Akil baligh anak perempuan dengan anak lelaki berbeza. Ada mak ayah cukup malu untuk bercakap tentang ini. Sementelah dengan anak-anak.
Bila mereka akil baligh mesti ada perasaan malu. Malah, mak ayah tidak pula berpesan atau bercerita. Kononnya, anak lelaki dan perempuan sudah belajar dan tahu di sekolah.
Semua ini silap. Sepatutnya mak ayahlah orang yang paling dekat untuk bercerita dan berpesan kepada anak-anak bila sudah akil baligh. Jangan serahkan 100% kepada guru dan kawan-kawan di sekolah. Tidak sama.
Anak-anak bakal melalui dunia dewasa dan inilah yang boleh dikongsikan oleh Firdaus Mokhtar tentang pesanan yang boleh mak ayah berikan pada anak perempuan.
Anak perempuan sulung, datang haid untuk kali pertama. Ummi dia lah uruskan hal tentang pengurusan diri.
Cuma lepas selesai, saya sebagai ayah panggil Isymah untuk bercakap sikit. Kita berpesan ke dia.
Ini yang perlu kita pesan ke anak-anak perempuan saat dia akil baligh;
1. Kewajiban atas syariat dah terletak terus atas diri dia
Sejak umur baligh, segala syariat dah tertakluk atas diri sendiri. Dia wajib sembahyang, jaga aurat, berpuasa dan segala yang disyariatkan atas manusia. Kalau buat dah ada pahala dan kalau tinggal dah ada dosa sendiri.
Ads
2. Dosa dan pahala itu ditanggung sendiri.
Cuma istimewa sebagai anak perempuan, dosanya terkait dengan ayah. Anak buat dosa, ayah biarkan, ayah juga berdosa. Saya pesan selalu perkara ini. Contohnya kalau dia tak jaga aurat, dia dan Walid sama berdosa kalau sama-sama biarkan.
3. Jaga pergaulan, terutama dengan kawan-kawan di sekolah.
Sebab apa? Sebab di sekolah kita tak ada nak perhatikan. Jadi dia kena pandai jaga diri. Baik dengan kawan lelaki dan kawan perempuan. Dengan sepupu lelaki yang dah dewasa dah tak boleh bersalaman. Pakcik yang bukan mahram pun sama. Bukan semua boleh salam dan bersentuhan bertepuk tampar.
4. Batas aurat sangat penting.
Tudung, stokin tangan dan stokin kaki semua dia tahu. Sebab ummi dia memang pakai semua tu. Semuanya ada peranan. Jadi dia biasa tengok dan tahu kegunaan. Saya pesan juga, makin besar nanti tubuh badan akan berubah ke badan dewasa, ini lagi kena jaga. Tentang pilihan baju, seluar atau kain. Dah kena belajar daripada hari ini.
4. Sifat malu, ini ada dalam Islam.
Lelaki atau perempuan kena ada sifat malu. Malu untuk lakukan dosa. Malu untuk berlebih-lebihan mengada atau menggedik depan orang lain. Iyalah, perempuan kan. Memang ada sifat manja dan berlembut tu. Jadi kena jaga, ikut suasana dan tempat. Sebab itu pada Islam, malu itu sebahagian daripada iman.
Ads
5. Menjaga kebersihan.
Pengurusan diri berkait dengan haid ini sangat perlu kepada ilmu kebersihan. Jadi yang ini saya pesan ke dia, belajar dengan Ummi dia. Sebab mudah nak tunjuk praktikal dan cara yang betul. Soal bersihkan diri, bersihkan tuala wanita yang dah digunakan dan kebersihan pakaian. Hal darah ni jangan buat main, tak bersih betul-betul sakit boleh datang nanti.
6. Teliti tentang kiraan tarikh.
Bab ini lah buatkan saya sedar, kenapa perempuan sangat teliti soal tarikh. Sebabnya mereka kena jaga hal yang berkait penting dengan diri mereka. Setiap kali datang bulan, kiraan hari sangat penting. Sama ada kiraan untuk pastikan tempoh kesuburan atau soal ibadah, dua dua penting. Kalau bab kiraan ini tak jaga, boleh jadi terlanggar hari dah wajib sembahyang dan beribadah. Berdosa terus.
Sebab itu perempuan sangat mudah ingat tarikh berbanding lelaki.
7. Tentang mandi wajib.
Ini pun saya cuma pesan. Cuma ilmunya saya ulangkan ke dia. Saya cerita juga ada ramai pelajar saya jumpa dulu masa saya mengajar dah baligh tapi mandi wajib tak tahu. Tak tahu kena mandi wajib pun ada. Saya pesan ke dia, ada sahaja perkara tak tahu, tanya terus ke saya atau Ummi dia.
Ads
Kawan-kawan, kita sebagai mak ayah kadang bukan nak tunjuk pandai berpesan itu ini.
Memang mereka dah belajar dekat sekolah tentang semua ini.
Cuma kita nak letakkan diri kita sebagai ibu bapa yang mereka boleh percaya untuk bercerita dan bertanya. Tentang semuanya termasuklah hal sistem reproduksi diri ini.
Kalian tahu berapa ramai dekat luar sana yang malu nak bercakap soal ini dengan anak-anak, maka anak-anak bertanya dan jadikan siapa sebagai rujukan?
Paling dekat dengan mereka adalah kawan-kawan. Atau entah siapa orang luar yang dia percaya berbanding kita di rumah. Moga dijauhkan.
Mingguan Wanita : Moga ia bermanfaat untuk mak ayah agar inilah pesanan yang harus anak perempuan tahu.
Menghukum anak adalah salah satu cara yang elalu mak ayah gunakan untuk mendidik anak. Mungkin cara inilah boleh memberi kesan pada anak supaya tidak buat lagi.
Rupanya silap, cara menghukum anak dengan merotan, cubit atau tampar adalah salah. Inilah yang akan buat anak lagi keras kepala, tak dengar kata dan boleh jadi tak akan serik.
Ada cara nak mendidik anak dan bukannya dengan menghukum anak. Perkongsian daripada Mohd Fhais Salim ini boleh membantu mak ayah cara betul dalam menghukum anak.
Menghukum anak guna jeritan ataupun fizikal seperti cubit, rotan & lempang pasti ada kesan.
Kesan di tubuh mungkin kita nampak. Lebam, luka, berdarah di badan semua tu boleh pulih.
Cuma yang kita tak nampak ialah lebam, luka, berdarah di dalam badan.
Hati, emosi, jiwa & mental.!!
Yang ni kita tak akan pernah nampak. Buat MRI pun belum tentu boleh nampak.
Tahu tahu hati dah jadi keras. Tahu tahu emosi dah fragile. Tahu tahu jiwa dah mati. Tahu tahu sakit mentalnya.
Selain hukuman fizikal ni banyak lagi cara mendidik yang berbentuk menghukum.
Menghukum ni jalan terakhir ye. Last choice bukan first choice, kena jelas tentang ini.
Hukuman Yang Boleh Praktik
Antara hukuman yang kita boleh praktik ikut kesesuaian umur :
a) Tarik semula kelonggaran yang kita dah bagi. Contoh : tengok tv, main phone, main games. Denda 5 hari tak boleh tengok tv.
b) Tambah kerja kerja rumah dia Contoh : cuci bilik air, cuci jamban, sental bontot kuali sampai putih dan sebagainya.
c) Buat latihan pelajaran extra Belikan buku latihan yang bersesuaian minta dia buat sampai habis.
d) Hukuman akibat ( consequence ) Contoh dia tumpahkan air, suruh dia bersihkan sendiri.
Hukuman begini bukan sahaja kurang kesan lutsinar sebaliknya memang betul-betul mendidik anak tu supaya tak buat kesilapan yang sama.
Mingguan Wanita : Ada mak-mak tak guna tangan untuk menghukum tapi lebih selesa guna ‘jeritan’. Mungkin sebab itulah kot anak-anak pun tak berapa nak ‘heran’ sangat.
Saya rindu ibu. Anak-anak kalau sehari tak nampak mak, mesti akan mencari-cari. Sementelah yang dah besar, rindu pada pelukan, masakan dan paling penting bebelan mak-mak.
Inilah menjadi penguat semangat dan pengubat rindu anak-anak pada mak. Syurga kan di tapak kaki ibu.
Namun, ada tak mak yang tak sayang anak. Tak mustahil. Mungkin ada sebab tertentu yang seorang mak itu sanggup buat begitu. Luaran tidak suka tapi dalam hati, hanya Allah saja yang tahu betapa sayang dan kasih anak yang dikandung dan dilahirkan itu.
Bagi anak pula, mak garang, marah sekalipun, dia tetap akan mencari maknya. Apatah lagi kalau anak jauh di mata, bersekolah di asrama dan sebagainya.
Kisah yang cukup membuatkan mak-mak di luar sana menahan sebak bila mendengar luahan seorang anak, ‘saya rindu ibu’. Sebaliknya orang yang dirindui itu tidak mampu menjaganya. Allahuakbar.
Anak ini dibenarkan cuti bermula Khamis lepas. Dari siang hingga malam, tak ada yg jemput. Penjaganya maklumkan, ada masalah tak dapat datang. Tunda hari Jumaat.
Pagi Jumaat, anak ini tanya lagi. Setelah kami tanya penjaga, jawabnya lepas Solat Jumaat. Lepas solat Jumaat, tak ada. Menjelang maghrib, pun tak ada. Lepas solat isya’, tersengih-sengih anak ini datang tanya lagi minta kepastian.
Saya sendiri sebenarnya tak ada jawapan yg pasti. Saya hanya jawab seperti apa yg penjaganya sampaikan. Alasan-alasan yg dimaklumkan pada saya, itulah yang saya sampaikan.
Sekadar bergurau, saya tanya dia “Yang nak balik sangat ni kenapa, tak best ke duduk sini. Macam-macam benda boleh main..
Dia tersengih sambil menjawab “Sini best, tapi nak balik kejap je, SAYA RINDU IBU..”
Jawapan dia buatkan saya tersentap. Jawapan yang membuatkan saya ambil keputusan untuk hantar sendiri sampai pintu rumah.
Saya tak buang masa lagi untuk tanya penjaganya samaada jadi datang atau tidak. Terus saya minta anak ini siap-siap untuk berangkat. Saya cuma sempat bungkuskan sedikit barang keperluan dapur dan makanan untuk dia bawa bersama.
Kita faham, mungkin penjaganya berat nak jemput anak ini pulang kerana terbeban dengan makan minumnya nanti di rumah.
Perjalanan lebih kurang 100km. Macam-macam perihal keluarga dia yg sempat saya tanyakan. Memang sulit jalan ceritanya dan amat menyedihkan.
Tiada Orang Di Rumah
Setibanya dihadapan rumah, hal yg tak disangka berlaku. Rumahnya kosong tak berpenghuni. Dan ketika sudah didepan rumah itulah, baru kami dimaklumkan, yg sebenarnya.. IBU YANG DIRINDUI ITU, SUDAH TIDAK MAMPU MENJAGANYA LAGI.
‘Ibu’ yang diceritakan sejak tadi, bukanlah ibu kandung. Ibu kandung anak ini masih ada, namun lebih jauh lagi. Jauh jasmani dan rohani. Sudah berpisah dengan ayah kandung anak ini dan tinggal dengan suami di luar negeri.
Kedua-dua ‘Ibu’ ini pula pasti ada kisah dan cerita mereka sendiri. Kita pun tak tahu pasti apa yang mereka hadapi.
Iktibar buat kita yang masih punya keluarga. Berkasih sayanglah! Sementara semuanya masih ada. Apapun, sekarang kami sudah kembali ke Baitul Jannah.
Semoga anak ini kuat menghadapi hari-hari mendatang..
Pertubuhan Kebajikan Baitul Jannah Negeri Pahang
#kisahanakbaituljannah
Mingguan Wanita : Hargailah anugerah dan rezeki yang Allah berikan. Ada sebab tentu mak-mak sanggup lakukan sedemikian. Kita tak tahu. Tapi, jauh di sudut hati, mestilah seorang mak sangat menyayangi anak-anaknya. Pervayalah.
“Terlalu lama bergantung hidup pada isteri, rasa ‘hormat pada suami’ berkurangan, diam diam hilang” benarlah apa yang dikongsi oleh pemilik Facebook Azizul Azli Ahmad.
Sebagai seorang suami dan lelaki tanggungjawab sangatlah berat janganlah biarkan isteri yang menanggung segala beban dalam rumah tangga.
Sungguh, peranan sebagai seorang suami itu bukanlah ringan tetapi ia merupakan amanah yang berat dari Allah.
“Terlalu Lama Bergantung Hidup Pada Isteri”
Sebaik mana pun seorang wanita dan isteri ada batasnya. Janganlah terlalu bergantung pada isteri hingga wanita yang juga ibu kepada anak-anak hilang hormat pada suaminya sendiri.
Benarlah seperti mana yang dikongsi, sememangnya penghormatan daripada seorang wanita itu bukannya diminta, tetapi diperolehi oleh sang suami bila dia menjaga keluarganya dengan baik.
#TabungRumah
“LELAKI DIBINA ATAS RASA HORMAT?
Kita jadi lelaki nie, bukan sebab kita beli beras dan ada lato lato sahaja. Kita jadi sebab lelaki itu datang dengan tanggung jawab.
Kita gagah, hebat, kuat, baik, ensem macam Kim Dong Jun pun. Jika tak bertanggujawab susah pasangan kita nak hormat.
Kita jumpa ramai, muka tak ensem, hidup sederhana tapi dialah tulang belakang keluarga. Semua dia usaha beli semua benda sampai ‘kering’.
Dia tak boleh beli benda benda mewah buat bini. Tapi semua benda asas keluarga dia usahakan beli.
Bayar kereta, rumah, makan, pakai, anak semua dia usahakan. Kadang, dia nak tukar baju setahun sekali pun susah. Sebab dia rasa bertanggujawab.
Percayalah, dia akan ‘dapat’ penghormatan dari isteri.
“Kawan kawan,
“Lelaki ini memang itu fitrahnya.
“Jika hari ini kita masih bahas, “Apa salahnya kongsi sama suami isteri”.
“Benar, tiada salahnya.
“Tetapi jika terlalu lama kita bergantung hidup pada isteri.
“Rasa ‘hormat isteri pada kita’, akan berkurangan dan akan diam diam hilang.
“Penghormatan ini bukannya diminta, tetapi diperolehi oleh sang suami bila dia menjaga keluarganya dengan baik.
Jaga Keluarga Kita Dengan Baik
“Sediakan rumah kecil yang baik dan selesa buat keluarga kita.
“Kata Mary Martin,
“Perkawinan adalah sebuah lembaga untuk saling menghormati dimana isteri selalu benar, dan yang salah itu selalunya menjadi suami.
“Kita jaga, keluarga kita, ”kongsi Azizul Azli Ahmad
Daphe Iking rancang semuanya terlebih dahulu supaya senang untuk jaga rambut! Betul juga ya, mak-mak yang sering masak tu mesti hilang selera untuk makan kan?
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Ibu ayah risau keselamatan di sekolah. Susulan kejadian pagi tadi tiada siapa menyangka hari persekolahan biasa itu akan berakhir dengan tragedi yang meragut nyawa...