Bimbang dan takut andai diri tidak bangun semula dari tidur keesokan hari, Neelofa telah menjadikan habit atau rutin dalam mengamalkan 4 perkara sebelum melelapkan mata.
Melalui perkongsian Neelofa di Instagram @kasihneelofa, selebriti, pengacara dan usahawan berjaya ini, terdapat empat perkara yang dilakukan sebelum tidur.
Tulisnya, di dalam akaun Instagramnya,
“Empat perkara penting ini boleh kita lakukan mulai hari ini. Jadikan habit dan sebagai rutin.
“Andai diberi kesempatan bangun semula pagi esoknya, maka kita bersyukur.
“Andai dah tak bangun, sekurang-kurangnya kita sudah langsaikan segala sebelumnya.
Berikut adalah 4 perkara yang akan dibuat oleh Neelofa sebelum tidur:
1-Selesaikan yang wajib (solat isyak).
Ads
2-Selesaikan semua konflik dengan manusia lain. Kalau tak boleh selesai, maafkan.
3-Ambil masa bercakap dengan Allah. Duduk seorang diri dan cakap apa yang kita lalui, Apa kita jumpa hari itu dan apa kita harapkan kebaikannya. Hanya bercakap sahaja. Contoh: “ Ya Allah, hari ini aku berjumpa dengan seorang ini Ya Allah, baiknya dia, banyak dapat belajar daripadanya, lindungi dia Ya Allah.”
4-Selesaikan semua urusan besar. Tulislah pesanan atau wasiat bimbang-bimbang kita dah tak bangun esok hari.
Anggota kumpulan De Fam, Nurshazwani Shamsuddin, 31 atau lebih dikenali dengan nama pentas Cik Manggis, beberapa bulan lalu telah melakukan penghijrahan dan tampil dengan imej bertudung.
Wanita ini akui semakin selesa dengan apa yang dilalui kini. Walaupun tampil berhijab namun dia masih lagi aktif dalam kerjaya seninya seperti biasa, malah dalam masa sama memperoleh banyak peluang untuk mencuba perkara baharu.
Selebriti yang versatile dan berbakat dalam bidang nyanyian, lakonan dan tarian ini turut menyatakan penghijrahan dan imej bertudung tidak menggangu kerjaya seninya.
“Selepas bertudung, kerjaya seni berjalan seperti biasa dan saya tidak melihat perubahan imej itu mengganggu kerjaya seni saya.
“Saya dan De Fam masih lagi dengan aktiviti kami, cuma dari segi persembahan pentas mungkin ia tidak serancak dulu kerana keadaan semasa sekarang di mana kita semua sedang berdepan dengan pandemik Covid-19.
“Saya sekarang banyak bekerja dari rumah dan terikat dengan pelbagai komitmen bersama beberapa jenama untuk menjayakan kempen mereka di media sosial.
“Alhamdulillah rezeki semakin murah dan ia datang dalam pelbagai cara. Banyak benda dan peluang baharu yang saya dapat, sekali gus memberi pengalaman berbeza dalam kerjaya dan hidup saya sendiri,” ungkapnya seperti mana yang dipetik menerusi SinarPlus.
Tampil dengan imej bertudung wanita ini juga akui bukanlah satu halangan untuk dia bergaya seperti biasa.
“Selain mengenakan tudung, saya tak rasa banyak beza pun dengan penampilan sebelum ini kerana saya sejak dulu memang gemarkan pakaian yang longgar dan besar.
“Jujurnya kebanyakan pakaian dalam almari saya masih lagi boleh dipakai dan sesuai untuk digayakan dengan tudung.
“Jadi tiada rasa kekok atau terlalu mencuba nak menyesuaikan diri dan sebagainya. Semuanya dipermudahkan buat saya,” akuinya.
Manggis juga meneruskan minatnya dalam bidang tarian seperti biasa dan tidak pernah melihat imej terbaharunya itu sebagai satu kekangan.
“Sebelum ini mungkin ada yang fikir dah pakai tudung, tak boleh nak menari lagi. Tapi sebenarnya tiada masalah pun, cuma kenalah pandai sesuaikan diri dengan keadaan.
“Pertama kali berkongsi video menari dengan mengenakan tudung di Instagram, saya fikir ramai yang akan kecam. Tapi sebaliknya berlaku apabila hampir kesemua komen yang diterima adalah positif.
“Sebenarnya selepas bertudung, saya ada stail penampilan sendiri ketika menari iaitu dengan memakai topi bersama shawl labuh yang dijatuhkan di bahagian depan dan mengenakan pakaian longgar.
“Pendekatan sama saya terapkan kepada pelajar di kelas tarian sebelum ini, kalau kita mengenakan pakaian yang longgar, sebenarnya lebih mudah untuk melakukan gerakan-gerakan cantik dalam tarian dan ramai yang bersetuju dengan saya,” akhiri Manggis.
Penyanyi dan pelakon yang cukup ayu dan sopan, Amira Othman kini ditahan di hospital sejak beberapa hari lalu selepas berdepan komplikasi akibat melakukan aktiviti kecergasan secara berlebihan.
Dek kerana itu juga Amira berpesan kepada diri dan juga pengikut menerusi laman akaun Instagramnya agar jangan buat sesuatu melebihi kemampuan diri.
Amira Pesan Hargailah Nikmat Kesihatan
“Antara nikmat paling besar Allah bagi dalam hidup ini adalah nikmat kesihatan. Semoga kita selalu menghargai apa yang Allah beri. Anyway ingat jangan buat apa melebih-lebih kena tahu kemampuan diri ok? Stay safe semua,” begitulah yang ditulis oleh Amira.
Difahamkan isu kesihatan Amira mula muncul selepas penyanyi yang popular dengan lagu Hati-Hati itu mengikuti senaman berbasikal indoor.
Amira juga menerangkan minggu lalu dia mengikuti latihan kecergasan berbasikal secara indoor.
“Biasanya selepas bersenam atau melakukan aktiviti kecergasan badan akan sakit-sakit . Tapi kali ini sakitnya berbeza dan tak menunjukkan tanda-tanda akan berkurangan. Masuk hari ketiga, peha saya membengkak.
Air Kencing Tukar Jadi Warna Hitam
“Apabila terapi pun tak menjadi, rasa sakit itu pun tak hilang. Nak dijadikan cerita, sewaktu saya membuang air kecil, airnya menjadi warna hitam.
“Apabila saya bercerita dengan ibu bapa, mereka menasihatkan saya supaya membuat pemeriksaan di hospital memandangkan itu menunjukkan tanda-tanda sakit yang berkaitan dengan buah pinggang dan hati.
“Apabila saya rujuk ke hospital, doktor maklumkan komplikasi yang berlaku adalah disebabkan aktiviti kecergasan yang berlebihan,” ujarnya.
Amira Bernasib Baik
Menerusi perkongsiannya di entri Instagram juga Amira menerangkan otot pada badannya pecah dan berdarah hingga mengganggu fungsi organ dalam badan termasuk buah pinggang dan limpa.
“Kenapa boleh kena buah pinggang dan limpa? Sebab over workout tu otot pecah dan berdarah.
“Jadi, darah itu lalu organ-organ dalam badan ni, dia kacau buah pinggang dan limpa, itulah yang buang air kecil warna hitam.
“Alhamdullillah saya bernasib baik sebab buah pinggang ok. Sekarang doktor tengah pantau limpa,” kongsinya.
Hingga hari ini Amira masih dirawat di sebuah pusat perubatan. Apa yang terjadi menjadi pengajaran yang cukup bermakna dalam dirinya.
“Selama ini, saya tak sangka senaman berlebihan boleh membawa kepada kemudaratan. Doktor maklumkan, bersenam tak menjadi masalah, tapi kita perlu tahu had memandangkan ia bergantung kepada tubuh seseorang.
“Saya jadikan ini sebagai pengajaran buat diri saya dan keluarga. Sakitnya tak dapat saya gambarkan dengan kata-kata,” sambungnya.
Sumber: Harian Metro Sumber Foto: Instagram Amira Othman
Lumrah bagi wanita setiap kali mengandung pastinya ada perasaan teringinkan atau mengidam sesuatu perkara.Jika sebelum ni biasa-biasa sahaja atau tidak suka, namun bila hamil lain pula ceritanya.
Bagi pelakon dan selebriti Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid atau lebih dikenali Mawar Rashid,25, hamil anak perempuan kali ini sedikit berbeza dengan kelahiran anak pertama Raden Muhammad Rafael,1. Mawar mengakui mengidam barang kemas dan pakai lengkap dari kepala sampai ke kaki walaupun hanya duduk rumah. Malah sukakan bunga-bungaan dan bauan wangi.
“Mengidam nak pakai EMAS.Dari sebelum dapat tahu pregnant, even kat rumah, head to toe pakai barang kemas emas.
“Ni beberapa hari sebelum give birth ni, cepat-cepat lari kedai emas untuk belikan emas untuk my baby girl, and mommy dia.heheheh.. lebih kepada mommy dia sebenarnya.”
“Pregnant kali ni, suka betul dengan emas, bunga dan wangian”, ujar Mawar.
Malah lebih istimewa, sebelum mengetahui hamil dan bakal melahirkan anak perempuan, Mawar seolah-olah dapat merasakan perubahan dan aura yang dialami apabila lebih berperwatakkan kewanitaaan serta menggemari bunga-bungaan serta bau wangian. Ternyata telahan dan andaian tersebut adalah benar.
“Dari sebelum mommy sedari hadirnya nyawamu dalam perut mommy, perwatakkan mommy bertukar menjadi lebih kewanitaan.Perasaan ingin dekati Emas-emas, bunga-bunga dan bau wangian”
“Mungkin ini adalah naluri mu sayang ku. Mommy dapat rasakan auramu sebelum mommy tahu kehadiranmu.”
“Dan berbulan selepas itu memang betul seorang Raden Seri yang Allah S.W.T berikan kepada mommy & papa.Semoga kita sama-sama dilindungi Allah S.W.T sepanjang kehidupan kita sayang.”
“Jadilah hamba yang mencintai dan dicintai Allah S.W.T.. Sentiasa mencari keredhaan Allah S.W.T.Wanita solehah yang beriman.Mommy loves you, counting days”
Bukan itu sahaja, sarat mengandung dan sedang menanti kelahiran cahayamata kedua kurang daripada sebulan, Mawar juga mengamalkan memanjakan diri sendiri agar lebih bersemangat apabila kelihatan cantik, sekaligus dapat membahagiakan diri serta persediaan mendapat baby baru. Antaranya Mawar melakukan rawatan rambut, kuku,urutan badan dan sebagainya.
“Serious tak percaya kurang dari sebulan Mawar akan lahirkan baby.Cepat betul masa berlalu”
“So macam biasa, sebelum Mawar lahirkan baby, Mawar akan pampered myself betul-betul because bila Mawar cantik-cantik, Mawar happy and jadi lebih bersemangat dan happy nak jumpe my baby. Seolah-olah macam nak menyambut my baby birthday gitu. Hehe.. ye lah sekali seumur hidup untuk Raden Seriku. So I really want to appreciate moment-momen yang diberikan peluang dari Allah S.W.T ni.”
“So yeah! My nails dah buff kilat-kilat macam air dekat kuku gitu, loveee sangat.Mawar buat hair treatment jugak.”
“And harini nak buat maternity massage & mandi bunga (I just love my smell after I mandi bunga!)”
“And kejap lagi nak gi gelang Emas to Raden Seri ku.(mengidam nau kat emas sejak pregnant Raden Seri ni).Doakan Mawar & baby selamat.. dan semua dipermudahkan” ujar Mawar.
Terdahulu, Mawar Rashid berkahwin dengan Raden Ahmad Faizal Yaakob pada 9 November 2017 dan mempunyai anak tiri iaitu Raden Seri Raysaa Chanela dan Raden Ahmad Rayyan.
MW: Jika berkemampuan, tiada salahnya pun mengidam barang kemas dan pakai emas. Tak rugi pun malah boleh dijadikan pelaburan nanti.Selamat bersalin buat Mawar, semoga segala urusan kelahiran dipermudahkan hendaknya. Selamat berpantang!
Antara barangan yang terlibat ialah produk mandian dan penjagaan diri, termasuk satu unit Carrie Junior Hair and Body Wash, dua unit Selsun Shampoo 2-in-1, satu unit Lifebuoy Body Wash serta sehelai singlet jenama Byford.