Mencabar sebenarnya bawa anak kecil ke rumah terbuka kawan-kawan ini. Lebih-lebih lagi anak-anak yang memang aktif, berlari sana-sini dan susah nak minta dia diam walau seminit.
Bukan mak ayah tak larang atau tegur, tapi itulah sifat kanak-kanak. Tapi sebenarnya, ada cara nak handle anak masa mak ayah beraya ke rumah kawan-kawan. Paling penting mak ayah kena extra sensitif! Ini perkongsian daripada Puan Ashikin Hashim, Pengetua Genius Aulad Saujana Utama
Ketahui Panduannya
1. Duduklah sama-sama dengan suami rancang perjalanan hari raya kita. Nak raya mana dulu. Nak tidur mana. Berapa lama nak raya. Ingatlah bahawa kita beraya dengan makhluk kecil, banyak ragam, banyak cerita. Rancang perjalanan dan raya kita insya-Allah kita lebih mudah handle anak.
2. Anak-anak 4 tahun ke atas: Anak-anak umur begini senang je sebenarnya nak handle jika kena gayanya. Masa merancang raya tu, ajak diaorg sekali. Cakap, berbual, komunikasi dengan diaorg. Insya-Allah diaorang akan faham. Ingat – kunci perhubungan anak-ibu bapa adalah komunikasi yang baik.
3. Listkan do’s & donts’ kepada anak-anak 4 tahun ke atas ni. Terangkan kepada mereka. Cakap dengan nada tegas tapi still mesra. Cakap yang kamu semua kena bersikap baik supaya raya kita enjoy dan happy-happy sahaja. Kalau ada benda yang korang nak marah, cakap dengan Ummi dulu. Faham dak?
Ads
Contoh:
1. Cakap elok-elok
2. Duduk elok-elok
3. Minta izin kalau nak sesuatu
Pengalaman saya handle anak-anak sebegini, bila kita beritahu awal, fahamkan mereka, bagi penerangan, mereka akan lebih mudah di handle daripada sikap kita yang tak mahu bercakap, tak nak komunikasi dengan anak, sebab kita rasa anak tak akan faham. Itu sangat silap!
Ads
4. Bagi anak-anak yang bawah 4 tahun – Ini sedikit mencabar sebab mereka masih kecil. Kurang faham. Tak boleh tolerate. Ego sentricnya tinggi. Nak berebut saja. Tak boleh orang ambil barang dia. Jadi kita sebagai mak ayah kena extra peka, extra observant, extra careful. Ayah jangan buat-buat tak nampak, buat-buat tak dengar. Tak yah nak jadi YB sangat, bual-bual lama sangat sampai mak seorang saja yang layan anak yang mengamuk. Mak pula, tak yah nak gosip lebih sangat, anak tu dah ada bunga-bunga mengamuk, kita kena bertindak pantas.
5. Bila anak mengamuk, apa nak buat?
1st kalau dari mula kita dah nampak bunga-bunga kemengamukan tu lagi senang kita nak handle. Tapi kalau lambat agak sukar. So, macam saya cakap tadi, kita jangan sikit pun lepas pandang. Kita extra sensitif dengan pergerakan anak. Bila nampak anak start nak mengamuk, terus cuba pujuk dia. Bawa dia ke tempat yang lebih selesa dan lapang. Bawalah keluar rumah sekejap. Ajak tengok burung terbang ke, lori lalu lalang ke….janganlah pujuk dari jauh. Atau harap orang lain nak pujuk anak kita. Kitalah kena proaktif.
6. Bagi mengelakkan anak mengamuk dengan mudah, bawalah mainan kesukaannya atau buku kesukaannya. Bawa snack dan air. Pastikan anak makan. Dia kenyang. Baju yang dia pakai sesuai dengan dia. Tak panas. Semua ni sangat penting walaupun nampak remeh.
Ads
7. Beraya mengikut kemampuan anak kita. Ya kita ni orang dewasa, kita kuat. Kita tahan sabar. Kita ni tahan penat. Tapi anak kita kecil lagi. Sebab tu perancangan raya tu tadi sangat penting.
Kalau Konvoi Macam Mana?
Pandai-pandailah kita. Minta izin tenangkan anak dulu ke. Bincang elok-elok dengan peserta konvoi ke. Kita pun tengok-tengok lah anak orang lain. Kalau anak orang lain dah mengamuk, offerlah untuk bantu atau rehatlah sekejap ke macamana kan.
8. Nak jaga anak ke nak tolong kat dapur?
1st sekali, bagi anak tu kat suami. Kita nak tolong kat dapur ni. Suami mesti faham punya kan? Kalau suami tak dapat jaga, bawalah anak tu sekali kat dapur. Selagi anak ok, selagi tulah kita tolong kat dapur. But by the time dia dah mula mengamuk ke nak menyusu ke, saya rasa mak/mak mertua, ipar duai pasti akan faham betul tak? Sebab dari mula kita cuba membantu. Bukan terus menyorok dalam bilik. Apa yang penting???? Ya….Kerjasama
Sumber/Foto: FB Ashikin Hashim
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pesanan buat lelaki dalam mencari calon isteri, pertimbangkan 4 perkara yang dipesan oleh nabi iaitu harta, keturunan, rupa dan agama. Namun demikian selain perkara tersebut, perlu ambil kira juga keadaan rumahnya, keluarganya, serta mak dan ayah wanita tersebut.
Adakah benar-benar boleh menerima dengan hati terbuka selepas berkahwin nanti. Bukan apa, apabila membuat keputusan berkahwin, ia bukan sahaja melibatan dirinya sahaja, kita turut ‘berkahwin’ dengan keluarganya. Jika pada awal lagi, tidak dapat menerima mereka seadanya, ia akan menimbulkan masalah di kemudian hari, mampu membuatkan hati seorang isteri berbelah bahagi. Dalam dilema terpaksa memilih antara ketaatan suami dan tanggungjawab pada orang tua.
Sebelum mengahwini mana-mana perempuan, tengok rumahnya, tengok keluarganya, tengok kesihatan orang tuanya…
Jangan kahwin dengannya jika kita tidak mampu tinggal didalam rumahnya…jangan kahwin dengannya jika kita tidak boleh terima keluarganya…jangan kahwin dengannya jika kita ingin menghalang dia untuk berbakti kepada orang tuanya…
Jika kita memilih untuk meneruskan jugak hubungan itu, kelak kita hanya akan menerimanya seorang diri sahaja, bukan tempat tinggalnya, bukan keluarganya, bukan orang tuanya..
Kita tidak selesa di rumah mertua, kita tidak balik ke rumah mertua, kita tidak suka kepada orang tuanya, kita tak nak orang tuanya datang ke rumah kita dan kita tak nak dia berbakti kepada mereka.
Sikap dan perbuatan kita tu sebenarnya akan membuatkan hati seorang isteri berbelah bahagi…samada mengikut kata-kata dan kemahuan suaminya sekaligus mengecilkan hati kedua orang tuanya, atau memilih orang tuanya berbanding suami.
Jika ingin menerima seorang wanita itu sebagai isteri yang akan tinggal bersama dengan kita seumur hidup kita, maka terimalah dirinya, tempat tinggalnya, keluarganya, orang tuanya, SEADANYA mereka…
(Begitulah juga sebaliknya sebelum menerima mana-mana lelaki sebagai suami)
Semoga perkongsian ini bermanfaat!
MW:Memang ada benarnya. Apabila kita membuat keputusan untuk berkahwin, kita bukan sahaja berkahwin dengan pasangan sahaja, malah turut ‘berkahwin’ dengan ahli keluarganya. Adalah amat penting dapat menerima keluarga pasangan sebaik-baiknya dengan hati terbuka, bagi mengelak sebarang masalah berbangkit di kemudian hari.
Rahim wanita adalah organ tubuh yang paling ajaib, kecil tetapi boleh membesar jadi tempat perkembangan seorang bayi selama 40 minggu atau 9 bulan.
Namun selepas bersalin ada sesetengah wanita cukup risau dengan istilah rahim jatuh kalau tak diurut. Tambah pula ada sesetengah wanita langsung tak dapat peluang pakai bengkung dan mengurut. Jadi untuk hilangkan susah hati kaum mak-mak beranak kecil, jemput baca perkongsian doktor Imelda Balchin ini…
Kelmarin, semasa Seminar Physical Conditioning for Healthy Pregnancy Outcomes, saya terima soalan-soalan yang menarik.
Soalan Pertama:
Adakah Urutan Rahim atau pemakaian bengkung mengecutkan rahim selepas bersalin?
Soalan Kedua:
Adakah ‘Sengkak naik’ berkesan untuk memulihkan masalah ‘peranakan jatuh’ atau ‘uterine prolapse’?
Ini Jawapan Doktor
Saya mulakan jawapan saya dengan memberi sedikit ilmu pengetahuan tentang anatomi dalaman badan wanita.
Lihat Gambar 1 hingga 4.
Jika anda baring atau berdiri, cari lah tulang di antara peha anda. Ini lah tulang pubis (pubic bone). Di atas tulang ini ialah bahagian abdomen wanita. Dari tulang pubis ke bawah ialah bahagian pelvis wanita. Tulang pubis ini melindungi organ dalaman wanita seperti rahim, pundi kencing dan ovari wanita.
Bagi wanita yang tidak hamil yang mempunyai saiz rahim yang biasa (7.5 cm), kita tidak boleh mengurut rahim dari bahagian abdomen di atas tulang pubis ini, sebab kedudukan rahim itu ialah di bawah dan di dalam pelvis. Hanya selepas 12 minggu kehamilan baru rahim itu membesar dan naik keluar dari pelvis ke bahagian abdomen. Saiz rahim pada masa 12 minggu kehamilan ini ialah lebih kurang 10-11cm. Lihat gambar 5.
Selepas bersalin, rahim akan terus menguncup dengan segera ke kedudukan di antara pusat dan tulang pubis. Pengaliran darah dari jantung ke rahim mula berkurangan dan ketebalan selaput dalam dinding rahim (endometrium) semakin nipis kerana tidak ada lagi hormon oestrogen daripada uri. Sel-sel selaput endometrium ini dilepaskan keluar sebagai darah nifas. Kedua-dua pengurangan darah dan hormon kepada rahim menyebabkan rahim terus mengecil sedikit demi sedikit hingga hampir ke saiz asalnya. Bagi wanita yang pernah bersalin, semua rahim adalah hanya 1cm lebih besar daripada wanita yang tidak pernah hamil, kerana penambahan sel rahim berlaku semasa kehamilan.
Kajian ultrasound scan di banyak negara, Switzerland, Brazil, Korea, Nigeria, Arab, France, German dan England telah membuktikan bahawa kadar pengecilan rahim adalah lebih kurang sama saja, dan mengambil masa sehingga 60 hari. Di banyak negara ini, tidak ada adat mengurut rahim atau memakai bengkung.
Pada hari pertama selepas bersalin, secara purata, saiz rahim ialah 18cm, hari kedua saiz rahim ialah 17cm, hari ke tujuh 14cm dan hari ke sepuluh 11cm.
Ini bermakna, secara purata, di dalam hanya 10 hari, rahim akan mengecil kembali ke paras tulang pubis dan tidak boleh diurut lagi.
Untuk ibu yang tidak mendapat peluang mengurut atau memakai bengkung selepas bersalin, jangan bimbang, rahim anda juga akan mengecil dengan sendirinya. Untuk ibu yang tidak dapat menyusu bayi dengan sepenuhnya, jangan bimbang juga, kerana semua kajian ini tidak pula menunjukkan perbezaan saiz rahim yang ketara bagi ibu yang menyusukan bayi dan ibu yang tidak menyusu. Yang terbukti ialah penyusuan badan menurunkan berat badan ibu tetapi rahim akan mengecil dengan sendirinya juga walaupun ibu tidak dapat menyusukan anaknya.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Dalam menghargai pasangan, paling penting adalah ‘usaha’ untuk meraikananya. Walaupun hanya usaha kecil, namun pastinya ia sangat bermakna. Begitulah juga yang dilakukan oleh Menteri Kewangan, Senator Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz,48 dalam meraikan hari lahir isteri tersayang.
Tanggal 25 November memberi makna besar buat Tengku Zafrul kerana ia merupakan tarikh keramat ulangtahun kelahiran isteri tercinta, YM Raja Datin Sri Johanna Adrina Raja Arshad.
Dalam kesibukan menggalas tanggungjawab besar mentadbir kewangan negara, Tengku Zafrul tetap berkesempatan usaha ‘mencuri masa’ yang ada untuk makan tengahari di rumah sekaligus demi melakukan kejutan kecil meraikan Hari jadi isteri.
Kata-kata penuh bermakna dan penghargaan buat isteri juga dizahirkan di dalam posting Intagram beliau petang tadi.
Selamat Hari Jadi, Dina. Kejutan kecil untuk isteri saya tengah hari tadi sempena hari jadi dia. Nak masak sarapan untuk dia pagi tadi tak sempat jadi sebaliknya saya berusaha untuk berada di rumah untuk makan tengah hari. Satu pengorbanan besar beliau untuk keluarga kami selama ini, terutamanya dua tahun kebelakangan ini.
Saya beritahu umurnya hanyalah angka, dan dia kelihatan lebih muda setiap tahun (walaupun saya akan sentiasa nampak lebih muda…) ⠀ Terima kasih kerana sentiasa menjaga semua keperluan kami dengan sepenuh hati, cinta dan kasih sayang. Saya sentiasa amat bersyukur.
Semoga Allah merahmati kami sekeluarga dengan kebahagiaan dan kegembiraan yang berpanjangan dan saya doakan kami diberi peluang untuk tua bersama Insha Allah.
Menteri Kewangan ini telah 10 tahun mendirikan rumah tangga dengan Datin Sri Johanna, yang juga seorang kerabat diraja Selangor-Negeri Sembilan. Pasangan bahagia ini juga dikurniakan dengan empat orang cahaya mata bernama Tengku Zahra Jasmina, Tengku Zahira Eusnie, Tengku Zaeem Khalif dan Tengku Zayn Aqeel.
Mingguan Wanita: Sweet betul ucapan Tengku Zafrul sempena Hari Jadi tersayang. Walaupun sangat sibuk dengan tugasan mentadbir kewangan negara, tetap usahakan cari masa untuk meraikan Hari Jadi dan menghargai isteri tercinta.
Shu Shukri "sekolahkan" Hafidz Roshdi, "dah kalah tu kalahlah, nafkah anak sesen pun tak bagi. Hari ini, di instagram storiesnya, pempengaruh Nurul Shuhada Mat...