Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza terharu peminat beli iklan. Datuk Seri Siti Nurhaliza menzahirkan penghargaan kepada kepada peminat-peminatnya yang sanggup membelanjakan wang untuk membeli iklan di papan iklan digital di Bukit Bintang.
Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Terharu Peminat Beli Iklan
Datuk Siti juga telah berkesempatan meluangkan masa melawat lokasi papan iklan tersebut. Ia sebagai tanda penghargaan dan memberi kejutan kepada peminat-peminatnya.
“Itu sebagai tanda terima kasih saya kepada peminat-peminat saya yang dah bersusah payah, sama-sama kumpul duit untuk beli iklan di papan iklan itu yang bukan murah.
“Walaupun saya tahu peminat saya ini memang luar biasa dan dari mula sampai sekarang mereka tetap menyokong, tapi saya tak minta mereka sehingga beli iklan di papan iklan itu kan.
“Tak perlu pun buat begitu. Tapi, sebab mereka menghargai saya, mereka tak kisah dan mereka kata, ini adalah hadiah dan kejutan untuk saya. Saya sangat terharu.
“Sebab itu saya luangkan sedikit masa untuk singgah. Walaupun mereka tak tahu, tapi saya beri kejutan,” katanya.
Berikut hantaran di laman Instagram Datuk Siti Nurhaliza.
Terima kasih SITIZONERS yang saya sayangi .. Tiada kata dapat luahkan cuma berdoa semoga Allah swt sentiasa eratkan silaturahim kita & dilindungi Allah sentiasa.. aamin ya rabb. Siti sayang kalian till jannah. – tulis Datuk Siti Nurhaliza.
Menurut Siti, ada juga peminat yang sudah berada di Bukit Bintang ketika dia hadir ke sana.
“Ada yang agak-agak saja dan ke sana. Ada beberapa peminat dah tunggu di sana dan berpeluang jumpa saya.
“Saya kalau boleh kalau tak ada orang pun tak mengapa sebab saya nak duduk situ ambil gambar sebagai kejutan semula kepada peminat. Itu yang berlaku pada Ahad lalu,” katanya.
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
Ads
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
“Isteri Bukan Robot, Tapi Insan Suci Di Sisi Kita Yang Melahirkan Anak-Anak” itulah antara luahan dan pesanan Datuk Yusof Haslam sewaktu ditemubual menerusi rancangan Melodi, TV3.
Seperti yang umum ketahui, Syamsul Yusof telah membuat pengakuan dia sudah bernikah kali kedua dengan gadis pilihannya Ira Kazar. Perkahwinan tersebut berlaku di Thailand. Malah bapa pengantin perempuan, Kazar Saisi sendiri yang menjadi wali perkahwinan tersebut.
“Isteri Bukan Robot”
Jelas kekecewaan terpancar di wajah Datuk Yusof sepanjnang sesi temubual berlangsung. Malah dirinya turut menitipkan nasihat bagaimana rumahtangganya bersama isteri bertahan.
Ini dek kerana dirinya bersikap pemujuk.
Katanya lagi jika isteri merajuk tidak boleh dibiarkan saja, berasingan dan isteri memendam rasa kerana kita manusia tidak sempurna.
“Kalau ada masalah selesaikan dan lebih-lebih lagi sebagai suami dan imam dalam keluarga memang akan ada masalah, terutama membabitkan emosi dan perasaan, apabila isteri merajuk.
“Apabila sudah membuat kesilapan, kita mengaku silap itu. Jangan menyimpan rahsia dan insya Allah rumah tangga akan kekal.
“Kita tidak boleh pentingkan diri dan menganggap isteri kena dengar cakap kita 100 peratus. Isteri bukan robot, tapi insan suci di sisi kita yang melahirkan anak-anak,” katanya.
“Bohonglah, Saya Kata Tak Kecewa”
Air mata yang menitis menggambarkan perasaan Datuk Yusof.
“Bohonglah, saya kata tak kecewa. Tapi perasaan dan luahan hati saya tentulah tidak sama dengan isteri. Ibunya berasa sedih dan mungkin rasa marah sedikit. Saya pun berpesan dengan isteri, kita doakan yang terbaiklah.
“Kalau timbul apa-apa permasalahan selepas ini, saya harap Syamsul akan berikan penjelasan sejelas-jelasnya dan bertanggungjawab dengan apa yang berlaku.
“Jika ditakdirkan, saya harap tak berlaku sekiranya mereka tiada jodoh, saya harap Syamsul sebagai suami harus menjalankan tanggungjawab kepada isteri dan anak-anak dia. Tanggungjawab suami bukan semata-mata untuk kita bagi duit saja, banyak aspek lagi.
“Saya sebagai seorang ayah sentiasa doakan yang terbaik, itu saja. Saya tak mahu lagi cakap soal kecewalah. Syamsul, saya harap lebih bertanggungjawab kerana kehidupan ini bukan satu perkara yang mudah. Hidup ini satu perjuangan untuk pertahankan rumah tangga, pertahankan isteri.
“Jalankan tanggungjawab suami, bukan sekadar bagi duit semata-mata, tapi tanggungjawab menjaga perasaan masing-masing. Dalam rumah tangga, saya dah berkahwin dengan isteri hampir 40 tahun,” luahnya.
Dilahirkan serba sempurna fizikal namun nasib malang menimpa seorang bayi yang baru berusia empat hari apabila terpaksa menjadi kudung setelah kakinya terpaksa dipotong akibat kecuaian jururawat.
Kejadian yang berlaku di China, sekumpulan doktor bertungkus-lumus menyelamatkan kaki seorang bayi berusia empat hari daripada dipotong akibat kecuaian seorang jururawat di Hospital Xincai.
Kaki Melecur Teruk
Namun, usaha itu gagal apabila kaki bayi berkenaan melecur teruk dan terpaksa dipotong bagi menyelamatkan nyawa bayi berkenaan yang diletakkan di unit rawatan rapi bayi.The Sun melaporkan, kaki bayi itu melecur akibat alat pengering bersuhu tinggi yang dihalakan ke bayi itu kira-kira 30 minit.
Kejadian itu bagaimana sempat dirakam menerusi kamera CCTV yang memperlihatkan seorang jururawat sedang mengeringkan bayi tersebut selepas mandi.Dalam video berkenaan, jururawat itu meninggalkan bayi tersebut dengan alat pengering yang masih berfungsi. Kecuaian yang dilakukan apabila jururawat tersebut menyangka alat pengering tersebut telah ditutup sebelum meninggalkan bilik tersebut.
Kulit Merekah & Berdarah
Doktor bedah di hospital berkenaan menjelaskan, kulit bayi itu mulai merekah dan berdarah.
“Jika perkara itu dapat dielakkan bayi berkenaan mungkin hanya mengalami luka ringan,” katanya.
Nenek kepada bayi malang tersebut pula berkata;
“Bayi ini telah menjadi cacat hanya dalam masa 4 hari selepas kelahirannya. Bagaimanakah dia akan menghadapi masa depan?”
Allahu, meskipun ia merupakan satu kemalangan yang tidak disengajakan, minta dijauhkan kecuaian ini daripada berlaku buat kita. Semoga, para petugas dibidang perubatan lebih berhati-hati dan cermat dalam menjalankan tugas, kerana ia melibatkan nyawa.
Mula-mula cuma rasa sayang nak buang barang. Sebab dalam fikiran, ‘nanti bila-bila boleh guna.’ Enam bulan berlalu, barang tetap rupa itu. Tak pun digunakan. Malah, makin banyak barang lain anda susun baik dalam almari atau luar almari. Sama ada bertimbun, atau disusun dengan baik, ia tetap satu masalah yang perlu anda ambil serius.
Bila terbaca kisah warga emas yang hidup dalam timbunan sampah lebih 7 tahun. Dan memerlukan masa 9 jam untuk membersihkan sampah seberat 10 tan dari dalam rumahnya. Ia satu berita yang perlu dipandang serius. Sifat ‘sayang’ pada barang-barang itulah permulaan kepada cerita penyakit mental hoarding disorder ini.
Nak diskaun terhebat guna kod promo ini:
Menurut Mohammad Aiman Amri, pemegang Ijazah Sarjana Muda Psikologi dari Universiti Nottingham, England yang menggunakan Facebook sebagai platform berkongsi input psikologi secara online, penyakit menyimpan barang ‘hoarding disorder’ antara keadaan mental yang agak berbahaya dan sukar untuk dibuang.
“Penghidap biasanya akan mengalami kesukaran untuk membuang, menjual atau melepaskan apa-apa barang miliknya, walaupun barang tersebut sudah hilang nilai kegunaannya.”
“Mungkin ada yang menganggap ini sebagai sentimental value, tetapi itu hanya sebagai pemula. Keadaan yang semakin teruk, apabila sudah masuk sebagai Disorder.”
Yang paling sukar tentulah mahu merawatnya. Sebab penghidap tak nampak penyakit yang mereka alami sebagai satu masalah. Itu tindakan normal pada mereka.
Perhatikan 3 Kondisi Awal Ini:
1. Perhubungan melampau (obsessive attachment) terhadap objek yang sudah tiada guna dan tak nampak keperluan untuk dilepaskan
2. Tempat penginapan mereka akan menjadi semakin padat dengan barang-barang yang dikumpul dan disimpan (walaupun tiada guna). Malah makanan pun boleh dikumpul dalam peti sejuk sehingga sudah berkulat.
3. Semakin melarat, apabila mula mengumpul sesuatu yang bukan milik peribadi, contohnya tisu daripada restoran bekas makan, atau surat-surat lama yang tak terpakai, dan akhirnya mula menyimpan sampah-sampah.
Ada juga yang jenis tidak bersepah, malah tersusun rapi, cuma sayangnya, penyakit itu tetap ada. Tetap barang-barang yang sudah tidak perlu yang disusunnya.
Kerana setiap kali mereka mahu membuang, akan sentiasa terfikir dalam kepala, “Elok lagi ni, nanti mesti ada nak guna.”
ITU LAH SIMPTOM TERBESAR NYA. “Percaya bahawa objek tersebut pasti akan ada gunanya satu hari nanti.”
Punca Terjadinya Hoarding Disorder
Masih misteri, tak diketahui penyebabnya. Mungkin disebabkan stress, genetik, keadaan kimia otak dan macam-macam lagi penjelasannya.
Kalau Ada 3 Kondisi Di Atas, Cepat-cepat:
Jumpa Pakar
Rawatan untuk kondisi ini hanya boleh dijalankan oleh yang pakar, iaitu Psikiatri atau Psikologis/Terapis yang bertauliah.
Lakukan Total Cleaning
Antara cadangan untuk mengawal diri daripada kondisi ini semakin melarat ialah, TOTAL CLEANING.
Kemas rumah anda, buang barang-barang yang anda tidak perlukan. Tip nya mudah, sekiranya barang tersebut tidak disentuh atau digunakan selama 3-6 bulan, secara psikologinya memang dah tak diperlukan, walaupun semahal mana pun harganya.
Tak semestinya buang, boleh juga diberi hadiah atau dijual, contohnya jika melibatkan perabot, pakaian atau sebagainya. Jika barang masih elok, boleh dibawa ke FREE MARKET.
Sekarang dah semakin ramai yang mula menyertai nya 🙂
Patuhi Syarat Simpan Barang Ini
Walaupun sukar untuk dibuang, percayalah, selepas itu akan lega. Nak simpan juga beberapa objek sentimental boleh, asalkan tidak melebih 10% daripada jumlah barangan anda yang hendak dibuang tadi itu.
Marilah kita sama-sama tingkatkan lagi kesedaran terhadap kesihatan mental manusia, ia bukan semata-mata mengenai depresi, anxiety, ADHD, autism dan sebagainya.
Ia lebih luas daripada itu.
Rupanya Aiman Juga Seorang Hoarder
Pesakit hoarding disorder dipanggil hoarder. Yang mana, sukar untuknya mengasingkan mana barang yang perlu disimpan atau dilupuskan. Semakin lama makin banyak barang yang disimpannya. Walaupun barang itu tak lagi berguna padanya.
Ketika dalam pengajian di UK, biliknya antara yang paling besar tapi punyai ruang yang paling sempit. Disebabkan barang yang melambak. Bila habis pengajian, sebahagian barang itu dibawanya pulang ke Malaysia. Bayangkan!
Aiman tak mampu nak lupuskan pun barangan yang disimpan sejak dari zaman belajar. Memang dia struggle nak lepaskan barang-barang zaman study tu dari hidupnya.
“Macam mana saya usaha nak membuang semua barang ini. Pilih mana yang perlu dilupuskan. Akhirnya, saya cuma menyusunnya sama seperti sebelumnya. Cuma 10% saja yang ampu dibuang.”
Penyakit kejiwaan yang dialaminya ini bukanlah sesuatu yang perlu dibanggakan tapi ia perlu diambil peduli. Sama seperti kesihatan fizikal seseorang. Tak bermakna fizikal nampak elok, dalaman kita sihat.
Kajian menunjukkan 30% rakyat Malaysia terdedah dengan tekanan perasaan (depression). Ini termasuklah penyakit kejiwaan yang lain; OCD, Narcissim, Sociopathy, Bipolar dan sebagainya.
Teknik Membantu Hoarder Menyisihkan Barang Tak Diperlukan
Ada beberapa teknik untuk jadikan proses ini berjaya:
1. Bermula mengikut seksyen. Contohnya, selesaikan barang-barang dalam almari pakaian dahulu. Lupakan bahagian lain (rak buku, tepi katil atau sebagainya). Ini membantu untuk fokus pada kategori.
2. Asingkan mana-mana yang kita rasa sudah tidak perlukan (lama, buruk, koyak, kusam dan sebagainya). Sambil itu, kemas juga seksyen tersebut.
Cadangan saya, sediakan satu kotak/beg/tong atau apa sahaja untuk longgokkan semua yang diasingkan itu. Ia menimbulkan satu persepsi dalam minda kita bahawa ada satu titik untuk lepaskan semua barang lama tersebut. Sangat membantu!
3. Habis asingkan, sebenarnya tugas kita belum selesai. Kita perlu masuk pusingan kedua, iaitu keluarkan semua yang dalam keadaan baik, tetapi kita dah tak pakai.
Kenapa pusingan kedua?
Sebab pusingan pertama tadi, kita hanya asingkan mana-mana yang kita memang yakin takkan pakai, sebab itu senang nak buat.
Pusingan kedua, ialah mengasingkan mana-mana yang masih elok, tetapi kita mahu lepaskan. Ini yang mencabar dan amat sukar dilakukan ?
4. Setelah selesai, sekiranya anda rasa barang itu masih banyak dalam simpanan, dan mahu kurangkan lagi, masuk lagi pusingan ketiga. Ulang-ulang proses sehinggalah ke tahap jumlah minimum barang anda. Mana yang PERLU sahaja, bukan mana yang MAHU.
Sebenarnya ada macam-macam jenis penyakit kejiwaan yang kita perlu pelajari. Sebab apa yang mereka alami ini sebenarnya satu penyakit yang sukar diubati. Janganlah cepat mengecam atau membenci. Sebaliknya bantu penghidap Hoarding Disorder ini, baik dirujukkan pada pakar atau tanda sokongan yang boleh memulihkan kesakitannya.
“Saya Cuba, Bertahan, Usaha Tapi Gagal. Tiada Lagi Kita” itulah yang diluahkan oleh Aprena Manrose tentang rumah tangganya yang dikatakan sudah berantakan.Pelakon cantik, Aprena...