Ads

Selera Pantai Timur, Sekarang Di Mana-Mana Pun Boleh Dinikmati

Tarikan Selera Pantai Timur

Bila menyebut selera pantai timur, terbayang akan keenakan dan kelazatan pelbagai kuih muih dan juadah asli daripada tiga negeri di Pantai Timur Semenanjung Malaysia iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Nasi dagang, akok, nasi kerabu, nasi berlauk, ikan patin masak tempoyak, puding raja dan sebagainya, sudah cukup menggambarkan tentang keenakan makanan asli yang menjadi signature tiap negeri tersebut.

Tak Perlu Pergi Jauh-jauh

Jika dahulu, kalau teringin menikmati makanan itu, perlulah ke sana. Payah juga, sebab jaraknya yang jauh terutama Kelantan.

Tapi kini tak perlu bersusah payah lagi. Zaman semakin canggih, ada makanan khas pantai timur seperti dari Kelantan yang ‘diterbangkan’ khas menerusi kapal terbang atau jalan darat. Malah, ada yang telah membuka cawangan di negeri lain seperti di Lembah Klang, demi memenuhi permintaan pelanggan.

Mingguan Wanita Talkshow telah memilih untuk membincangkan tentang topik Tarikan Selera Pantai Timur ini, dengan beberapa orang tetamu yang diundang khas ke studio.

Tarikan Selera Pantai Timur

Ads

Gulai Daging Darat

Pelawak dan pelakon yang berasal daripada Kelantan iaitu Issey dan Noor Nabila, kakak kepada usahawan dan artis cantik, Neelofa, turut dijemput untuk berkongsi tentang masakan Kelantan. Malah Noor Nabila turut sudi memasak Gulai Darat Daging yang popular di Kelantan.

Antara ramuan ‘rahsia’ untuk masakan tersebut ialah daun kesum yang memberikan aroma yang berbeza, selain ketumbar dan lada hitam.

Noor Nabila mengakui, dirinya suka memasak pelbagai masakan terutama lauk pauk. Bahkan, dia sering berkongsi mengenai masakan di IG miliknya.

Ads

Ikuti kupasan lanjut dalam siaran ulangan pada jam 8 malam ini bersama hos Siti Elizad dan Radin.

#mingguanWanitaTV

#mingguanWanitaTalkShow

Anda mungkin berminat dengan

Ads

#MingguanWanita

#TemanSetiapWanita

#AstroPrima105

#PrimaHD121

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Lain

Tragedi Kebakaran

Tragedi Kebakaran Dua Beranak, Ibu Terkilan Tak Sempat Jawab Panggilan Video...

Luluh hati seorang ibu apabila anaknya terlibat dengan tragedi kebakaran di Kampung Tok Jembal, lagi menyedihkan dia langsuang tidak menyangka panggilan video yang diterima petang semalam merupakan panggilan terakhir daripada anak lelakinya.