Perasan tak, ada masa tertentu anak nampak terlalu hyperaktif. Bagi nasihat dan marah pun tak ‘makan saman’. Ada saja yang mak-mak naik angin.
Kadang-kadang terfikir juga kenapa anak boleh hyperaktif tiba-tiba. Sedangkan sebelum ini ok saja, masih mampu dikawal. Ada masanya pula siap bergaduh dengan adik beradik yang lain.
Mak-mak terfikir tak, apa yang mereka makan dan apa yang telah mak ayah beri pada dia. Mungkin kita rasa makanan dan minuman yang biasa-biasa diambil.
Rupanya, ada makanan dan minuman yang anak makan atau mak ayah beri ini mengandungi maltodextin yang lkita sendiri tanpa sedar ada dalam makanan yang biasa kita bagi.
Apa yang dikatakan dengan maltodextrin ini. Dr Mazliana Mazlan ada kupasannya.
Tak sangka, dalam aiskrim vanila pun ada maltodextrin. Waktu saya baru nak ambil tahu pasal pemakanan sihat, sibuk betul belek label makanan ini minuman itu. Lepas tu terkejut sendiri dengan bahan ramuan makanan yang biasa dimakan sebelum ni.
Maltodextrin ni pengganti gula, walau nama tak nampak macam gula langsung pun.
Asalnya dari kentang, jagung dan gandum. Semua ni datang dari sumber GMO (Genetically Modified Organism) dan sangat tinggi proses.
Kesan buruknya bila anak makan, lebih dua kali ganda dari gula biasa. Mencanak-canak naik gula dalam darah tau. Sangat tak sesuai untuk orang dewasa yang ada kencing manis atau penyakit metabolik lain.
Ads
Glycemic index untuk gula putih, baru 60-70 je. Tapi maltodextrin sampai 110.
Sebab tu kita kena elak, terutama dari anak-anak kecil kesayangan kita, yang baru nak kenal makanan tu.
Bila gula tinggi, akan tinggi jugak radang pada badan anak. Banyak penyakit akan mula timbul bila anak meningkat dewasa. Antaranya, obesiti.
Anak-anak suka makan ni.
Ini sup cendawan segera masuk air dan serbuk, siap sup cendawan.
Kandungan nya dalam aiskrim.
Limitkan Untuk Anak
Gula biasa pun kita dah cuba limit dari anak, apatah lagi maltodextrin ni. Banyak sangat makanan ultra processed yang ada kandungan maltodextrin. Cuma kita je tak perasan, sebab tulisan bahan ramuan biasanya halus mulus sangat sampai tak terbaca kan.
Ads
Kadang anak terlebih hyperaktif.
Kadang anak selera sungguh makan apa saja sampai berat badan bertambah.
Kadang lama betul sakit anak tak baik-baik.
Perhatikan semula, makan minum apa yang kita beri pada anak. Belek balik label, mungkin ada jugak kandungan maltodextrin dalam makan minum anak kita.
Cuba elak sebaiknya makan minum anak dari maltodextrin. Banyak kesan jangka masa panjang, yang kita dapat ubah kalau bertindak sekarang, insya Allah.
Sama-sama kita cuba untuk sediakan pilihan makanan yang lebih baik untuk anak-anak dan keluarga.
Potato chips yang mungkin jadi kegemaran anak kita.
Minuman kesukaan anak-anak.
Ads
Susu formula.
Mingguan Wanita : Patutlah, ingatkan makan coklat atau jajan anak jadi hyperaktif tapi makanan seharian juga pun ada pengganti gula ini.
Ibu ayah risau keselamatan di sekolah. Susulan kejadian pagi tadi tiada siapa menyangka hari persekolahan biasa itu akan berakhir dengan tragedi yang meragut nyawa seorang pelajar Tingkatan Empat dipercayai akibat ditikam oleh rakan sekolahnya sendiri yang baru berusia Tingkatan Dua.
Pada kejadian tersebut, seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun ditemui maut di kawasan tandas dengan kecederaan akibat beberapa kesan tikaman pada badan. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat berkata, suspek berusia 14 tahun telah ditahan dan dua senjata tajam dirampas di lokasi kejadian. Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Ibu Ayah Risau Keselamatan Di Sekolah
Sebagai ibu ayah sudah pasti berasa sangat risau tentang keselamatam anak-anak dan berharap langkah keselamatan diperketat disekolah.
Seperti mana dipetik menerusi Kosmo Online, salah seorang bapa pelajar sekolah berkenaan tidak pernah terfikir perkara tersebut akan berlaku di sekolah anaknya.
“Saya datang ke sekolah sekitar pukul 10 pagi untuk menghantar makanan kepada anak perempuan dan lelaki saya, dan terkejut apabila melihat beberapa pelajar telah dipindahkan keluar dari kawasan sekolah.
“Anak perempuan saya sangat terkejut. Dia hanya menangis tanpa henti dan tidak dapat ditenangkan pada waktu itu.
“Ini memang sangat mengejutkan. Pertelingkahan antara pelajar memang biasa berlaku, tetapi tidak sangka boleh sampai kepada pembunuhan.
“Saya rasa langkah yang lebih ketat perlu diambil termasuk melakukan pemeriksaan mengejut secara berkala,” katanya.
Tambah langkah Keselamatan
Manakala Johari Hashim pula menegaskan perlunya menambah langkah keselamatan.
“Sejujurnya, ini terlalu mengejutkan untuk dibayangkan. Zaman saya bersekolah dahulu, paling teruk pun hanya pergaduhan kecil. Sekarang pelajar sudah bawa senjata ke sekolah,” kongsinya pula.
Mak-mak mana yang akan sangka bayi yang dikandung akan lahir sebagai anak yang ada ekzema. Namun ini bukan masalah besar pun sebab sampai satu peringkat, ekzema akan hilang perlahan-lahan.
Ya, kalau tak jaga memang keadaan anak ekzema akan menjadi merah, kering, dan kering tetapi mak-mak kena tahu yang ekzema bukan satu penyakit berjangkit.
Nak tahu lagi apa masalah normal yang anak-anak ekzema lalui, ikuti perkongsian Doktor Hafiz Sulaiman…
Sebagai seorang yang melihat pesakit ekzema secara harian, ada beberapa persamaan yang saya perhatikan pada pesakit ekzema anak kecil.
EMOSI TAK STABIL
* Lebih sensitif, lebih tak stabil.
– Cepat marah.
– Mudah sedih.
– Kuat sentap, terutama jika kena marah.
– Cepat terkejut.
– Clingy..asyik nak dukung je. Tak boleh ditinggalkan.
– Obsesif: fanatik dan mungkin sangat fokus benda dia minat.
– Susah sesuaikan diri tempat baru.
– Penakut dan fobia sangat.
– Ahli fikir: suka termenung dan berkhayal.
– Sangat responsif: umur beberapa bulan dah toleh bila orang panggil nama dia comel kan.
– Dramaqueen: Sangat hepi tiba-tiba boleh nangis kuat-kuat. Emosinya ekstrem banget.
SIMPTOM LAIN
– Tidur lewat, walaupun tak gatal waktu malam.
– Clumsy. Kerap jatuh bila jalan. Kerap terlanggar.
– Selera makan ekstrem. Kurang atau lebih.
– Waktu baby nafas berbunyi macam ada lendir.
– Baby kerap muntah susu (mungkin refluks).
– Perut kerap kembung.
– Sembelit. Atau bila ekzema flare cirit birit (bahaya).
– Kerap demam.
Biasanya simptom atas ni hilang bila ekzema pulih. Anak-anak jadi playful dan ceria kembali, insha Allah.
Ini pemerhatian saja bukan kajian saintifik atau simtom biasa dalam buku teks. Jika ada masalah di atas boleh lah rujuk doktor perubatan berkenaan ya 🙂
Semoga ekzema anak-anak diberi kesembuhan secara total. Ameen.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Personaliti mak ayah. Perasan tak kalau anak buat perangai, mulalah suami atau isteri cakap ikut perangai pasangan. Kadang-kadang teringat pula peel kita sendiri masa kecil-kecil.
Sebab itu, mak ayah janganlah lepaskan perasaan dan marah anak bila dia buat perangai. Tanpa kita sedar, sedikit sebanyak anak ikut personaliti mak ayah itu sendiri.
Ada cara nak ‘handle’ anak yang perangai buat kita sentiasa nak marah. Kalau dah ikut personaliti mak ayah, dah tentu kita sendiri boleh tahu cara nak kawal. Begitu juga dengan anak-anak kita, kan.
Jadi, apa patut mak ayah kena buat. Ada caranya, seperti yang dikongsikan oleh Siti ‘Aisyah Rozalli ini.
Itulah anak yang biasanya paling sama personaliti dengan kita dan sudah pasti itulah sebenarnya perangai kita pun.
Jadi, macam mana nak handle?
1. Tegur anak dengan cara yang kita rasa kita OK untuk ditegur.
2. Layan anak dengan bahasa cinta yang sama dengan kita: kalau kita jenis suka sentuhan, sentuh juga anak tu selalu.
Peluk dia. Kalau kita jenis suka hadiah, bagi dia hadiah simple-simple – bunga ke, kapal terbang kertas ke.
3. Setiap kali anak kita buat kita sakit hati, cuba bayangkan kita yang tengah jadi anak tu. Kenapa kita buat macam tu? Understanding is the key to communication.
Fahamkan anak kita tu. Baru senang kita nak handle.
Cuba reflect diri kita, atau diri pasangan kita dalam diri anak kita.
Sama kan.
Reflect selalu.
Nanti, Insya Allah kita akan rasa lagi mudah nak uruskan perangai anak kita.
Sebab, rupanya kalau tak sama dengan perangai kita, anak sama dengan perangai husband kita.
Mingguan Wanita : Cuba perhati! Rupanya anak yang paling kita geram itu, kalau tak sama perangai mak mungkin sama dengan perangai ayahnya. Reflect diri kita atau pasangan kita. Bertabahlah.
Mahkamah Tinggi Johor Bahru mengekalkan hukuman penjara 10 tahun terhadap bekas suami Jahidah Nordin yang membelasah isterinya hingga koma. Keputusan ini menjadi peringatan tegas terhadap keganasan rumah tangga.