Rata-rata mak-mak yang anak sekolah tahun satu tahun ini semuanya sudah bertenang selepas update dan pose gambar anak masing-masing yang melalui pengalaman pertama kali ke alam persekolahan. Teruja, kelakar dan mencemaskan, masing-masing miliki episod cerita yang tersendiri dalam menghantar anak ke sekolah pada hari pertama.
Saya sendiri lalui perkara yang sama, maklumlah anak sulung tahun ni masuk darjah satu. Saya beruntung kerana segala urusan dokumentasi dan perihal persekolahan anak, sang suami yanhg uruskan. Sebabnya adalah itu adalah tanggungjawab dia. Lagi pun kalau esok, lusa dia perlu pergi “operasi” atau bertugas di luar daerah, pasti saya juga yang harus lakukan seoarang diri.
Anak Masuk Sekolah
Memandangkan sekarang dia kurang sibuk dan sedari awal cutinya diluluskan, maka saya merangkap isteri dan ibu mengambil inisiatif untuk lepas tangan kali ini. Hahaha.. tetapi bab baju sekolah, kasut sekolah dan keprluan sekolah memang saya pastikan semuanya cukup sejak awal. Anak sulung sudah tentu ibunya teruja untuk persiapkan ATOZ, tapi smiggles tak adalah sebab tak mampu.
Atas nasihat kawan-kawan seperjuangan sis yang pada mulanya langsung tidak plan ambil cuti untuk hantar anak di hari pertamanya, di saat-saat akhir ambil juga cuti. Itu pun hasil tarbiah kawan-kawan sekeliling yang pelik mengapa saya begitu relax biar pun semua diurus semua, padahal ini pengalaman pertama. Jadi, ambillah juga cuti.
Ads
Anak sulung ku memang manja dan jenis mengada-ngada sikit. Sejak kecil dia begitu, masa di sekolah tadika pun setiap hari cipta alasan untuk tak ke sekolah. Tetapi berbeza dengan kali ini, rupanya dia telah berubah. Berkat aku berdoa dan berselawat sepanjang perjalanan ke sekolahnya pagi itu barang kali.
Sesampai di sekolah, dia hanya ingatkan kami jangan tinggalkan dia di sekolah sorang-sorang. Aku cuak sedikit, bimbang dia tidak mahu berhimpun dengan teman-temannya. Rupanya hanya seketika, setelah sebati dengan kawan-kawan aku cuba tinggalkan dia dan kami berjanji untuk berjumpa di kantin pada waktu rehat.
Keluar rumah lambat dan parking kereta pula jauh, jadi aku lambat lima minit untuk berjumpa dengannya. Puas mencari dia di kelas dan kantin, bimbang juga dia menangis kerana duit poket memang tak bagi. Rupanya dia sedang asyik menikmati makanan di meja. Dia dah pau cikgu rupanya.
Ads
“Umi lambat sangat, abang dah minta duit pada cikgu sebab abang laparlah umi.” tulus suaranya.
Cari Van Tidak Jumpa
Cabaran kedua yang abang hadapi adalah driver yang daddy ambil tak muncul pada hari kedua persekolahan. Kami sejak awal lagi kurang bersetuju apabila driver van sekolah tu tak sanggup jemput anak kami dalam pagar sekolah kebangsaan.
Sebaliknya dia suruh anak bujang kami berjalan ke kawasan sekolah agama yang terletak bersebelahan. Tetapi disebabkan tiada pilihan, kami terpaksa jua. Sudahnya pada hari dijanjikan setelah abang berjalan berpusing mencari, van putih itu tetap tak muncul dan dia kembali ke kawasan sekolah kebangsaan.
Mujurlah daddy sedang buat intipan so hari kejadian abang pulang dengan daddy. Disebabkan sikap lepas tangan driver van, kami terminate perkhidmatan van tu serta-merta dan syukur dapat pengganti yang lebih baik. Hari ketiga berjalan dengan lancarnya apabila van baru ambil alih.
Ads
Tetapi kelakar bila di hari ke-empat, atas misunderstanding antara daddy dan ustazah driver van, syaqif sekali l;agi ditinggalkan van sekolah. Sehari sebelum kejadian, ustazah ada tanya pada daddy esoknya datang tak sebab nak bagi kad transport, daddy yang berangan ingatkan ustazah tanyakan tentang kehadiran dia, acah-acah sweet bagitau dia tak datang.
Padahal ustazah maksudkan anaknya datang atau tidak, sudahnya ummi yang pulang lambat terpaksa bergegas ambil anak dis ekolah setelah PK HEM sekolah hubungi agar segera ambil anak. Menurut cerita abang setelah sekian lama menunggu van dan ustazah tak muncul, dia terus ke pondok pengawal beritahu yang vannya tak datang.
Mujurlah di beg sekolah, memang ummi dah tulis besar-besar nombor telefon daddy untuk dihubungi bagi tujuan keselamatan. Abang cool jer masa ummi ambil dia, cuma dia marah-marah sebab nyamuk gigit dia sebab tunggu van hingga Magrib.
Terima kasih ya Allah kerana permudahkan urusan anak ku, Syaqif Aryan. Umi doakan Syaqif berjaya di dunia dan akhirat, paling penting umi cukup terharu bila abang boleh tempuh pelbagai dugaan dalam masa seminggu, dua ini. Abang memang anak wartawan lah, sebab mampu survive dan tak menangis.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Sekarang ini banyak kuali yang boleh dijadikan pilihan mak-mak untuk memasak. Namun, tak mustahil, ada mak-mak yang selesa dengan kuali kampung, jenis kuali ‘bertelinga dua’. Inilah yang selalu digunakan.
Sebab itu, jangan terkejut kalau di dapur ada kuali kampung yang menjadi kegemaran dan itulah yang digunakan untuk memasak. Kuali nonstick atau jenama lain pun ada tapi itulah juga yang jadi kegemaran.
Masalahnya kalau masak makanan, ada saampai berkerak dan susah untuk tanggalkan. Beza dengan kuali moden sekarang, tak melekat pun. Satu hal pula nak bersihkan, lagi-lagi itulah kuali yang sering digunakan.
Ada banyak cara dan ikut cara mak-mak untuk bersihkan kuali kampung yang dah berkerak ini. Mungkin ada yang rendam saja, boleh hilang. Tapi ambil masa beberapa jam juga.
Kali ini, perkongsian video tiktok Julespitch tentang cara paling mudan dan senang untuk tanggalkan kerak yang melekat pada kuali kampung ini.
Cara ini paling mudah dan senang hingga tak perlu nak menyakitkan tangan menyental kuali. Kalau pakai nonstick tidak masalah pun tapi bagi yang guna kuali kampung.
Cara nak tanggalkan kerak yang melekat pada kuali dengan mudah.
1. Letakkan air dalam kuali yang ada kerak tadi.
2. Masukkan sabun pakaian yang selalu guna lebih kurang satu sudu atau lebih, Ikut jumlah yang diingini.
3. Kemudian, rebuskan di atas api. Waktu ini, wap-wap sabun pakaian pun dah bau semerbak dalam satu rumah.
4. Biarkan ia mendidih seketika.
5. Selepas itu, tapis kerak yang telah tertanggal tadi.
6. Bolehlah basuh seperti biasa. Tak perlu nak menyental kuat-kuat pun. Letak sabun dan bersihkan. Cantik berkilat seperti biasa.
Mingguan Wanita : Masing-masing ada cara tersendiri nak hilangkan kerak yang melekat. Cara ini pun berkesan sangat kalau itu saja kuali yang ada.
“7 tahun kerja di Australia, balik sini isteri tuntut cerai.” Hilang keluarga, lesap harta benda. Sedihnya inikah balasan buat jasa yang ditabur oleh seorang suami.
Berat mata memandang, berat lagi bahu suami ini menghadapi kenyataan yang pahit ini. Tidak dapat bayangkan apakah perasaan sang isteri, tiada sekelumit ke rasa bersalah pada suami.
Ikuti perkongsian Puan Farizal Radzali ini dan hadam baik-baik mesej yang cuba disampaikan di sebalik kisah ini.
7 Tahun Kerja Di Australia
Kisah untuk renungan.
Ada klien kami, seorang lelaki yang bergelar suami, bekerja di Australia sebagai pemetik buah. Dia mempunyai isteri dan seorang anak di Malaysia.
Setiap bulan, dia akan masukkan duit ke dalam akaun si isteri.
7 tahun dia bekerja di sana. Duit belanja yang dihantar ke Malaysia memampukan si isteri membeli secara tunai, sebuah rumah yang diletakkan di atas nama isteri. Kerana dia tiada di Malaysia ketika perjanjian ditandatangani.
Akaun bersama dia dan suami ditukar kepada nama isteri seorang, atas alasan suami tiada di Malaysia untuk uruskan akaun tersebut.
Dan setelah 7 tahun, dia pulang ke Malaysia.
Si isteri memohon cerai. Anak langsung tak nak kepada ayahnya.
Anak isteri hilang, harta benda pun lesap.
Akhirnya depression. Bercakap sorang diri. Ketawa sorang diri. Bila normal, dia balik ke rumah isteri tapi dipukul dek isteri. Tak ingat dirinya telah dicerai, telah dibuang.
Hilang Keluarga
Isteri buat laporan polis mengatakan bekas suami ganggu dia dan memudaratkan dirinya dan anak. Lalu dia ditangkap polis.
Sedih sungguh kisahnya.
Akhirnya, kakak kepada lelaki tersebut menuntut keadilan bagi pihak adiknya. Adiknya berjaya dikeluarkan dari lokap atas alasan dia masih makan ubat depression.
Tuntutan pulangan semula 50 peratus dari keseluruhan jumlah wang yang pernah dihantar ke Malaysia. Rumah pun dibahagi sama rata dengan bahagian isteri.
Dan lelaki itu menang.
Namun, dia dah tak betul. Gila. Tak ada guna sudah harta segala.
Sedih, memang sedih.
Moga kita dijauhkan dari sifat tamak dan pentingkan diri sendiri. Sayangilah orang yg bertungkus lumus bekerja untuk menyara kita.
Tak kisahlah dia tak pandai atau tak handsome, atau tak seperti yang kita harapkan.
Farizal Radzali
Mingguan Wanita: Begitulah ujian dalam rumah tangga, tak kiralah di waktu susah atau senang tetap akan diuji. Segalanya bergantung kepada kejujuran dan kesetiaan kita kepada pasangan. Bersyukurlah dengan apa yang Allah kurniakan dan jangan bersikap tamak. Renung-renungkan.
Sedihnya bila anak sakit tapi mak tak boleh cuti. Hari ni anak nombor dua mengadu badan panas dan rasa tidak selesa. Terus mak ambil termometer, sukat suhu. Tengok-tengok dah mencecah 38.5’Celsius. Terus bagi ubat demam yang ada dalam peti ais. Namun, apakan daya, hari ni mak tak boleh ambil cuti sebab kerja di pejabat bertimbun-timbun. Nak tak nak, anak kena hantar ke rumah pengasuh.
Situasi anak sakit ini mungkin kerap di alami oleh mak-mak yang bekerja. Ingin ambil cuti tapi faktor kesibukan menyebabkan mak-mak terpaksa meletakkan anak di bawah pengasuh atau taska untuk dijaga. Hanya telefon dalam masa tertentu menjadi penghubung untuk memantau keadaan anak.
Sedih, sayu dan rasa bersalah sebab terpaksa tinggalkan anak sakit tanpa mak-mak yang jaga. Kerja memang kenalah kerja tetapi janganlah sampai anak demam atau sakit terpaksa serahkan kepada pengasuh atau taska. Inilah masanya untuk mak-mak dekati anak-anak dengan jaga kerenah sepanjang anak tidak sihat.
Walau bagaimanapun, untuk mengurangkan rasa kegusaran dan bersalah, ada cara yang boleh mak-mak lakukan semasa anak tidak sihat. Kalau cuti jadi punca, apa kata anda cuba usahakan cara di bawah:
1. Minta Bantuan Orang Terdekat
Sudah tentu kerja yang banyak di pejabat membuatkan mak-mak tidak dapat ambil cuti kecemasan. Jadi, mintalah orang yang dipercayai, sudah tentu pengasuh atau pusat taska (jika jauh dari keluarga). Tetapi jika tinggal berdekatan dengan ibu bapa, mintalah mereka menjaga buat sementara waktu ketika mak-mak pergi bekerja.
2. Usahakan Minta Pelepasan Cuti Daripada Ketua
Kerja memanglah penting, tempat anak mencari rezeki tetapi anak lagi penting. Tidak salah kiranya anda berunding dengan ketua mengatakan masalah yang dihadapi. Jika bos memahami, sudah tentu kerja menjadi senang. Anda pun boleh bercuti demi menjaga anak yang sakit.
3. Bincang Dengan Suami
Bukan semua tanggungjawab rumah tangga di bahu mak-mak. Ada kalanya, mak perlukan bantuan orang lain atau lebih dekat lagi, suami. Cubalah bincang bersama suami agar mendapat keputusan terbaik. Jika mak tak dapat cuti, mintalah bantuan suami suapaya dia cuti untuk menjaga anak, esoknya mak pula yang cuti.
4. Anak Lebih Penting, Bercutilah!
Sebagai ibu bekerja, mak perlu buat skala yang lagi penting. Mak datang ke pejabat dan selesaikan tugas yang paling penting dulu. Selebihnya, mak boleh selesaikan keesokan harinya. Jadi selesai kerja, mak boleh minta keizinan bos untuk balik awal, temani anak yang sakit.
5. Guna Cuti Tahunan
Sesetengah mak-mak gunakan cuti tahunan untuk bercuti jika anak sakit. Tetapi, jika berlaku keadaan perkara sedemikian, inilah masanya untuk mak-mak gunakan cuti tahunan yang diberikan oleh syarikat. Dengan adanya lebihan cuti, maka boleh gunakan tanpa perlu risau.
Semoga tip yang diberikan ini dapat membantu ibu menghilangkan rasa gusar dan bersalah apabila tak dapat bercuti semasa anak sakit. Sememangnya hiba bila terlihat anak terpaksa dihantar ke sekolah dan terlantar tidur di kelas dalam keadaannya yang sakit. Moga urusan ibu ayah kelak dalam menjaga anak-anak akan dipermudahkanNya.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pelajar tingkatan tiga jatuh asrama kritikal, ibu rayu doa orang ramai anak kembali pulih. Tiada yang lebih menyakitkan daripada melihat darah daging sendiri terbaring...