Suami ambil mudah, bila isteri call buat tak tahu je.

Nampak remeh tapi jika berlarutan, perkara ini akan menjadi barah dalam rumah tangga. Contoh paling mudah, bila isteri call suami buat tak tahu je. Mungkin ada suami yang rimas bila isteri call ketika mereka sedang bekerja.

Ada suami yang tergamak membiarkan isteri terus menerus call. Panggilan isteri langsung tak dijawab. Tak rasa bersalah langsung pada isteri.

Call Tak Jawab, WhatsApp Tak Reply

Logiknya, jika isteri call berkali-kali, pasti ada perkara penting yang hendak disampaikan. WhatsApp isteri pun, banyak yang pandang sepi. Jika benar suami sibuk ketika isteri call, mereka sepatutnya call isteri kembali.

Tanggung jawab suami bukan sahaja memenuhi keperluan fizikal malah suami seharusnya menjadi pendengar setia seorang isteri. Emosi isteri perlu dijaga agar isteri sentiasa berasa selamat dan disayangi.

Bagaimana Jika Ada Kecemasan

Bagaimana jika isteri berdepan dengan kecemasan? Suami pula tidak mengendahkan panggilan isteri ketika itu. Mana tau nak jadi cerita kereta isteri rosak di jalan yang sunyi. Atau mungkin juga isteri terlibat dengan kemalangan.Pasti ralat jika berlaku perkara yang tidak diingini kerana sikap suami yang tidak prihatin.

IKLAN

Baca sini

https://www.mingguanwanita.my/ada-trik-yang-isteri-boleh-buat-supaya-suami-hargai-dirinya/

https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en

IKLAN

Lebihkan Keluarga Sendiri

Ada juga suami yang bersikap berat sebelah dengan keluarga isteri. Jika ada urusan berkaitan keluarga mentua, ada sahaja alasan mereka. Isteri sering dibiarkan pulang ke kampung sendirian atau hanya ditemani anak-anak. Suami lupa, keluarga isteri adalah keluarganya juga.

Ingat! Orang tua ni suka memerhati. Mereka pasti berasa pelik apabila anak perempuannya pulang ke kampung sendirian. Bayangkan perasaan isteri yang berdepan situasi ini, hatinya pasti remuk redam.

Bila pulang ke kampung halaman suami, pandai pula dia menjatuhkan hukum. Isteri perlu taat dan pulang bersamanya ke kampung. Sikap yang melebihkan keluarga sendiri sehingga meminggirkan keluarga isteri adalah perbuatan yang amat melukakan hati isteri.

IKLAN

Lama-kelamaan, isteri akan berasa diri tidak dihargai dan kasih sayang semakin pudar. Justeru, kepada para suami fikir-fikirkan lah perkara ini dengan mendalam. Bagaimana jika kalian berada dalam situasi isteri…

 

 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI