Biskut Cornflakes Susu Mudah, Tak Perlu Bakar!

Share

Raya dah nak dekat ni, mak-mak pastinya sedang tercari-cari resipi mudah nak buat kuih dan biskut raya. Bukan apa, bila buat sendiri lebih menjimatkan berbanding beli.Satu perkara yang jadi halangan bila nak bakar biskut/kuih raya ni bila takde oven di rumah.

Namun tak perlu risau, mengikut perkongsian resipi yang dikongsikan oleh Puan Siti Nailah AlFarafisha Roslan

ini, mak-mak boleh buat biskut raya tak perlu bakar pun, malah rasanya lebih sedap!

Boleh cuba resipi Cornflakes Susu mudah ini;

“Biskut cornflakes susu, tak perlu bakar.Resepi dari Putra Mawar Danisha.Ni resepinya kalau nak rasa biskut yang tak perlu bakar,sedap sangat.”

Bahan-Bahan:

4 cawan tepung gandum digoreng/disangai
1 cawan minyak sapi+ 1sudu besar lagi
1 cawan gula kastor
2 cawan cornflakes (diramas)
Susu tepung untuk salut

Cara Membuat:

1.Goreng tepung sampai ringan, dalam 5 minit.

2.Sebelum tu panaskan dan cairkan minyak sapi.

3.Tepung tu tak perlu sejukkan dulu, terus masukkan gula kastor.

4.Kemudian masukkan pula cornflake yang telah diramas dan kacau rata.

5.Masukkan pula minyak sapi dalam adunan tepung tadi.

6.Kacau rata sehingga jadi begini dan uli sampai jadi doh.

7.Bulat-bulatkan ia.

8.Kemudian salut dengan susu tepung dan letak dalam paper cup.

Siap! Selamat mencuba!

Info Ekstra!

  • Minyak sapi tu tunggu suam-suam sikit dalam 5 minit baru tuang.
  • Sukatan ini boleh dapat dalam anggaran 2 balang kecil.Malah rasanya lebih sedap daripada biskut yang dibakar.

MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat! Sangat senang nak buat, bahan-bahan pun tak banyak. Paling penting, biskut ni sesuai untuk mak-mak yang takde oven dekat rumah, sebab tak perlu dibakar!

Sumber: Siti Nailah AlFarafisha Roslan

IKLAN