Membina Kehidupan Selepas Kehilangan adalah topik yang dibincangkan dalam Mingguan Wanita Talkshow yang bersiaran pada pagi tadi di Astro Prima 105 dan Prima HD 121 pada jam 11.00 hingga 12.00 tengah hari.

Hos, Siti Elizad yang bergandingan dengan Dato’Dr Fadzilah Kamsah bersama tetamu jemputan Iqbar Hakim, (anak) dan Ahmad Shah Rizal Ibrahim (suami) kepada pengasas D’Nars Cosmetics, arwah Faziani Rohban Ahmad yang kemalangan Ramadan lalu. Sementara itu, Khir Rahman, kehilangan ayahnya baru-baru ini. Masing-masing berkongsi rasa setelah kehilangan orang yang disayangi.

Antara fakta menarik sepanjang perkongsian ini adalah:

1. Iqbar Hakim
Rindu yang datang, saat dia berada dalam kereta. Tika itu, dia akan sedekahkan al Fatihah
dan mendengar lagu kegemaran mereka. Satu pesanan yang selalu arwah mamanya pesan adalah menjaga hubungan adik beradik, jangan pentingkan harta tetapi pentingkan kasih sayang kekeluargaan dan hormati orang lain.

2. Ahmad Shah Rizal Ibrahim
Merindu pada si perindu adalah kemanisan yang dikongsi selama ini. Malah, yang memisahkan antara mereka adalah batasan tanah. Apa pun, perkara yang paling dirindui oleh Ahmad Shah adalah leteran oleh arwah, seolah-olah seperti dia masih ada.

IKLAN

Membina Kehidupan Selepas Kehilangan, Jadilah Orang Baru…
3. Khir Rahman
Selaku anak sulung, dia perlu tenang kerana segala urusan terletak di bahunya. Malah, Khir sendiri langsung tidak memberi ruang layan perasaan sedih itu. kekuatan yang ada dalam dirinya adalah ingat pesan arwah abahnya. Ingat arwah abah umpama ingat nasihat yang abah berikan. Jaga agama, maruah dan adab.

Membina Kehidupan Selepas Kehilangan, Jadilah Orang Baru…

Pesanan oleh Datuk Dr Fadzilah Kamsah:
* Jangan patah semangat.
* Jadilah orang baru.
* Tiap-tiap malam lakukan solat taubat, istigfar sebanyak 100 kali dan maafkan semua orang.

IKLAN

Kehilangan orang yang disayangi bukanlah pengakhiran untuk kita sentiasa bersedih dan
murung. Sebenarnya, segala yang berlaku itu Allah telah susun dengan baik dan cantik.
Tentunya Allah akan duga pada mereka yang mampu menanggungnya.

Bagi yang ketinggalan dan mahu menonton siaran penuh rancangan ini, jangan lupa saksikan siaran ulangannya jam 5.00 petang ini pada hari dan saluran yang sama.

#mingguanwanitatalkshow

IKLAN

#mingguanwanita

#temansetiapwanita

#AstroPrima105

#AstroPrimahd121

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI