cantik

Wanita memang suka nak nampak cantik,kurus dan langsing.Tapi biasanya semua nak jalan paling mudah dan pantas. Mulalah macam-macam produk yang dicuba dan diambil, tak fikir pun jangka panjang kesihatan kesannya,demi nak capai hasrat yang satu ni.

Pakar Perunding Perubatan & Buah Pinggang ini, Dr Rafidah Abdullah berkongsi kesan buruk yang dihidapi pesakit akibat pengambilan kopi campuran untuk kurus sebagai pengajaran dan iktibar buat wanita-wanita lain.

Miliki BMI Normal
33 tahun, sudah berkahwin, anak besar dua orang. Kerja model sambilan. Nampak lawa, putih melepak. Comel. Kurus. BMI normal 22. Sebelum ini, sihat sahaja. Tidak ada sakit apa-apa. Datang hospital sebab loya, rasa nak muntah selama seminggu. Ya Allah, memang Doktor TERKEJUT melihat keputusan darah. Buah pinggang dan hati rosak. Teruk bacaan darah fungsi buah pinggang iaitu: Creatinine 486 umol/L (normal < 100) dan bacaan fungsi hati: Alanine Transferase 2633 IU/L (normal bawah 140).

Bila Cantik Luaran Yang Terlalu Dikejar, Habis Rosak Organ Dalaman! Hati-Hati Dengan Pengambilan Kopi Campuran

Mengaku Ambil Kopi Campuran
Mula-mula pening juga memikirkan. Tanya ambil apa-apa, tak mengaku. Tapi lepas kami menyoal (dah kami kena buat ala-ala interogasi), akhirnya beliau mengaku mengambil kopi yang dicampur macam-macam. Katanya untuk kurus!!! Pelik, betul-betul pelik dunia sekarang ini.

IKLAN

Beliau ambil kopi campuran ini sahaja, tak makan benda lain! Nasi, sayur, ayam, ikan, semua beliau tak sentuh. MasyaAllah. Hairan saya, tak lapar ke? TAK kurus mana pun! Mana taknya, kalori 1 sachet ini pun dah dekat 500kcal.

Jangan sekali-kali percaya kopi atau teh campuran yang dikatakan boleh kurus. Kalau ambil benda-benda begini dan anda tidak lalu makan, mungkin ada terdapat bahan terlarang. Salah satu contoh bahan terlarang yang kerap dicampurkan dalam minuman seperti kopi dan teh adalah sibutramine.

Bila Cantik Luaran Yang Terlalu Dikejar, Habis Rosak Organ Dalaman! Hati-Hati Dengan Pengambilan Kopi Campuran

IKLAN

Boleh rujuk gambar-gambar info lain juga yang saya sertakan.
Pandai lah penjual nak menipu. Kalau letak campuran 10000 dalam 1 dalam kopi atau teh, mereka-mereka ini tidak perlu memohon kelulusan KKM.

Lepas itu, mungkin suka-suka masukkan bahan terlarang untuk jadi lebih ummmmph. Jangan Ambil Jalan Mudah

Nasihat saya:
1. Yang BMI normal, tak payah lah nak kurus lagi. Terima lah seadanya.
2. Yang BMI lebih dan nak kurus pulak, jangan ambil jalan mudah. Lemak tepu yang terkumpul berpuluh tahun tidak akan hilang dalam masa sebulan!

IKLAN

Yang suruh makan minum suplemen itu ini, mengarut. Pergi pakai kasut (selipar pun boleh), jalan-jalan di Taman. Ini tidak perlu belanja langsung. Makan pulak kena lah berpantang, BUKAN pantang tengok!!

Jangan kita lalai dan lupa yang cantik dalaman sebenarnya lebih indah.
Tak pasal-pasal dapat penyakit.
Pedulikan rupa luaran!

Rafidah Abdullah, Pakar Perunding Perubatan & Buah Pinggang
#MedTweetMY
Dziehan Mustapa,Pegawai Farmasi
Medical Mythbusters Malaysia (M3)

Sumber: Rafidah Abdullah

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI