkan kasih sayang.

#SolatDenganBayi

Video contoh solat sambil mendukung bayi untuk bapa.

Video contoh solat sambil mendukung bayi untuk bapa.

Posted by Insyirah Soleha on Thursday, 31 January 2019

Contoh solat sambil mendukung bayi untuk bapa semasa takbir.

Contoh solat sambil mendukung bayi untuk bapa semasa berdiri.

Contoh solat sambil mendukung bayi untuk bapa semasa rukuk.

Contoh solat sambil mendukung bayi untuk bapa sebelum sujud.

Contoh solat sambil mendukung bayi untuk bapa semasa sujud.

Contoh solat sambil mendukung bayi untuk bapa semasa angkat anak nak bangun i’tidal.

Contoh solat sambil mendukung bayi untuk bapa semasa tahiyat.

Contoh solat sambil mendukung bayi untuk ibu semasa rukuk.

Contoh solat sambil mendukung bayi untuk ibu semasa sujud.

Contoh solat sambil mendukung bayi untuk ibu semasa tahiyat.

MW:Semoga perkongsian ini bermanfaat menjadi panduan mak ayah, jika ingin mendirikan solat bersama bayi.

Sumber: Insyirah Soleha