Percayalah… rezeki tak disangka itu adalah nikmat dari Ilahi buat seseorang yang sudah ikhlas memberi. Betapa besarnya nikmat sedekah asalkan kita benar-benar ikhlas. Pengalaman yang pernah saya alami dulu mungkin ramai yang pernah lalui situasi yang sama.
Sepanjang bulan Syawal, rumah terbuka diadakan di sana sini. Macam berlumba-lumba pula. Bagi yang manpu memang akan buat dengan ‘grand’. Pasang kanopi tiga empat buah. Hidangan pula usah cakap. Sebut saja, semua ada. Termasuk kambing golek yang pasti jadi tumpuan ramai.
Itu bagi yang mampu. Bagaimana yang bajet ala-ala cukup makan. Yang terpaksa ikat perut sementara tunggu gaji seterusnya.
Ads
Nak buat rumah terbuka memang jauh sekali. Tapi kalau ada kawan-kawan dan saudara mara nak datang ke rumah macam mana? Takkan nak tolak. Pernah satu ketika saya dan suami memang tengah ‘ketat bajet’. Ada kawan call nak datang beraya. Termenung fikir apa nak buat. Takkan nak bagi makan kuih raya dan kopi O saja kan? Yang nak datang bukan satu keluarga, bahkan tiga empat keluarga.
Ads
Tapi Allah Maha Mendengar. Dalam kami pening fikir soal bajet, tiba-tiba kami dapat rezeki bila suami dapat payment yang tertunggak. Legaaa! Dapatlah kami merancang menu yang lebih meriah untuk tetamu-tetamu nanti.
Ads
Malah pada hari kejadian, meja makan meriah dengan pelbagai juadah apabila tanpa diduga rakan-rakan juga bawa juadah untuk dikongsi bersama.
Jadi, jangan pandang rendah pada tetamu yang nak datang bertandang ke rumah kita. Mereka datang bawa rezeki.
Lagi satu, bila memasak untuk tetamu ketahui kesukaan mereka atau apa yang mereka tak makan. Kalau mereka tak makan kambing janganlah hidangkan kari kambing. Atau sekurangnya sediakan hidangan lain juga sebagai pilihan. Ingat, Kita nak meraikan tetamu. Jadi janganlah masak ikut selera kita saja. Pedas melantun sedangkan tetamu itu tak makan pedas langsung!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Mesin basuh boleh dikatakan satu keperluan barangan rumah yang mesti ada untuk memudahkan kerja pencucian. Bila mesin basuh bermasalah, mulalah panik, apatah lagi, paparan digitalnya menunjukkan ‘error code’ tertentu yang tidak difahami.Terus terfikir nak hantar baiki di kedai.Padahal masalah yang dihadapi mungkin mudah je, boleh setting dan baiki sendiri. Jimat kos berbanding hantar baiki atau beli mesin basuh baru.
C0- OVERLOUD ERROR
C1- INLET VALVE ERROR
C2- DRAINING IS NOT COMPLETE
C4- VIBRATE SWITCH
C8- CAN NOT LOCK THE LID
C9- LOCK
C3- DOOR LOCK (MAGANET SWITCH)
F1- WATER LEVEL SENSOR
F9- REVOUTION ABNORMAL (R.P.M)
FD- MOTOR DRAIN ERROR
FB- AUTO SWITCH NO-2 ERROR
FC- AUTO SWITCH NO-1 ERROR
FE- WATER LEVEL OVER SPEED
E1 – INLET ERROR
E2 – MOTOR TRIAC ERROR Motor
E3 – UNBALANCE ERROR
E4 – DOOR ERROR
EC – RELAY ERROR
EA – WATER PRESSURE ERROR
Berikut cara mengatasi permasalahan dari code-code error di atas:
1. Door Error
Pada jenama tertentu misalnya seperti LG menggunakan sensor magnet yang berada dibahagian depan pintu, seringkali magnet tersebut terlepas atau berkarat,cara mengatasinya boleh dijumper terus sensor yang terdapat pada panel control.
Bentuknya seperti lampu neon kecil berwarna hijau, sambungkan dawai wayar halus pada kedua kakinya atau boleh juga menambahkan magnet diatas sensor tersebut. Sedangkan pada jenama lain nya terdapat suis dibagian belakang pintu,biasanya suis tersebut berkarat atau wayar yang terhubung pada suis putus.
2. Pressure Error
Sensor tekanan air bermasalah biasanya kabel putus dimakan tikus,boleh jadi juga soket pada sensor tersebut berkarat atau sensor tersebut sudah bermasalah dan harus diganti.
3. Inlet Error
Pengisian air bermasalah biasanya filter pada selenoid kotor atau tekanan air dari paip terlalu lemah sehingga tidak boleh membantu penutupan selenoid. Atau mungkin permasalahan pada hose pressure yang terhubung ke sensor water level tercabut/bocor hingga air terus mengalir dan proses pencucian tidak boleh berjalan secara otomatik,dalam jangka waktu tertentu/lama akan muncul code error.
4. Unbalance Error
Hal ini terjadi kerana beban pakaian yang kurang merata/seimbang atau dari kedudukan mesin basuh berada pada keadaan yang senget. kendurnya tali belt juga berpengaruh sehingga boleh menimbulkan munculnya code error tersebut.
5. Drain Error
Pada saluran pembuangan terjadi penyumbatan biasanya kerana adanya duit syiling atau kotoran serat-serat pakaian pada lubang pembuangan,atau kerana drain motor tidak menarik katup getah bellow pembuangan.cek motor drain tersebut dan arus elektrik yang mengalir pada drain motor.
6. Child Lock
Tombol kunci kanak-kanak. Tekan dan tahan kedua tombol secara serentak selama 2-5 saat .Tanda logo tersebut biasanya berdekatan dan diantara kedua tombol tersebut terdapat simbol kunci/kanak-kanak/garis.
7. Power failure
Teganggan elektrik kurang dari 220v sehingga akan muncul code tersebut.
Selamat Mencuba!
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi bila ada’error’ pada paparan elektonik mesin basuh tu, jangan mudah panik. Kenalpasti dahulu masalah yang dihadapi ikut jenis mesin basuh dan code yang dikongsikan, kemudian cuba setting semula seperti yang dikongsikan ini.
Rupanya syarat terkini bagi permohonan untuk memperbaharui passport tak lagi macam dahulu, semuanya kena buat secara online untuk tempoh 5 tahun terus bagi memudahkan urusan. Tak lagi seperti dahulu boleh pilih berapa tahun yang kita nak.
Bagi yang ingin memperbaharui passport, sebaiknya semak dahulu syarat-syarat terkini daripada pihak Imigresen dahulu, lengkapkan maklumat dan bawa dokumen penting yang diperlukan nanti.
Boleh rujuk perkongsian daripada Puan Rafhanah Roshdi yang berkesempatan memperbaharui passport baru-baru ini sebagai panduan.
Syarat Terkini Memperbaharui Passport
Setelah 5 kali berulang ke Pejabat Imigresen pada hari ini, akhirnya settle dan ini hasilnya .
LESSON LEARNT..must know what are the latest requirement to renew passport, tak macam zaman dulu-dulu dah ye. Sekarang renew terus 5 tahun dan takda pilih-pilih nak berapa tahun macam dulu. Bayar RM200 untuk orang dewasa. Kanak-kanak dan warga emas berumur 60 tahun ke atas bayar RM100 sahaja.
Mohon Secara Online 18 Tahun Keatas
Untuk orang dewasa (18 tahun ke atas), sekarang buat online sahaja. Kena upload gambar passport softcopy (background putih) masa mohon online tu nanti. Untuk orang dewasa proses mohon amat senang ya.
Cuma kena celik ICT sikit, sebab nak kena cekap cara nak upload softcopy gambar online tu sahaja. Lain-lain part, kena faham bagaimana nak isi maklumat borang mohon online itu sahaja. Kalau tak faham cara nak isi, hello ja tanya pejabat imigresen terdekat. Settle masalah.
Kanak-kanak Kena ‘Walk in’ Dengan Ibu/Bapa
Untuk kanak-kanak 12 tahun dan ke bawah, kena pergi pejabat imigresen walk in bersama ibu atau bapa. Bawa bersama surat beranak ORIGINAL (paling penting sebab ini penyebab patah balik rumah semula selongkar mencari), mykid dan passport lama. Mesti bawak anak ya semasa proses dari awal hingga akhir.
Bayar takda pakai cash dah ye, pakai card bank je semua. Part paling last kena tunggu sejam lepas proses pembayaran untuk ambil passport yang sudah siap printed.
JANGAN lupa bawa anak bersama sebab ada part kena scan fingerprint dia masa ni. Jangan ingat dah settle semua dokumentasi tadi termasuk cap jari anak, takyah bawa anak dah, datang mai ambil ja..(diri sendiri terkena adeh..haha..berulang semula mengangkut anak).
Sebarang maklumat lanjut baca link ini. Nak mohon online pun di sini..SEMOGA MEMBANTU.
Mingguan Wanita: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi buat mak ayah yang nak buat passport baru, pastikan ikut tip dan panduan yang dikongsikan ini bagi memudahkan urusan nanti.
Jika selalunya pada musim kenduri kendara, telur di rebus dalam kuantiti yang banyak untuk diberikan kepada para tetamu. Bila merebus, pastinya ada telur yang retak, pecah, serta tidak tahan lama.
Sebenarnya selain rebus, telur juga boleh dikukus agar lebih tahan lama berbanding merebusnya. Mak-mak yang nak masak telur dalam kuantiti yang banyak boleh cuba teknik yang dikongsikan oleh Lina Sahedin ini.
Berikut perkongsian tersebut;
Baru berkesempatan untuk berkongsi cara mengukus telur yang sangat mudah tidak ada yang rosak walau sebiji pun. Saya mengukus untuk perkahwinan anak saya pada 1hb Januari sebanyak 185 biji, buat seorang saja memandangkan hujan turun tanpa henti di Kuantan.
Telur lebihan ni saya buka pagi ni sudah seminggu, 7hb Januari. Masih ok, cantik tanpa ada air dalam kulit telur.
Cara Mengukus Telur:
1. Basuh kesemua telur dalam air mengalir.
2. Susun menegak / melintang pun boleh dalam loyang pengukus. Janji ok.
3. Panaskan air kukusan sampai mendidih biar 5 minit atau lebih mendidih.
4. Letak pengukus berisi telur pertama 100 biji.
5. Kecikkan api seperti dalam gambar. Kalau api kuat akan ada bunyi telur retak. Jadi perlahankan api lagi, sebab kebanyakkan dapur tak sama.
6. Set jam 40 minit.
7. Cukup 40 minit tutup api. Siap!
8. Susun dalam besen, raga atau bekas yang besar.
Semoga perkongsian ini bermanfaat.Selamat Mencuba!
MW: Jadi buat mak-mak yang nak buat kenduri kendara dan nak rebus telur dalam kuantiti yang banyak, bolehlah cuba tips yang dikongsikan ini. Agar telurnya tak pecah dan tahan lebih lama.
Pengantin baharu maut kemalangan motosikal berkuasa tinggi, rempuh Proton Saga. Seorang lelaki yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan dilaporkan maut dalam kemalangan membabitkan motosikal berkuasa tinggi di Kilometer 79, Jalan Kuala Terengganu–Kota Bharu berhampiran Bukit Grebar, pagi Rabu.