Sebelum ada anak, ‘dating’ berdua, keseronokannya lain. Tapi bila dah ada anak, rasa pelik pula bila keluar berdua. Tak kisahlah keluar berdua ke mana pun. Sunyi saja.
Tanyalah mana-mana mak ayah, mesti rasa pelik bila kluar berdua tanpa anak. Kecualilah kalau ada hal yang tidak dapat dielakkan. Tapi, kalau nak pergi dating berdua, macam tak sesuai dan pelik.
Mulalah rindu anak-anak di rumah dan rasa nak cepat saja balik ke rumah. Semua agenda tergendala. Seronok lagi dating beramai-ramai dengan anak.
Inilah juga dialami dan perkongsian daripada Dr Ahmad Zakimi perihal ini. Memang betul pun. Nanti pasangan yang ada anak akan raslah apa yang dia sendiri rasa.
Biasanya hari Sabtu atau Ahad aku dan puan isteri akan hantar 2 anak autism kami pergi buat terapi di pusat terapi.
Ads
Masa menunggu lebih kurang 1 jam kami merayau berdua-duaan.
“Nak ke mana ni bang?” Soal puan isteri.
“Entah lah”
Memang tak ada idea nak ke mana dan nak buat apa.
Jadi kami ronda-ronda saja. Itulah, kalau ibu bapa yang ramai anak ni dah tentu rasa ralat saja kalau berdua. Nak ke mana-mana pun mesti nak bawa juga anak-anak.
Ads
Pernah juga kami pergi kursus hanya berdua. Pergilah pantai berdua tanpa anak-anak.
Jalan pegang tangan berdua-duaan, orang pandang, rasa tak tenang. Adahal kami ni dah kahwin 20 tahun.
Aku pandang dia, dia pandang aku. Last-last balik.
Nak dating-dating berdua saja memang rasa lain macam. Rasa tak cukup tanpa anak-anak. Sunyi semacam.
Ads
Aku rasa kau orang yang dah ada anak-anak pun rasa begitu.
Mingguan Wanita : Betul sangat, bial dah anak anak, segalanya tertumpah kasih sayang pada mereka. Memang kena ada we time dengan pasangan tapi tengok keadaan tertentu. Takutnya we time tak sampai ½ jam dah balik. Sebabnya ingat kat anak-anak dan rasa sunyi tanpa riuh rendah anak.
Rezeki dikurniakan baby girl, Aidil Zafuan bersyukur. Tahniah diucapkan buat pemain bola sepak terkenal yang juga pemilik nama sebenar Mohd. Aidil Zafuan dan isteri, Zarema Zainal yang telah dikurniakan cahaya mata perempuan pada 27 Disember 2021.
Seperti mana yang dikongsikan menerusi akaun Instagram rasminya, Aidil memanjatkan rasa syukur di atas kelahiran bayi perempuannya.
“Alhamdulillah isteri saya telah selamat melahirkan baby girl pada 27.12.2021,” luah pemain pertahanan Johor Darul Takzim (JDT) itu.
Malah Aidil juga turut mengucapkan terima kasih di atas doa orang ramai buat dia dan isterinya.
“Terima kasih kepada semua yang mendoakan saya dan isteri,” kata Aidil.
Menerusi perkongsian tersebut aidil masih belum mendedahkan nama serta wajah bayi perempuannya itu.
Aidil dan Zarema sebelum ini telah dikurniakan dua anak lelaki.
Status janda sering dipandang serong dalam masyarakat. Dianggap sebagai perampas kebahagiaan dan perosak rumahtangga orang lain. Meskipun bukan semua wanita bergelar janda bersikap begini, namun realiti selalu terjadi dalam kehidupan, ada isteri yang terpaksa mengundur diri demi ‘kebahagiaan’ wanita lain. Para isteri dijandakan oleh suami demi ‘mengejar’ janda yang lain. Malah lebih perit, bila suami ‘angaukan’ janda dan wanita lain, segala pengorbanan dan apa yang isteri buat semuanya serba tak kena.
“Isteri mengundur diri demi seorang janda…”
Berat nak tulis, tapi bila dah berlaku depan mata, rasanya perkara ni banyak yang terjadi dalam masyarakat kita. Bila suami angau dengan janda, maka apa yang isteri buat semuanya tak kena. Kebaikan isteri, pengorbanan isteri, dilupa sekelip mata.
“Awak tak faham saya, dia lebih faham saya”
Kata-kata yang keluar dari mulut seorang suami kepada seorang isteri yang telah melahirkan 5 orang anak.
Ya, dalam tidak faham dia tu, 5 kali isteri berjuang melahirkan zuriat dia. Selang 2 tahun, isteri akan membawa perut untuk tempoh 9 bulan 10 hari.Selang 2 tahun, isteri akan masuk labour room, menjerit, bergadai nyawa untuk melahirkan zuriat suaminya.
Setiap 3 tahun, isteri akan melalui proses pantang selama 44 hari. Pulih diri luar dan dalam, tak sempat pulih sepenuhnya, dah kembali melayan suami dan mengandung semula.
Kini, seorang janda lebih memahami suaminya.
Isteri sibuk dengan anak-anak, isteri sibuk menguruskan rumahtangga, isteri sibuk dengan kerja-kerja rumah…mana suami?
Suami sedang bermesra, berkasih, bercinta dengan janda. Suami sedang kemaruk perasaan dengan janda.
Isteri cuba mempertahankan suami, hubungan dan perkahwinannya, isteri cuba berbincang dengan janda tersebut untuk menjauhi suaminya atas alasan suaminya tak baik seperti yang disangka janda tersebut, suami tak mampu, anak-anak ramai, isteri yang banyak tolong suami dan sebagainya.
Janda mengadu pada suami orang tu. Janda kata isterinya memperburukkan suami orang tu. Lalu suami orang marah isteri sendiri demi mempertahankan janda yang baru dikenali. Isteri yang dah 15 tahun dengannya dituduh macam-macam, dihina, dimaki dengan mudahnya. Yang haram dibela, yang halal dicerca.
Isteri cuba untuk redha, cuba untuk terima atas alasan tak nak suami buat dosa, buat maksiat. Lalu bernikahlah si suami dengan si janda tersebut.
Hari demi hari, suami dah jarang balik rumah. Minggu demi minggu, suami dah tak beli apa-apa keperluan rumah. Bulan demi bulan, isteri yang keluarkan duit sendiri untuk kelangsungan hidup diri dan anak-anak.
Isteri dah mula pasrah untuk kehilangan suami yang sebegini, lalu isteri buat keputusan untuk pergi.
“Silakan…aku dah lama takde perasaan dengan kau. Kau ada ke tak dalam hidup aku, sama je” kata si suami.
Pulanglah si isteri dan anak-anak ke pangkuan orang tuanya. Bermulalah hari si isteri, kehidupan si isteri untuk anak-anak. Mengundur diri kerana tak ingin lagi sengsara. Mengundur diri kerana tak ingin lagi terseksa, jiwa dan raga dan cukup-cukup terluka.
Bukan tak sayang hubungan, bukan tak nak pertahankan, tapi dah penat melakukannya sorang diri. Inilah hakikat, inilah kisah benar yang terjadi dalam kehidupan isteri yang dijandakan suami untuk janda lain. Perit, pedih, pahit, tapi realitinya memang inilah yang selalunya terjadi.
Inilah cerita tentang lelaki yang PALING TAK GUNA dan janda yang PALING RENDAH AKHLAKNYA yang wujud dalam masyarakat.
Saya nampak kehidupan seorang isteri yang berubah status disebabkan suami macam ni, nampak lebih hebat, lebih baik, lebih bahagia. Dia lagi bersyukur dengan pilihan yang dia buat. Di permulaan saja dia goyah, sekarang dialah yang paling tabah.
Anyway, saya mendoakan hidup ibu tunggal di luar sana sentiasa dimurahkan rezeki, dipermudahkan urusan dan berpeganglah pada pesanan ini,
“Awak perempuan, harap awak faham perasaan perempuan lain. Kalau awak tak faham, maka tak payah lah jadi perempuan”
Adakalanya, isteri tak tolak poligami, bahkan cuba jugak menyesuaikan diri dengan apa yang terjadi. Tapi bila si suami tu tak mampu, kemampuan tu sekadar sembang biawak pun boleh terbang, maka terjadilah penganiayaan dalam rumahtangga atas ketidakmampuan suami untuk beristeri lebih dari satu. Yang baru nak undur diri? Tunggu biawak terbang tu sampai darat balik la jawabnya. Dia ambik buat harta dia la.
Mingguan Wanita: Memang ada benarnya perkongsian ini. Renung-renungkanlah. Jadilah wanita yang bermaruah dan tidak merampas kebahagiaan orang lain. Apabila diri tidak lagi dihargai, kebanyakan isteri lebih rela mengundurkan diri dalam perkahwinan demi janda yang lain.
Saida dedah perkahwinan kedua hanya bertahan 4 tahun, baru-baru ini peminat dikejutkan apabila kakak kepada Datuk Siti Nurhaliza, Siti Saida mengesahkan telah berkahwin kali ketiga.
Majlis perkahwinan penuh meriah dikongsikan oleh Siti Nurhaliza menerusi Instagram Stories akaun rasminya pada 12 Disember lalu.
Pemilik nama sebenar Siti Norsaida Tarudin melangsungkan pernikahan dengan Mohd Nooraizal Rasip selepas lima bulan menjalinkan hubungan serius.
Malah Saida juga memaklumkan dirinya sudah sah berpisah dengan bekas suami yang juga ahli perniagaan, Hafiizh Che Mat sejak Mac lalu. Perkahwinan kedua yang dibina pada 2016 itu hanya bertahan sekitar empat tahun.
“Saya memang sudah berpisah dengan bekas suami cuma memilih untuk tidak menggembar gemburkannya. Saya anggap jodoh tak panjang antara kami.
“Dalam tempoh kembali solo, saya tidak menduga insan yang sudah lama dikenali atas kawan itu kini bergelar suami.
“Saya percaya jodoh baru ini juga ketentuan dan takdir yang tertulis. Di saat sedikit demi sedikit tertutup hati, saya membukanya semula tanpa diduga,” kata Saida.
Saida turut menyatakaan suaminya yang bertugas sebagai pengurus kanan bahagian operasi di sebuah syarikat kewangan sebaya dengannya.
“Dia masih bujang. Kehadirannya memberi cahaya dalam hidup saya. Dia menerima saya dan anak seadanya.
“Saya tertarik dengan kedewasaan, kejujuran dan keikhlasan hati dia.
“Usianya sendiri juga sudah molek untuk berumah tangga.
“Dia sendiri memikul tanggungjawab menjaga lima orang adik perempuannya. Itu juga yang buat saya yakin dia boleh menjaga saya dengan baik.
“Segala galanya turut dipermudahkan dan restu keluarga masing masing cukup penting hingga menyaksikan ikatan serta bahtera perkahwinan ini terpateri.
“Kami bernikah dan bersanding pada hari sama.
“InsyaAllah berkemungkinan ada lagi sebuah majlis untuk sanak saudara sebelah suami sedang dirancang,” kata ibu kepada empat cahaya mata ini.
Terdahulu, Saida pernah mendirikan rumah tangga dengan suami pertama, Mohd Ghazali Yahya Zikri pada 14 Disember 1996, namun berpisah pada 7 Oktober 2011.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Siti Nurunnyssa, Anas, Khalid dan Siti Nurul Mashitah.
Baru-baru ini tular gambar seorang remaja perempuan di Thailand sedang mengutip dan menjual bahan kitar semula untuk menyara keluarganya yang berdepan masalah kewangan