Biskut Roti Rangup Makan Payah Nak Berhenti, Guna Air Fryer Je!

Share

Sedapnya makan biskut roti rangup cicah dengan kopi o atau teh o.Pulak tu makan kudap-kudap ni masa musim hujan, sejuk-sejuk.Nikmat tak terkata.’Bahayanya’ bila dah mula makan memang payah nak berhenti.

Sebenarnya mak-mak boleh buat sendiri je di rumah. Sangat senang dan mudah nak buat, bahan-bahan pun tak banyak apa yang sedia ada di dapur je. Bakar guna guna air fryer, kalau takde pakai oven pun boleh.

Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Jauharatuddini Taib
ini sebagai panduan;

“Kudap-kudap ringkas tapi apabila makan payah nak stop.Budak pun suka makan selain mak dan pak budak.Dekat bawah ada cara cara ibu dini share di setiap gambar”

BISKUT ROTI RANGGUP

Bahan-Bahan:

Roti
Buttercup
Marjerin
Gula Pasir

Cara Membuat:

1.Potong roti gardenia kepada empat bahagian.

2.Sapu buttercup, nak guna marjerin pun boleh terpulang ikut citarasa ye.

3.Dah sapu dengan butter cup.

4.Tabur sedikit gula pasir. Ni masing masing yang dah siap dan bersedia untuk dibakar.

5.Senang buat banyak banyak sambil buat kerja lain bakar jee sesambil menunggu turn.

6.Ibu dini guna air fryer je.Nak guna oven pun boleh.Set time 10 minit dulu..kalau belum garing tambah time sikit lagi..agak-agak lah ye. Tengok pada warna roti tu nanti.

8.Ni rupe yang dah siap bakar.

9.Satu buku roti gardenia panjang dapat banyak ni.Boleh lah kudap-kudap masa hujan ni minum dengan air kopi o.

Info Ekstra!

  • Suhu sis dini pakai 180. Masa kena agak jangan lama sangat.
  • 5 minit tengok roti dah garing ke belum, kalau belum tambah sikit time.

Selamat mencuba, fresh dari oven.Sedappp!

MW: Semoga bermanfaat. Mak-mak bolehlah cuba buat sendiri biskut roti rangup di rumah. Anak-anak dan keluarga mesti suka.

Sumber: Jauharatuddini Taib

IKLAN