Terdapat Pelbagai Teknik Perancangan Keluarga yang ada di pasaran, baik secara makan pil, IUCD, merancang semula jadi dan sebagainya. Setiap teknik ada kelebihan yang tersendiri. Namun demikian antara teknik yang sangat efektif dan mudah jika mak-mak ingin merancang anak boleh mempertimbangkan pemasangan implan ini.

Untuk faham lebih lanjut mengenai teknik ini, boleh baca perkongsian daripada Dr Muhammad Izzat ini.

IMPLAN

Sejenis plastik kecil, bersaiz straw atau sebesar batang mancis, dimasukkan pada bawah kulit pada lengan.

Implan mengeluarkan hormon dinamakan etonogestrel ( sejenis progesterone ). Hormon ini menjadikan seseorang wanita tu tak subur dgn berhentikan ovulasi, mengubah kepekatan lendiran pada pangkal rahim dan menipiskan dinding rahim. Pendek kata perubahan pada wanita ni menyebabkan persenyawaan susah berlaku. Implan tak ganggu hubungan seks.

Sangatlah efektif sebagai teknik perancangan keluarga. Dalam 100 wanita yang guna teknik implan ni, kurang daripada 1 akan mengandung dalam tempoh setahun menggunakan implan ni. Sangat berkesan.

Bertahan 3 Tahun

Implan boleh digunakan selama 3 tahun sahaja, sebab hormon tu keluar perlahan-lahan untuk 3 tahun. Lepas 3 tahun takda hormon yang keluar. Kena ganti yang baru, kalau masih belum ada rancangan untuk mengandung lagi. Implan ni boleh dibuang bebila masa kalau tetiba nak anak lagi, atau rasa nak tukar cara lain.

Dr yang bertauliah dan biasa masukkan implan sahaja yang boleh masukkan implan dekat bawah kulit ni, orang lain tak boleh. Dr bagi bius dulu sebelum masuk. Masukkan implan sekejap je, dalam beberapa minit. Nak buang implan pun bagi bius.

Kesesuaian Bergantung Wanita

Sesuai ke tak bergantung kepada keadaan wanita. Dr perlu menilai dulu tengok sesuai ke tak

Kebaikan Implan :

1) Efektif

Sangat efektif, dan bagus untuk jangka masa panjang ( 3 tahun ). Takpayah pening-pening kena telan pil perancang hari-hari ataupun datang mai cucuk Depo 3 bulan sekali.

2) Reversible

Maksudnya bebila nak remove/buang takda masalah. Contohnya kalau nak mengandung lagi, buang sahaja. Atau sesorang wanita tu nak try cara lain.

IKLAN

3) Tak Perlu Ingat Tarikh

Tak perlu ingat banyak tarikh – akan ada kad special ataupun biasanya kita akan maklumkan tarikh untuk remove implan tu bila dah cukup 3 tahun. Tu saja.

4) Tak Perlu Tunggu

Tak perlu tunggu – bebila masa boleh masukkan implan. Lepas beranak pun boleh terus masuk.

5) Sesuai Ibu Menyusu

Sesuai untuk ibu menyusu badan – implan tak kacau penghasilan susu. Selamat untuk ibu yg menyusukan badan

6) Tiada Estrogen

Wanita yang takboleh guna perancang yang ada hormon estrogen, maka sesuai la pakai implan.

7) Tak Perlu Follow Up

Tak perlu follow up. Tapi kalau bebila masa nak datang jumpa Dr, nak tukar cara perancangan keluarga bole je datang.

Masalah biasa dengan implan :

1) Corak Period Berubah

Corak period akan berubah sikit. Ni biasa. Ada yang cakap period lagi banyak, period kurang atau takda langsung. Ada yang datang period, tapi period panjang harinya, atau hari period makin pendek. 1 dalam 5 wanita akan stop period ( langsung takda period ) dan dalam masa yang sama 1 dalam 5 wanita ada period yang kerap dan lagi lama. Lain orang lain respon.

IKLAN

2) Kesan Sampingan

Loya, pening, perut tak selesa, buah dada rasa bengkak dan sakit

3)  Masukkan & Buang Implan

Nak masukkan dan buang implan tu kadang-kadang susah sikit. Ada yang takboleh insert langsung. Tengok keadaan. Lepas masukkan implan, Dr akan picit pada bahagian lengan, tempat masuk implan tu untuk rasa ada tak rod plastik kat situ

Sakit tak masuk implan ?

Sakit sikit, kekadang ada pendarahan sikit dan lebam pada tempat masuk implan. Letak ais dan ameklah ubat tahan sakit, akan kurangkan sakit tu. Sekejap je, tak lama.

Implan Hilang – bukan hilang sebenarnya, implan ni bila dimasukkan terlalu dalam atau salah cara masukkan boleh sebabkan implan tak dirasa di bawah kulit. Kalau jadi camni, Dr akan buat Xray lengan untuk tengok mana sebenarnya implan tu pegi. Implan yang latest boleh nampak pada xray. Kalau implan yang terdahulu, kalau tak rasa, Dr akan cari guna bantuan ultrasound, kalau tak jumpa gak, kita buat ujian darah.

Kalau dah buang implan, wanita tu serta merta akan jadi subur. So kalau bercadang nak tukar cara lain, kena cepat-cepat bertukar sebab boleh mengandung kalau lepas buang implan.

IKLAN

Biasa nasihat saya pada pesakit yang pakai implan :

1) Segera jumpa Dr kalau tak boleh rasa implan bawah kulit tu, atau implan tetiba dirasakan berubah bentuk

2) Kalau tempat implan masuk tu sakit, merah tetiba sila jumpa Dr

3) Tetiba mengandung walaupun dengan implan

4) Wanita ada keadaan yang mana tidak sesuai untuk pakai cara hormon sebagai teknik perancangan keluarga

Wanita yang ada masalah period yang teruk ketika pakai implan, boleh dimulakan pil perancang kehamilan secara berkala selama 3 bulan. Ni hanya dimulakan lepas jumpa Dr.

Baca Lagi Di Sini:
“Merancang Dan Menghad Bilangan Anak, Itu Sebenarnya Hak Isteri!”
8 Tanda Wanita Sedang Subur, Penting Untuk Rancang Kehamilan Mahupun Jarakkan Anak

MW:Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi buat mak-mak yang sedang merancang anak dan keluarga, boleh mempertimbangkan kaedah perancangan menggunakan implan ini. Lebih mudah dan efektif.

Sumber: Dr Muhammad Izzat

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI